Sunday, April 29, 2012


bismillah.

semalam,waktu program dengan adik-adik,sempat juga sembang-sembang 'kosong' menyelit isu semasa-Bersih 3.0 katanya.saya lebih banyak memilih untuk mendengar instead of berkata-kata.ya,kerana saya kurang pasti dengan sebenar-benarnya hadaf atau aim perarakan itu melainkan dengan satu resolusi yang mampu saya fikirkan-ianya sebagai satu-satunya pilihan yang mereka punya untuk menyurakan dengan lantang ke arah sistem election yang adil.

pernah juga saya mendengar perarakan ini semua adalah ajaran puak syiah.tak kurang juga yang mengaitkan revolusi ini adalah propaganda puak kafir untuk melihat Islam itu berpecah-belah dan mudah untuk mereka mengalirkan ideologi Barat dan menghancurkan Malaysia.entah.saya benar-benar tidak tahu.

tetapi,membaca puisi seorang akhawat ini membuatkan saya berfikir.kembali kepada fitrah.berbuatlah kerana Allah.apa jua perbuatan.

silakan baca.

"wahai jiwa-jiwa yang inginkan keadilan!

atas dasar apa kau berteriak?
atas dasar apa kau mengangkat tanganmu?
atas dasar apa kau menghayunkan kakimu?

andai kau bereriak kerana Allah, silakan...
tapi teriakan kerana Allah tidak akan menyebabkan kerosakan!

andai kau mengangkat tanganmu kerana Allah,
ia tak akan menumpahkan darah saudaramu!

aku bukan sesiapa untuk berkata kau salah dan aku betul,
tapi aku hanya tak mahu teriakan dan tenaga kau membazir.
tiada nilai pada pandangan Allah.

siapa aku tanpa pandangan Allah.
siapa kau tanpa pandangan Allah.
siapa kita tanpa pandangan Allah.

aku bukan sesiapa.
hanya sesak dan sakit melihat ummat.

moga kekuatan teriakan dan tenaga datang dari solat.
bukan hawa nasu.

aku bukan sesiapa.
hanya sesak dan sakit melihat ummat."

enough said.setiap manusia itu punya justifikasi nya.dan setiap justifikasi itu,penilainya hanya Allah.