Thursday, April 1, 2010

Jangan tinggalkan saya.

Suatu pagi,si A bertanya pada si B;

"Macam mana kita nak didik hati supaya redha?"
Si B menjawab,

"Dalam dunia ni,ada 2 jenis manusia,satu nya yang melepaskan kesakitannya,expressly,satu lagi suka memendam,tapi saya rasa awak jenis yang memendam."

Terdiam,sunyi namun tidak menafikan.

Ah,terkadang,dek kerana perkara kecil,hati-hati ini seakan melagukan lagu-lagu provokasi,"Mengapa aku tidak seperti dia,kenapa kau buat begini pada ku?Kenapa aku tidak mendapat apa yang telah aku berikan padamu?" Bentakan emosi,terasa seperti ketulan batu yang jatuh setelah bukit ditarah,pecah tanpa henti.Kalaulah kita tidak ditakdirkan untuk bernafas dalam fitrah Iman dan Islam ini,mungkin saja kewarasan minda ini meninggalkan tempatnya.Sampai di suatu tahap,terasa seperti mahu membiarkan semuanya berlalu begitu saja.Senang cerita,apa mahu jadi,jadilah.Tapi,itu bukan sifat Muslim.Harus kita untuk memperbaikkan keadaan,memperbaiki diri,menampal apa yang bocor,menatang sebelum terjatuh.

Menyelami pengisian Sinergi hingga ke dasarnya membuat saya rindu pada teman-teman.Jika penulis mula terkenang kisah persekolahannya di MATRI,kisah pentarbiyahan dirinya di sana melalui watak Irfan Hakimi,si pembaca karyanya ini mula terkenang saat-saat semanis hirupan madu sang lebah,suci manisnya,semulajadi.

Menghayati watak Irfan Hakimi juga terkadang membuat saya tersedar dari angan-angan suram yang panjang,bahawasanya saya masih punya banyak tanggungjawab terhadap Dia yang belum tertunaikan.Adakah saya telah menjaga ikhtilat bersama sahabiah dengan baik,adakah saya telah melukakan hati mereka tanpa sedar,adakah saya telah mengasihi mereka melebihi diri saya sendiri.Oh Tuhan,betapa hinanya diri,sedangkan bertatih pun tak mampu saya lakukan sendiri.Perkara yang cuba saya didik kemas dalam jiwa tika ini adalah untuk sentiasa ikhlas dan bersabar menghadapi dunia yang pelbagai.Yang di kanan begini,yang di kiri pula begitu.Saya bukanlah seorang yang selalu dirujuk teman untuk berkongsi cerita,namun kadangkala peluang yang tiba itu terkadang menguji kematangan saya untuk berkata.Adakah apa yang saya katakan ini adalah perkara yang saya amalkan juga?Atau sekadar manis di bibirmu saja?Mengucapkannya lazat,mempraktikkannya terasa kelat.

Saya hanya punya kekuatan tika ini,berdoa moga ikhlas,redha dan sabar itu datang beriringan.Jangan tinggalkan hati ini dan membiarkan saya berjalan seperti pagi tadi.Memandang ke hadapan tapi fikiran dan jiwanya kosong-sepi.




ps:Mak,saya rindu.
pss:Mak,saya mahu balik.

Monday, March 29, 2010

Hasil Pesta Buku 2010

I am currently reading this book;



Sebenarnya berniat mahu mencari buku ini,tapi tidak ketemuan pula;



Mahu mencuba karya-karya Hilal.So far,so good.Congratulations!


ps:Mari membaca.Akan mengupdate cerita saya later :)