Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
dah hampir 2 minggu,baru dapat balik rumah.tu pun jenuh mengamuk sana-sini nak balik (over).alhamdulillah,sampai juga hajat hati nak tengok Abah.waktu Omma telefon bagitahu Abah masuk hospital,tak la terbayang teruk sangat Abah.sampaila nampak depan mata.baru tahu langit cerah ke mendung.
Abah.
Abah bukan ayah kandung.Abah hanyalah jiran sebelah rumah yang dah jaga kami adik-beradik macam anak sendiri.kalau dia nampak kami jalan kaki pergi/balik sekolah,dia akan ambik kami,hantar kami mana kami nak pergi,walaupun kadang-kadang waktu tu dia sepatutnya dah masuk kerja.
Abah.
Abah yang selalu didik kami untuk makan sekali semua orang.semua sekali dengan anak-anak Abah sekali (dah la ramai anak teruna,nasib baik kami tak cukup umur lagi waktu tu,tambah makan banyak kali pun tak malu =.= ).selagi tak berhenti main,selagi tu la Abah akan panggil makan.
Abah.
Abah yang selalu lepas balik kerja,ajak kami minum ayaq teh cicah biskut pulak.no wonder la anak jagaan Abah sekarang bulat tak cukup segi.makan cukup 24 jam.
Abah.
yang dekat rumah Abah la kami duduk buat benda lagha yang kami pun tak pasti budak-budak sebaya kami buat ke tak.korang buat?
1.rasa isi perut ikan yang berdarah-darah lagi sebab tengok kucing Mama makan mcam sedap.
2.jilat bulu kucing sebab pelik tengok kucing jilat-jilat bulu dia.macam jilat ais krim je.
3.pergi join anak-anak Abah main senapang kayu guna buah apa entah warna hijau tembak sana sini.
4.waktu cuti sekolah patut duduk rumah dengan Anyah,tapi main senyap-senyap keluar rumah nak pergi rumah Abah.
5.pergi join main guli & ikan laga dan kau seketul je la lain jantina *tutup muka dengan tisu*
Abah.
yang sebelum ni rajin tegur tiap kali kami balik cuti.yang sekarang badan makin susut.tak boleh makan,hanya boleh teguk air susu,yang tak boleh bercakap.hanya mampu mengangguk atau menggeleng.
dan tambah-tambah sedih bila kami nak balik dari hospital,waktu peluk & cium Mama,Abah menangis.untuk pertama-tama kalinya kami tengok Abah menangis.sampai Abah pulak yang hulur tangan dulu.Abah,yang mula jaga kami selepas pantang.sampai Mak cakap Abah sayang kami banyak sebab Abah tak ramai anak perempuan.
Abah.
cepat-cepat sihat Abah.insyaAllah lepas ni kita boleh minum ayaq teh o Mama lagi sambil cicah biskut.insyaAllah lepas ni kita boleh sembang-sembang panjang lagi waktu makan.insyaAllah lepas ni boleh tengok Abah tanam pokok bunga lagi.
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
(Rahmat ujian-Mestica)
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
(Rahmat ujian-Mestica)
cepat sihat Abah :(