Wednesday, February 1, 2012

sebelum ke sarawak,ke muhaSABAH dulu :)

orang-orang tua pernah berpesan,sebelum tidur,cuba kira berapa salah kita dah buat hari ni.kalau banyak,makanya akan jadi susah untuk kita tidur malam itu,mimpi ngeri kalau tidur (haha,er second part tu memang rekaan semata)

the point is --> muhasabah.

lewat masa ini,saya banyak terfikir & berfikir.dan setelah mendengar kata-kata sang murabbi;

'despite all the weakness that we have,Allah still chooses us to be His dua't'

Allahu.sentap seketika.malam itu ada sesi tadabbur surah at-Taubah.ayat ke 100 yang menyebut tentang 'orang-orang yang mengikut' golongan Muhajirin & Ansar.golongan yang Allah redha padanya.golongan yang berbaiah dengan hati & jiwa mereka untuk menjaga Allah & rasulnya.itulah dia manusia osem yang meneruskan perjuangan dakwah Rasulullah dan membawa Islam sehingga ke hari ini.golongan tapisan tarbiyah Allah.semoga Allah memilih kita.

jalan saya sebelum ke titik ini tak usah dikata.saya rasa lebih banyak hitam daripada putihnya.lebih banyak lopak daripada jalan tar yang rata.lebih banyak pasir daripada simen (eh) lopong.belum dicampur tolak darab dan bahagi dengan unsur jahiliyah lagi (sobsob) saya kira saya manusia paling rendah fizikal & roh nya di sisi Dia.tapi,

'despite all the weakness that we have,Allah still chooses us to be His dua't'

ini pedih.



hakikatnya,hanya Dia yang Maha Tahu siapakah gerangan saya di suatu waktu dulu (ayat kasanova) dan Dia masih lagi mengekalkan kedudukan kita pada hari ini & menutup segala aib kita di masa lalu.dan setiap kita pasti punya kisah yang mahu didelete daripada kamus kehidupan disebabkan kisah itu terlalu tragis atau kita merasakan kisah itu tidak sesuai dengan pembawakan imej kita yang digelar 'dai'e' katanya.kita terlalu mahu menjaga rupa & penampilan di mata manusia.

tapi Allah,Dia lebih dulu menjaganya daripada kita.contoh,saya malu dengan kesan parut luka saya.si M tak tahu pun saya ada parut di kaki.dan Allah tak menggerakkan pun hati si M untuk jadi busybody nak tanya, "eh,awak ada parut tak?"

dan Allah tak menghadirkan pun sesiapa untuk jadi ahli kelab tingkap untuk membawa khabar bahawa sesungguhnya saya punya parut di kaki.sedangkan Dia mampu untuk berbuat apa sahaja pada kita kan?kun fayakuun.

ponder.

Allah tutup segala aib kita.sedangkan Dia boleh saja memilih sebaliknya.

cuma tinggal kita saja untuk menggunakan kesempatan yang ada untuk menzahirkan kesyukuran kita pada Dia untuk berbuat sehabis baik untuk Dia.Dia sudah membuka jalan dengan kelengkapan yang cukup.sudah dijagaNya aib kita dari pandangan manusia.sudah dihadirkanNya wasilah & insan-insan yang membawa ke jalan menuju Dia.lalu apa?harus dibazirin saja peluang percuma?dan memilih jalan sempit ke sorgaNya?berani sungguh?

doa kuat-kuat moga Allah akan selalu pilih kita untuk bawa dakwah ini.semoga segala amal hanya untuk Dia.semoga bebas dari penghargaan manusia.ini bukan masa untuk membina imej diri sendiri untuk punya status 'haha akulah murabbi terbaik'.ini adalah masa untuk membina rijjal yang akan meneruskan perjuangan.tugas berat yang hanya akan dipikul oleh mereka yang benar-benar ikhlas keranaNya.golongan tapisan tarbiyah Allah.

sentap sendiri.dimana kita.

ps: credit utk you know who you are yang telah menelefon selama lebih 2 jam semata-mata untuk memastikan saya tidak tercicir gerabak usrah.sobsob i'm touched (emo)