Tuesday, January 29, 2013

i'm defining it.


Maratib amal kedua. Berat. Tapi perlu diupayakan.

“hanya satu hal sebenarnya yang perlu diberi penekanan. Menjelang pernikahan kadang-kadang menjadi masa yang sensitif. Persangkaan yang tidak benar, kepasrahan tanpa keyakinan, bisa menjadi hal yang membadai membeliung di perjalanan berumahtangga.”

“saya teringat pesan Ustaz Mohammad Fauuzil ‘Adhim dalam sebuah forum kajian. Jika ada lapan pertemuan kuliah pranikah, hendaknya enam pertemuan membahas satu hal saja. Apa itu? Niat, kata beliau.”

“jikapun dulu ada niat yang bertitik hitam, ada ketidakjujuran padaNya dan pada manusia, masih ada waktu untuk beristighfar, bertaubat dan memperbaharui niat. Perbaikan, dengan mengubah apa-apa yang ada di dalam jiwa kita, inshaAllah akan memahatkan makna dan mengalirkan darah baru bagi keberkahan rumahtangga kita”

Sumber: Saksikan bahawa aku seorang Muslim (Salim A.Fillah)

Sunday, December 30, 2012

summon in chamber

Dia saja yang Maha Tahu.betapa saya sangat butuhkan kalimah-kalimah berbisa dari mereka.supaya saya bangun dari lena yang amat panjang ini saya kira.

mungkin inilah waktunya untuk saya merasa cukup & syukur dengan segala nikmat & kurnia yang Dia pinjamkan.indeed itu rasa yang sangat kita cari.but I'm still leaking with the feeling.mentally unstable.himmah melayang.tarbiyah dzatiah lesu.poor me.

melihat susuk-susuk mereka struggle dengan tarbiyah diri,ke sana & sini dengan kekuatan yang saya juga punya,itu sangat menusuk hati.saya sedang bermain-main dengan iman saya.yes,thats the word.

claiming ownself as a person who grabs tarbiyah tightly & this is my battle.how easy to be that person.to claim easily & do nothing.

lebih merisaukan,jika dosa diri sendiri memberatkan jalan tarbiyah binaan seterusnya.parah.call me to ICU.

stop playing.refresh an-nas.istighfar.more prayers.sujud bebaskan diri.

Beristikharah itu kita menggugurkan semua pilihan yg kita ada dan serahkan sepenuhnya hanya pada Allah,bukannya kita dah tahu apa pilihan yg kita akan pilih (quoted)

Friday, October 26, 2012

dream.and.hope.


Busyra: Miq,kau tak rasa cuak waktu redah sungai dengan air superb deras add on hujan lebat mencurah-curah semalam?

Miqdad: for the first time in my life,aku rasa aku tawakkal all out.heh.kalau Allah tarik nyawa aku semalam pun,semoga iman aku di tahap yang sepatutnya.a feeling yang aku tak akan rasa dalam class jurisprudence.obviously.

Buysra: agak-agakla beb.Juris yang kau tibai.hahhh.true.felt the same way.even kalau Kak Yana ajak aku join mukhayyam lagi,aku harap aku duduk saff depan bersiap siaga untuk turun.

Miqdad: kentang!inshaAllah Busy,doakan aku di saff yang sama macam kau.janji kita kan nak meeting kat Firdaus (hehhhh) ameen inshaAllah!semangat semangat!

Busyra: ameen.obsesi semua tuu.alang-alang kau tengah semangat ni,jom pening kepala dengan aku kejap.

Miqdad: give me your point.hah,action banget aku.astaghfirullahhhh.

Busyra: hehh,inshaAllah ada lagi iman tu :) macam ni,kau tau kan aku baru jumpa adik-adik baru nak diDF.aku macam lost way tetibe.even this is not my first anak.tapi kau tau kan challenge-ging nya nak duduk sekarpet & makan sepinggan dengan adik yang kau tak kenal langsung pun before.perghhh,this is my first time ever nak DF adik baru and aku dah rasa lemak futur beb.sobsssssss.

Miqdad: feel you Busy.benda yang melibatkan manusia hati dan perasaan memang kompleks.tapi unik at the same time.nak redah,nak lalu mula-mula tu yang sakit.macam mana rasa kau before jejak kaki masuk air dalam sungai waktu hujan lebat tu la.haha.macam-macam rasa ada kan?and kau redah je kan?sebab kau dah gantungkan harapan kau pada Dia.aku rasa the same principle apply in most of situations.kita semua beriman hati kita dipegang Dia.banyak-banyak minta,sujud pada Dia.qiyam kita jaga.sebab itula sumber kekuatan luar biasa.dakwah ini pun milik Dia kan.minta pada Dia untuk tunjukkan kita jalannya.sebab selagi tak bergantung harap pada Dia,siapalah kita nak bawa amanah Dia ni.aku tahu,easier said than done.but what options do we have more?tak kan nak quit kot?

Busyra: nauzubillah Miq.semoga kita tak tergolong dalam golongan tentera Jalut yang tertapis.yelah kan,aku baru je nak DF orang.and aku dah start bersungut bagai.memang ada zaman ups and down dalam dakwah.tapi bila refresh balik zaman kita mula-mula berjodoh dengan tarbiyah,macam mana kita sungguh-sungguh nak carik orang untuk jodohkan kita dengan tarbiyah,benda tu akan keep up kita balik.kau rasa tak?

Miqdad: duhhh,manis banget deh Allah jodohkan kita dengan tarbiyah.aku rasa aku manusia paling hina kat bimasakti ni,kepala batu,kepala angin,senget.yet Allah tetap temukan aku dengan kau,dengan sisters lain.merasa belajar degree at the same time kenal sunnah terbesar Nabi.and aku mula rasa hidup aku terisi.haishhhh manisnya kurma ini.

Busyra: haaaa,kau mula dahhhhh.

Miqdad: haha beb.tak ada kaitan hidup & mati hokayyy.whatever pun,semoga Allah balas semua kebaikan kau pada aku Busy.aku tahu kau struggle gile nak tarik aku join circle 'pelik' kau dulu,haha.aku memang tak faham langsung weekend je kau keluar out of nowhere dengan assignment & test kau berderet pun kau tak heran.aku faham and aku rasa nak kan benda baik and agama ni tapi aku tak faham betul dengan cara hidup kau dulu which is dah jadi 'deen' aku jugak sekarang,inshaAllah :)

Busyra: haha.kau baru nak buka pekung di dada eh?goodddd.hehhh,stuggle tak struggle jugak la.hari-hari aku fikir nak ngayat kau macam mana.berbasa-basi tak emel aku dulu?haha.fikir-fikir balik,geli jugak ah nak ngayat kau.tapi takpe.moga Allah redha atas usaha kita,kan?zaman tu pun beb,aku baru je tercelup dengan tarbiyah.first naqibah aku sangat osem kot.aku banyak belajar through her actions rather than words.ilmu dia banyak jugak,unquestionable.tapi aku rasa aku ni jenis observer agaknya.aku suka tengok apa dia buat.maybe sebab iman tu akan lebih sampai melalui perbuatan kita kot eh?

Miqdad: maybe.good point.definasi iman kan tu.kenapa kau beria benar eh nak ajak aku join dulu?haha.kau sayang aku lebih eyyy?kiki

Busyra: sayang tak sayang kau.haha.perasaan aku simpan dalam beb,aku kan macho.haha.entah,maybe sebab kau memang kawan baik aku.eh maybe ke?haha.tak ah.kau kan kawan baik aku.aku kenal kau lama kot.and aku tahu kau memang suka benda-benda baik ni.aku just nak kau rasa,best nya keinginan kita yang suka kebaikan tu kalau kita pandu dengan jalan yang ada halatuju.since aku join circle pelik yang kau kutuk awal-awal dulu tu (hehh),aku makin yakin dengan pilihan aku.sisters lain yang dah taiko,doktor,senior exec,yang hebat-hebat semua tak jemu-jemu jumpa adik-adik and sharing pasal dakwah.dulu aku pelik,awat la depa semua ni tak busy ke dengan kerja.weekend duk jumpa kita.tido and makan sekali.lama-lama aku faham.pengorbanan yang diorang buat ni adalah simbol ketaatan diorang pada Allah.menyeru manusia pada kebaikan tu firman Dia.menyeru dengan kesabaran tu tak semua mampu go through.untuk keep up dengan anak usrah,faham keperluan mereka,turun padang bila-bila masa diperlukan,habiskan duit gaji beli ayam penyet,semua tu tak kan mampu kita buat kalau iman belum kita polish sebetulnya.kita tahu ramai je yang baik kat luar sana.tapi cukup ke baik diri sendiri and biar je taghut menghancurkan manusia lain.hebatnya kalau iman dah seperti sahabat yang dapat tarbiyah nabi 13 tahun hanya dengan kalimat 'lailahaillallah'.tinggi cita-cita tapi tak mustahil.hmmm.

Miqdad: aku rasa macam tengah usrah la Busyy.aaaaaaaa.

Busyra: kau memang over padahal kau ngantuk kan beb?cisssss.

Miqdad: ruginyaaaaa aku.sebab ngantuk time ni.aku nak dengar cerita kau lagi.sila tiup hammasah aku esok pagi.turn kau esok kan tazkirah subuh?hihi chowwww beb.

Busyra: papeje la Miqqq (aku sayang kau)



*******************************light off********************************************

Sunday, October 14, 2012

I am a human.with a heart.fragile one.

Busyra: Jadilah da'i yang tidak melupakan Tuhannya.

Miqdad: Why did you said that?

Busyra: Sebab da'i pun manusia.

Miqdad: Heh?

Busyra: You feel that you are good enough.Telling people to do good, forsake everything for Allah.post bagai dekat FB.tapi da'i pun selalu lupa diri sendiri.

Miqdad: Clear words,please?

Busyra: I mean,ada je moment-moment kita futur.tak jaga qiyam,tak jaga dhuha,tak jaga solat.macam mana nak dapat ruhi kalau jiwa kita kosong?lebih buruk lagi bila mana banyak je lagi jahiliyah yang tak kita tinggalkan.games,TV,malas nak ke usrah,justifying yourself not to do jihad.thats really mean something.taghut dah mula mengganas.dan lebih ICU bila kita rasa selesa dengan keadaan yang down tu.parah.

Miqdad: Ouch,that really hurts.ana terasa ukhti.

Busyra: Yang bercakap ini lebih takut.sebab Tuhan benci manusia yang bercakap tapi tidak beramal.benci.

Miqdad: how did you come over with all of these tarikan?

Busyra: Like what Muntalaq stated,take a moment to reflect yourself back.muhasabah.maybe it sounds like a common word.even amnatun nafs pun do the same.but as a da'i,you should discipline yourself.think & check your iman.muhasabah bukan takat sebelum tidur je.do it as frequent as you can.cepat-cepat istighfar & cari hati semula bila rasa tenggelam.cari di semua tempat yang Imam Ghazali katakan tu.before you'd been drown more & more.sebab bukan senang nak mempolish balik karat yang dah berbekas.kena beli gris kuasa gajah.

Miqdad: Make sense.once botol air mineral mula berkurang isipadu air,mesti ada elemen udara yang akan isi.and once you start filling up your soul with another unsur & illah selain Dia,iman boleh jadi lemah.masuk angin.dan Islam tu seperti mana yang kita imani,syumul untuk semua.mencangkupi seluruh hidup kita & tak boleh la kita nak ambik half way je.and bila rasa nak main games buat benda lagho,tak nak pulak rasa Islam tu sebagai guide.kan?

Busyra: you got the point.being a selected people means nothing if you waste the chance given.free-free je Allah gedebukkan kita dalam gerabak dakwah and kita senang-senang hati terjun keluar cari jalan mati.haishhh.enti jadi turun mukhayyam weekend ni?

Miqdad: inshaAllah.jujurnya,ana struggle gila nak luruskan niat.dengan assignment & test berderet next week.tapi bila ingat-ingat balik,di mana kita campakkan Allah?waktu exam & test terus prioritize kan benda lain instead of Dia?triple haishhhhhh.doakan ana ya ukhti?

               ***************************************************************

Wednesday, October 3, 2012

si anak mengada

one phone call.wednesday bluesss.

"kenapa tak siap-siap lagi dokumennya?apa masalah?berapa lama bank nak pending?1 minggu,2 minggu,3 minggu,sebulan?"

blablabla.

pegang fail sambil diam.dengar & calm down.biasalah pak cik.nak duit bank memang banyak procedure & kerenah.semalam seharian tanpa senior chambering & kakak taiko ofis,bertemankan Puan & deretan fail client,balik rumah terus suhu naik.syurgaaa.

masuk ofis fail pending.Vendor call tanya bila boleh masuk duit.bank returned documents untuk amend.buat land search,salah title.lari ke Klang,panjat tangga SUK.blablabla.

robot.

sabar Hud-Hud.kita yang pilih medan ini.dan dengan izin Dia,kita masih mampu bernafas dan senyummmm.teringat dialog satu masa dulu dengan seorang adik.keletihan itu satu nikmat untuk orang beriman.though belum tentu level iman kita tiptop.

heh.wednesday blues yang possibly to be continued esok & the next next daysss +.+

setiap hari,sebelum masuk pintu ofis,kena banyak ingat Dia.refresh niat.jangan jadi robot.supaya working hours kita dikira as part of ibadah (hopefully ameen) setiap hari yang sangat baru.dahhh tak payah nak bebel banyak.

satu perasaan baru lahir.surely those feelings came from Him.Im missing her damn much.missing your mom,it is a common thing.but when you are missing your Naqibah (once a Mama,always a Mama),it is a new part of experience to me.text kakak sambil menyapu hujan.at one point,asking dear self,what has happened to you dear?couldn't find the answer.like what Umar claimed when he couldn't figure out what does Allah means on certain verses,let the answer only belongs to Him.

biarkan Tuhan saja yang membalas segala kebaikan yang dibuat kakak Naqibah.though I may not sitting in front of you anymore,having your delicious spagethi hailam & feel amazed on your sharing,semoga tinggalan jejak dalam hati akan dicambah & disemai ke hati-hati seterusnya.semoga kiblat saya hanya Dia.


I know you love me hehhh.jazakillah khayr Kak Nadiah.miss you lots. 


Tuesday, September 18, 2012

'bertahan'

'bertahan'

its just a normal word.tapi kalau dilahirkan dari bibir seorang murabbi yang persis ibu sendiri,bunyinya mungkin sama tapi yang sampai di hati itu beda.beda amat.

banyak sungguh bantuan Dia tiba.di saat kita masih teraba-raba mencari jalan,mencari medan,mencari akhlak,suarakan saja pada mereka.taujih terkesan,tausiyah melekat.di sepanjang jalan pulang,di balik rasa kantuk yang tak seberapa,tanpa sedar rintik hujan itu turun deras.

Dr Wan,seorang ibu yang ingin sekali saya dakap sekuatnya sekali lagi.seakan ibu itu tahu isi hati si anak yang masih blur & tak tahu apa di medan kerja,bertemu dengan masyarakat malaysiaku yang sebenar.

"bertahan dengan stand kita.tak kisah apa pun yang orang kata,kalau ada bergaul,bercampur lelaki perempuan,jangan terikut.biarlah orang anggap kita odd,pelik,biarkan.bertahan."

saya sangat perlukan tausiyah itu.ia mungkin keluar dari mulut insan biasa,tapi kesannya beda.benar-benar tidak tahu apa yang harus dibuat,apakah masuk dalam masyarakat itu hingga kita mengikut mereka keluar di eaktu solat jumaat dan bersiar-siar di mall bersia-sia?kalau tak diikut,sukar pula nak bercampur dengan ofismates.lalu bagaimana?

nahhh Dia menjawab.

bertahan dengan stand.

jazakillah untuk naqibah kesayangan yang telah menyusun pertemuan singkat ini.

terima kasih Allah.


ps: banyak cerita.adik-adik baru menanti.esok kerja.to be continue iA.

Thursday, August 16, 2012

#monolog






semoga saya kekal di atas jalannya dan semoga mati jua dalam jalannya.
mari kembali pada Dia dalam keadaan yang paling suci.

fitrah.

Wednesday, August 15, 2012

mencari 27

benar.

'...maka sesungguhnya Aku dekat...' (2:186)

terngiang-ngiang sharing Pak Cik Roslan right before Ramadhan.sharing yang sangat mengisi.satu persatu doa dikabulkan Dia.satu persatu membuat hati luruh.

benar.

'...maka sesungguhnya Aku dekat...' (2:186)

kali ini terasa beda.kali ini semoga bukan yang terakhir.kerana sungguh,kalau diberi peluang sekali lagi,saya mahu lakukan yang lebih baik.semoga!

masjid hoping 2012


mungkin akan update lagi.atau mungkin akan jadi simpanan dalam hati sebagai momen indah Ramadhan 1433.Dia cinta hati paling atas.Dia pelengkap segala kesempurnaan.

terimalah kami.di saat kami tenggelam di laut yang paling dalam dalam gelora dosa,hanya Kau yang hadir menyelamatkan kami ke muara kasih sayangMu.

taqabballahu minna wa minkum.

Wednesday, August 8, 2012

im still a learner,always be.

'...sehingga mereka kami jadikan sebagai tanaman yang telah dituai,yang tidak dapat hidup lagi' (21:15)

banyak nak update.tapi banyak yang rasanya memang Dia bagi direct sebijik pada diri sendiri.sakit jadi lega,lega jadi risauuuu sebab ramainya mereka-mereka yang dah naik 'flight' menjelang baki Ramadhan yang tinggal.

hey,still cycling?wake uppppp!

belum tentu ada next Ramadhan.kalau kau jadi tanaman yang dah dituai tu,amacam brooooo?


Thursday, August 2, 2012

13

"sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah sobekan yang tidak bisa dijahit
kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah.
di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati
kecuali dengan menyendiri dengan Allah.
di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak mampu diseka
kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi denganNya"

all time fav

sobekan,keterasingan,kesedihan.
tak usah ditanya apakah keadaanku,
kerna bahasa hati ini,
tak mungkin dimengertikan zahirnya,
kecuali dengan sepenuhnya menghadapNya.

Ramadhan ini,sepatutnya mengubah segala persepsi diri.
Ramadhan ini,sepatutnya membebaskan diri.
Ramadhan ini,sepatutnya membakar diri.
Ramadhan ini seharusnya membawa aku pergi jauh dari bayangan semalam.
Tuhan,dengarkan pintaku.

Sungguh aku tidak ampuh menghadap dunia ini.
Sungguh aku tidak kuat melawan mehnahmu.
Sungguh aku tidak mampu jauh dariMu.





Friday, July 20, 2012

number one.

hati seorang ibu,Allah saja yang tahu.
daripada takut & gelabah,mendengar suaranya,
kita rasa dekat dengan dia.

Allah,pelihara mereka & ganjari mereka dengan syurgaMu.

Sunday, July 15, 2012

Tuhan saja yang tahu.

meniti hari-hari terakhir bersama puan naqibah membuatkan dada jadi sebak.fikiran kadang-kadang sempit.jangan ditanya bisikan makhluk syaitan itu.entah berapa kali menggoyah iman.

hampir setahun.hampir setahun yang banyak membuat diri jadi lebih matang (inshaAllah) hampir setahun mengajar diri menerima dan memperbaiki kelemahan sendiri,berlapang dada,memanjangkan telinga untuk semua.

dua minggu lepas,dengan tenang puan naqibah menyampaikan pesan;

starting bulan 9,awak tukar usrah dengan naqibah uitm.awak tajmik adik-adik law inshaAllah.kak A akan planning inshaAllah.

dan saya,berlagak tenang.


dalam hati,Tuhan saja yang tahu.Tuhan saja yang tahu.

parting is a must in life.

sebab tak ada apapun yang akan kekal dalam hidup kan.lagi-lagi gerabak tarbiyah yang merupakan gelanggang didikan terhebat dari Yang Maha Agung.dan kita sebagai hamba,tiada daya dan upaya untuk mengatakan 'tidak' pada sesuatu yang dirancang Dia & pastinya paling superb untuk agamaNya.tentera tarbiyah Dia harusla sentiasa bersiap siaga untuk ditukarkan 'kiblat' bila-bila masa saja.

"Kami tidak menjadikan kiblat yang (dahulu) kamu berkiblat kepadanya melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul & siapa yang berbalik ke belakang.sungguh (pemindahan kiblat) itu sangat berat kecuali bagi orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah.dan Allah tidak akam menyia-nyiakan imamu" (2:143)

Tuhan kita tetap Allah.walau siapapun yang disusun Dia untuk mengemudi jalan,membawa kita menghadap wajahMu,Tuhan kita tetap Allah.

kak,Allah je yang boleh balas semua kasih sayang & tarbiyah yang kak berikan pada kami.

bubur nasi & spagethi hailam kak juga ^^

Allah saja yang tahu betapa saya sangat awkward kali pertama teman kak overnight kat rumah kak & saya menyusun ayat apa nak disembang dengan akak (haaaa ini lawak)

Allah saja yang tahu betapa saya teringin nak berceloteh itu dan ini tapi bila sampai masa saya jadi 'budak skema' (haaahaa)

Allah saja yang tahu setiap kali kak sampaikan taujihat & tausiyah,hati saya jadi tenang.semacam beban di pundak ini lalu bagaikan air sungai.hilang.dan saat-saat travel untuk ke daurah bersama kak dalam kereta sebelum kewujudan Hud-hud di sisi saya adalah travel termanis saya.cerita kilat,cerita UK & post mortem dakwah kak yang unexpected (kikiii) cerita serabut dengan planning anak usrah jangan cerita.

betul kak.Tuhan saja yang tahu.segala apa yang disusun Dia sepanjang tempoh hampir setahun ini is my precious puzzle of life I must say.dan biarlah Tuhan saja yang tahu,dalamnya hati saya untuk seorang yang bergelar puan naqibah.



dilarang memanjat hati :')

I must stop writing now.emosi.

:)

Friday, July 13, 2012

menjadi hanzalah



menjadi hanzalah itu disebabkan apa?


ANTARA TARIKAN KELUARGA DAN PANGGILAN ALLAH
Perbezaan dari segi kefahaman dan iltizam ini kadangkala menampakkan hakikatnya dalam keadaan-keadaaan yang genting seperti pergi untuk berperang atau berhijrah di jalan Allah kerana perbuatan-perbuatan ini boleh membawa kepada perpisahan keluarga sama ada melalui kematian atau berbagai-bagai kemungkinan lain. Keadaan ini memang menimbulkan masalah bagi seorang suami atau bapa dan di sinilah letaknya ujian-ujian Allah. Dalam keadaan ini, ia berada di tengah-tengah dua tarikan, antara tarikan keluarga pada satu sisi dan tarikan kefahaman dan keiltizamannya dengan panggilan Allah pada sisi lain. Apabila tarikan keluarga lebih kuat, maka isteri dan anak-anaknya menahannya dan menjadikannya teragak-agak untuk bergerak keluar rumah bahkan mungkin membatalkan niatnya sama sekali. Tetapi apabila tarikan kefahaman dan keiltizaman seorang ayah atau suami lebih kuat maka ia boleh melepasi halangan-halangan itu seperti kejayaan Nabi Ibrahim ketika diperintah menyembelih anaknya Ismail, atau seorang sahabat yang baru saja berumah tangga tetapi apabila berkumandang pangilan jihad ia pun meninggalkan isterinya dan terus berjihad sehingga syahid. Begitu juga jika kita lihat keadaan Imam Hasan Al-Banna yang tidak menghiraukan rayuan isterinya untuk menemaninya menjaga anaknya yang sedang demam. Beliau tetap meninggalkan rumah untuk menghadiri program penting dalam dakwahnya .

gasp.gulp.

dewasa

bila kita meletakkan Allah di atas pilihan di atas pilihan.
Allah sebagai yang atas & utama di atas pilihan.
pasti sakit manapun kita akan berlapang dada.sekurang-kurangnya mencuba ke arah itu.
sebab kita yakin,Allah jua yang akan soothing kita kembali.

bila kita meletakkan Allah di atas pilihan,
perkara-perkara lain akan nampak minor.
sebab kita ada tujuan yang jelas.
Allah.

dan bila kita meletakkan Allah di atas pilihan yang ada,
dicampak ke manapun kita,
jadilah benih yang bercambah & tumbuh subur membiak.
kerana yang menggerakkan kita adalah kerana benih yang baik itu,
yang telah diextradict dengan tarbiyah yang muntij & ruhi.

bila kita meletakkan Allah sebagai yang atas & utama,
yang di sebelah kita nanti itu juga semoga faham.
bahawa Allah adalah yang atas & utama.
bahawa dakwah ini jalan kita.
bahawa dunia,anak-anak & harta adalah permainan & senda gurau saja.
dan tetaplah Allah itu sebagai tujuan.



contoh depan mata sangat merefleks diri sendiri.bergeraklah.dengan kefahaman.

Tuesday, July 10, 2012

note to self.

dah lama tak sakit.

seronok sangat semalam,sekarang Allah bayar cash.

satu lagi paper,yokkkk!


Briskly, rising to the sky. 
Cold, clouds rushing past. 
Flying, hopes to never land. 
Light. Streatching out my hand.

Out seeing the fields. 
What is a dream and 
can you tell me what is real? 


Tuesday, June 5, 2012

satu mimpi.satu kenyataan.

saya yang tak punya apa-apa.
bagaimana harus saya persembahkan pada Dia.
bagaimana saya mampu tersenyum simpul.
tidak.sekali-kali tidak.
tangga satu yang haru biru.
tangga satu yang terangkak-rangkak.
tangga satu yang baru mengenal pencerahan.
tangga satu yang bertempel-tempel lagi.

berbuat hanya kerana Dia.
sakit perit air mata,semoga semuanya kerana Dia.
astaghfirullah.

menelan sebuah hakikat.

Monday, May 14, 2012

baik sangka.

bismillah.

sedang menikmati nasi bekalan ibu tersayang bersama ayam golek kfc yang dibeli inche afifi.alhamdulillah.pukul 1.40 pagi kenyang membulat dan sebentar lagi bakal beradu.sungguh sihat yayyy =.=

weekend yang banyak mengajar saya.sekali lagi tarbiyah dari Dia.what should I say for everything that He gives through thick and thin?kerana setiap kesusahan itu pastinya ada kemudahan kan?mentioned twice in al-Insyirah.

pulang ke rumah membawa hati luka.luka yang cuba disimpan kemas supaya tak ternampak oleh siapapun.hambatan dunia yang kadangkala benar-benar menguji sabar hingga terasa sifat cool terhakis dalam.jarang berasa stress disebabkan study tidak bermakna selamanya akan tegar.bila terkena sekali,I know it will take times to bear with it.take time until I decided not to sit for the PTD exam.God bless.

maka sepanjang hari membuka laptop menghadap kerja sekolah hingga mengabaikan mak di luar.sayu.hingga di suatu saat saya tersedar.what have I done?inikah hasil tarbiyah?kecewa yang sedikit telah melukakan hati hingga begitu?kononnya untuk redeem 'luka' lalu dengan bersungguh menghadap hambatan dunia hingga terlupa apa yang saya kejar sebenarnya.redha Dia atau markah yang tak seberapa?nilaian jadi kabur.kaca mata bertukar warna.usrah adik-adik terasa kering.zalimnya saya.pedih.

sampai di suatu saat,akhirnya saya meluahkan isi hati pada mak.betapa saya berasa lemah untuk mengejar kedua-dua matlamat dalam masa yang sama.begitu pesan mak;

jangan give up.kamu dah di klimaks nya.mak pun tak nak give up.

ringkas.tapi masuk.

dan ia membuatkan saya tersedar.perkataan give up itu.teringat--> jangan berhenti selagi Allah tidak memberhentikan (mematikan) kita.kerana pilihan tetap saja di tangan kita.melangkah dan terus melangkah atau....tak perlu memilih pilihan yang kemudian.full stop.

sepanjang perjalanan dalam ktm,di sebalik empuknya tilam dan bantal coach,Dia menyedarkan saya tentang banyak perkara.putus asa itu bukan sifat kita.sabar itu bukan setakat sabar.tapi perlu dikuatkan.

"wahai orang-orang yang beriman,bersabarlah dan kuatkan kesabaranmu" (3:200)

Dia menyedarkan saya,hambatan dunia itu tidak sepatutnya menjauhkan saya dari Dia.terpukul.

"maka celakalah orang yang solat.iaitu orang yang melalaikan solatnya" (107:4-5)

sebak.luka itu tidak sepatutnya menjauhkan kita.luka itu tidak sepatutnya 'dirawat' dengan telusukan-telusukan membungkam yang semakin menggigit iman.membiarkan luka hingga lupa,kita hanya manusia untuk berusaha.

the rest of it,let it remains in the memory-box.thank you Allah.

memohon untuk dimudahkan menghadapi ujian tiada salahnya.tapi lebih masyuk sekiranya kita memohon kekuatan untuk menghadapinya.kerana Dia Maha Tahu upaya kita.hanya yang kita perlukan,kekuatan dari Dia.

the seed inside us,its time to water the dry one.bila Dia mengetuk khabar iman kita,itu saatnya kita harus membangkitkannya berkali ganda.ayuhhh!

kurang dua bulan.dan saya boleh inshaAllah! :)

Friday, May 11, 2012

cinta

bismillah.

saya hanya mahu kata;

saya jatuh cinta sejak pertama kali terjebak dengan jalan ini.saya jatuh cinta sejak pertama kali menyambut salam mereka.saya jatuh cinta sejak pertama kali mendengar salam puan naqibah.saya jatuh cinta pada mereka kerana mereka mendokong saya dan menarik pandangan saya dari perkara jahiliyah.sedikit sedikit.

walaupun banyak je kekurangan dari setiap sisi kami,tapi Allah mencukupkan kami dengan nikmat kasih sayangNya.tenang.Muslim itu merasa nikmat berbagi beban bak kata pak cik Salman al-Farisi.

"akak,nak saya tolong buat kerja-kerja akak"

"kamu akan dikumpulkan bersama dengan orang-orang yang kamu cintai'

cintailah para anbiya,para ulama,kaum keluarga & usrahmates kita (hehhhh)

take care.


2 bulan lagi ayuhhhhh.

Sunday, April 29, 2012


bismillah.

semalam,waktu program dengan adik-adik,sempat juga sembang-sembang 'kosong' menyelit isu semasa-Bersih 3.0 katanya.saya lebih banyak memilih untuk mendengar instead of berkata-kata.ya,kerana saya kurang pasti dengan sebenar-benarnya hadaf atau aim perarakan itu melainkan dengan satu resolusi yang mampu saya fikirkan-ianya sebagai satu-satunya pilihan yang mereka punya untuk menyurakan dengan lantang ke arah sistem election yang adil.

pernah juga saya mendengar perarakan ini semua adalah ajaran puak syiah.tak kurang juga yang mengaitkan revolusi ini adalah propaganda puak kafir untuk melihat Islam itu berpecah-belah dan mudah untuk mereka mengalirkan ideologi Barat dan menghancurkan Malaysia.entah.saya benar-benar tidak tahu.

tetapi,membaca puisi seorang akhawat ini membuatkan saya berfikir.kembali kepada fitrah.berbuatlah kerana Allah.apa jua perbuatan.

silakan baca.

"wahai jiwa-jiwa yang inginkan keadilan!

atas dasar apa kau berteriak?
atas dasar apa kau mengangkat tanganmu?
atas dasar apa kau menghayunkan kakimu?

andai kau bereriak kerana Allah, silakan...
tapi teriakan kerana Allah tidak akan menyebabkan kerosakan!

andai kau mengangkat tanganmu kerana Allah,
ia tak akan menumpahkan darah saudaramu!

aku bukan sesiapa untuk berkata kau salah dan aku betul,
tapi aku hanya tak mahu teriakan dan tenaga kau membazir.
tiada nilai pada pandangan Allah.

siapa aku tanpa pandangan Allah.
siapa kau tanpa pandangan Allah.
siapa kita tanpa pandangan Allah.

aku bukan sesiapa.
hanya sesak dan sakit melihat ummat.

moga kekuatan teriakan dan tenaga datang dari solat.
bukan hawa nasu.

aku bukan sesiapa.
hanya sesak dan sakit melihat ummat."

enough said.setiap manusia itu punya justifikasi nya.dan setiap justifikasi itu,penilainya hanya Allah.

Monday, April 23, 2012

pohon yang menjulang tinggi-part 2

bismillah

I know I should reading my law books now and finish up my assignment by tonight.but yeah,bila perasaan menguasai ketelusan otak untuk berfikir dengan rasional,maka terjadilah resolusi ini:

'hey I should continue blogging for my part 2'

=____________________________=

maka,mari betulkan niat sebelum menulis.saya tahu bahasa saya sukar difahami,tapi semoga the very gist of it sampai ke hati anda (tock tock,mesej nak masuk hati boleh?)

'apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", dan mereka tidak diuji?' (29:2)

baca banyak-banyak-banyak kali.

saya selalu highlight point ini pada kanak-kanak ribena saya;

mari bersyukur.dalam banyak-banyak tahun pengajian kita,Allah pilih final year untuk kita melaju dalam gerabak tarbiyah.dalam banyak-banyak tahun yang sebelum ni kita berfoya-foya dengan zaman BLS,final year ini juga yang Dia pilih untuk kita membina rijal.

Allahu.ini sangat filter.

filter?

ya.manusia memang akan diuji dengan nikmat masa lapang.dan saya juga percaya,diuji dengan masa sibuk juga satu ujian yang sangat 'mengujakan'.semua orang boleh claim title busy dengan kerja sekolah melambak,jadual pack,consultation hours dengan lecturer dan bagai-bagai lagi.hakikatnya memang hidup seorang student begitu kan?

tapi,sejauh mana kita memaknakan hakikat 'busy' itu dengan masa kerja tarbiyah kita pula?adakah alasan-alasan busy itu justify enough untuk kita claim di hadapan Dia nanti bahawa "Tuhan,aku terlalu sibuk dengan urusan dunia.berilah aku excuse"

hey,berani keeee?

inilah filter kita.filter untuk menapis golongan-golongan yang benar-benar faham hakikat penciptaannya.golongan-golongan yang mengangkat kesaksiannya.golongan-golongan yang mengerti dakwah ini suatu kemestian untuk melestarikan generasi seterusnya.ke arah memahami islam yang syumul.dan untuk mereka yang faham itu,busy study itu hanyalah satu gangguan yang perlu ditapis menggunakan pemukul lalat (ala ujian kecil je.eh?)

baru busy study beb.belum diganggu perasaan dengan ujian dipenjara,dipukul dan dicemuh lagi (uhhh sentap)

bukankah golongan muhajirin dulu telah Dia uji dengan pelbagai tekanan ketakutan,kehilangan jiwa,kesakitan dan hasilnya,lahir golongan core group itu yang mampu meneruskan dakwah dan menyampaikan Islam pada kita hingga ke hari ini.

kita?ala setakat busy final year student,hey sangatlah kacang botol cap king je tuuuuu (check hati-masih bernafas?)

saya tahu,kalau kesibukan itu hanya melibatkan kita sebagai individu,mungkin kita boleh settle kan dengan reschedule jadual atau stay up lebih dan minus sleep hours kita.tapi bila ia melibatkan kerja firm (kerja berpasukan) yang memerlukan munculnya wajah kita setiap kali meeting & discussion,itu extra filter.mungkin.

saya pernah ajukan pertanyaan itu pada puan naqibah.kata beliau;

itu extra training yang saya dapat dari Dia alhamdulillah.itu akan mengajar saya teknik untuk berdiplomasi bersama rakan sekerja nanti in future inshaAllah.bagaimana untuk saya menyusun kerja dan kata-kata (pastinya) agar tidak ada yang berkecil hati atau merasakan saya mengabaikan mereka (wah).

seriusly,kerja bukan masalah besar saya sekarang.masalah saya adalah bagaimana untuk memastikan kerja dnt ini tidak menjadi fitnah buat mereka.amat lah gugup sekiranya mereka merasakan kerja dnt ini menyebabkan saya mengabaikan kerja firm.aduhhhhhhhhhhhh. mohon tidak.

diselangi dengan pelbagai drama hati saya itu,Dia tetap menganugerahi beberapa berita yang membuatkan saya berasa-->

'jalan dakwah ini memang sangat lara.tapi yakinlah,di sepanjang jalan itu,Allah pasti akan memberi kita berita-berita gembira tanpa kita expect pun.'


class cancel tetibe di saat kita belum fully ready dengan revision.second chance to do some amendment dengan course work.dan banyakkk lagi.semua yang kita tak expect untuk kita dapat pun.sebab bukan kita yang control takdir kita pun,kan? (senyum)

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.

'apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman", dan mereka tidak diuji?' (29:2)

ujian itu lumrah.bila kita dah pass exam untuk third year,maka akan ada fourth year.bila kita merasa telah kuat untuk sesuatu perkara,maka kita akan diuji dari sisi lain pula.

sesuatu berita yang baru kita terima,di awalnya kita merasa sangat-sangat tak mampu untuk melaluinya.sangat-sangat berasa lemah.sangat-sangat buntu untuk langkah seterusnya.maka saya mengambil keputusan untuk tidur.

3:154

sedikit ketenangan itu,semoga membuahkan semangat untuk saya kembali melangkah.di suatu saat itu,Dia akan menyedarkan kita akan hakikat,tempat kembali hanya pada Dia.u-turn pada Dia.

"anis, jagalah Allah tak kira susah atau senang, nescaya Allah akan jaga kita tak kisah senang atau susah. jika manusia dh bosan dengar rintihan kita, Allah tak pernah bosan. insyaALLAH kite doakan anis. kuat yea anis! ♥"

mungkin ada part 3.haha sila berharap.sila jaga diri.semoga cuti tidak memfuturkan kita.