Monday, July 25, 2011

'ketakutan' (tutup muka)


di suatu pagi yang cerah,sang anak & sang ibu memulakan aksi pencak silat kejar mengejar ayam.tak berapa lama kemudian,sang ayah turut serta.peluh laju.sihat sungguh pagi itu.

seekor.

dua ekor.

tiga ekor.

akhirnya empat ekor.

fuhhh,selamat lah ayam sekalian nak dibuat rendang di kampung.(huureeehhh!)

ayam.walaupun tak berakal,tetap dia pandai buat taktik menyorok di balik semak tak nak kena tangkap.pandai sungguh ayam zaman sekarang.heh-he.bila dah diikat kakinya,tak diam-diam ayam tersebut menggelupur.agaknya sudah terbau-bau nak kena sembelih.(wuwu scary)

tiba-tiba terdengar mak berbisik pada ayam tersebut (coolio);

"sabarlah,nak masuk syurga ni"

tahu tak betapa psikik nya kuasa perkataan tersebut hingga secara otomatiknya ayam itu senyap,diam.

eh,ayam faham ke?AYAM FAHAM?

tak puas hati dengan adegan drama sang emak & ayam tersebut,sang anak mencuba berbuat demikian pada ayam ketiga yang ditangkap.yang waktu itu turut menggelupur tak rela kena ikat.

"ayam,nak masuk syurga kan?cool cool" (sambil mengusap konon-konon lembut)

ayam diam.tenang.tak bersuara.hanya mata terkedip-kedip.comel pulak ayam.hoho.

mashaAllah,ayam pun eksaited dengar syurga.walaupun mungkin di awalnya dia takut kena sembelih (mati)

motif plis?

begini alkisahnya.ibrah kejadian alam kalau nak difikir-fikir,pasti membuat kita tak henti mengingat pada Penciptanya kan.lalu kita akan tertunduk malu mengenang dosa yang bertan-tan tak dicuci (kalau lebih dari tan?-menangis batu)

siapa tak takut mati?ayam yang belum nampak pisau nak kena sembelih pun dah pandai merancang strategi mengelak daripada ditangkap & disembelih.ayam,haiwan.yang tak dihisab pun amalan hidup dia.

kita.manusia.bagi yang di level marhaen seperti saya,mati adalah perkara menakutkan.kiamat kata sesetengah orang.kiamat bila mana tiada taubat lagi yang mampu dilafazkannya.kiamat menunggu saat dihisab & dibentangkan amal di hadapan Dia.baik kah atau buruk kah?

keputusannya -->syurga/neraka?

lalu apa persiapan kita menghadapi saat menakutkan itu?atau lebih tepat; mendebarkan?

teringat sharing session bersama muna (bukan nama sebenar) tempoh hari.muna kata beliau & the team sibuk bertungkus lumus tak tidur dua hari dua malam hanya untuk present abstract research yang hanya mengambil masa 20 minit.yang tak sampai 30 orang pun memenuhi dewan. conscious amat.penontonnya pun mungkin saja ada yang tak pay full attention.mungkin ada yang take note,mungkin ada yang jadi listener semata-mata.dan presenter bermati-matian (pergh) melakukan usaha dengan sungguh-sungguh.

kita.dengan persepsi & stand kita.untuk hal dunia.hingga bermati-matian.

sama seperti exam & study week.nescafe.stay up.tak turun makan.fokus gilos.

bekal untuk mati,amacam bro?

mati.bila mana di suatu saat kita berkumpul di hadapan Dia.dengan buku report card ditanda oleh dua angel yang tak pernah tidur.setiap saat hidup kita tercatat di situ.dibentangkan di hadapan Dia yang tak akan miss out any single thing.nak menyorok mana lagi?

"dan Dialah Penguasa mutlak atas semua hambaNya,dan diutusNya kepadamu malaikat-malaikat penjaga,sehingga apabila kematian datang kepada salah seorang di antara kamu,malaikat-malaikat Kami mencabut nyawanya,dan mereka tidak melalaikan tugasnya" (6:61)

MATI tuuuu.

kita sibuk membicara tentang dunia & isinya.takut nak menghadap dunia LLB.yang kononnya kelas 8 pagi balik 5 pagi.takut tak mampu nak menghabiskan sampai ke penghujungnya.

lalu kita lupa,ada 'penghujung' yang lebih scary dari itu.dan kita masih tak sedar diri memeriksa suhu & level IMAN.

di takat mana agaknya IMAN?zon beku?hello IMAN?masih bernafas?

semoga setiap kali timbul rasa takut,akan dibukakan hati oleh Dia.ada perkara yang lebih 'menakutkan & mendebarkan' dalam hidup ini.

--> "syurga/neraka?"

"kemudian mereka (hamba-hamba Allah) dikembalikan kepada Allah,penguasa mereka yang sebenarnya.ketahuilah bahawa segala hukum (pada hari itu) ada padaNya.dan Dialah pembuat perhitungan yang paling cepat" (6:62)

kerana Examiner kita tak pernah tidur.tak akan miss out any single thing.kerana Dia Maha Sempurna.

kerana dunia bukanlah matlamat.

melainkan dunia hanyalah wasilah.

Allahu ghayatuna! (Allah tujuan kita)

ps: ayam sudah selamat ditelan.si pemakan ayam,apa khabar syurgamu?