"sebelumnya kau pergi, renunglah ku di sini, kerna mungkin terjadi kita takkan bersua lagi, untuk itu maafkan ku, kiranya mengganggu ketenangan dalam hidupmu, yang tak perlu kehadiranku"
tu dia karya Hawa Darlida setelah menelaah "Cinta Kau dan Aku".sentimental dan telah menyebabkan aku dijangkiti virus yang sama.kalau warga US dan Mexico dan Eropah bergelut dengan virus H1N1,aku dah berjangkit virus Hawa pula.haiyo!tidak,tidak,no more.sekarang adalah masa untuk 'berkarat' dengan MLS,garnishee order,Shaaban,etc,etc...
tengok playlist Hawa dalam hp pinky beliau,lagu Zaiton Sameon pun ada beb!pergh :D
p/s:nasib badanlah Hawa dapat 'pengkerobek' harta benda seperti ini.hee~
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
kita petah saja mengakui "aku ahli Sunnah wal Jamaah".aku berpegang hanya pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.tapi,sejauh mana kebenaran hakikat itu?sekadar omongan atau fakta yang benar.cantik analogi yang dibuat Al-Fadhil Ustaz Fathul siang tadi dalam Majlis Wala' dan Ilmu.cuba kita lihat,manusia yang takutkan hantu,mereka pantas mendapatkan Al-Quran,bukan untuk dibaca tapi sekadar dipegang,sebagai pelindung,mungkin.kepercayaan mereka,Al-Quran dapat menjauhi diri daripada makhluk halus,lantas ia mempengaruhi tindak-tanduk mereka.
bagaimana mahu mengaplikasikan yang itu dalam situasi umat zaman ini?ya,kebanyakan kita merasa bangga menjadi umat Muhamad s.a.w.tapi hakikatnya,sejauh manakah kita cuba mangkaji segala ilmu yang kita amalkan?ada kita punya dalil yang sahih?hadis yang matannya tidak diragui?tajuk kuliah hari ini "Mulanya Asing",memang pada mulanya kedengaran asing bagi aku.apa yang mereka cuba sampaikan?2 jam setengah di dalam dewan dengan hidangan high-tea bersama golongan mewahan(hanya beberapa kerat saja students yang aku lihat),ditambah pula dengan kami yang pergi tanpa dikenakan bayaran,membuatkan aku berasa ini benar-benar 1 nikmat!terima kasih di atas sponsor.back to the main point aku.
lihat cuma dari 1 faktor saja kali ini.solat kita,kamu yakin solat kamu itulah yang sebagaimana diajarkan Rasulullah s.a.w?sebagaimana yang dipraktikkan para sahabat?aku bukanlah golongan bijak pandai mahupun ulama,tidak juga kakak usrah yang petah berbicara tentang soal ini.tapi,aku cuma ingin berkongsi sesuatu yang aku rasakan menjadi 1 tanggungjawab untuk aku sampaikan.agar mata hati kita nampak,melihat dari sudut yang positif.segala teguran,nasihat kalian amat aku alukan.kata Ustaz,"Kita mungkin mampu mengubah solat seseorang(berpandukan apa yang diajar Rasulullah s.a.w),tapi sukar untuk kita mengubah kepercayaan seseorang".
ya,kepercayaan berlandaskan AQ dan Sunnah.aku dulu pun tak tahu apa dalil yang patut kita pegang dalam melakukan tiap pergerakan dalam solat.hinggalah tahun lepas,hinggalah ukhti-ukhti itu membuka mata aku melihat,setiap amal kita perlu ada dalilnya.apa guna amal tanpa ilmu.iya kan?lantas,kawan-kawan,marilah belajar bersolat dengan sifat solat Rasulullah s.a.w.bukanlah sesuatu yang asing lagi kiranya tanpa doa qunut di waktu subuh,dan bukan lagi sesuatu yang asing untuk menggerakkan jari sewaktu tasyahud awal dan akhir.belajar kawanku,belajar.aku jua di dalam usaha itu.tanya pada diri,jangan berlengah lagi!
sebabnya hari ini mulanya kerungsingan kemudian Allah lantas menyelamatkan aku dengan penawar dan nikmat yang sangatlah berharga.sungguh,Dia sentiasa Yang Maha Terbaik!Dia menggerakkan hati untuk aku berjalan ke Kolej Mawar menemui Komie dan kami keluar makan beramai malam ini.walaupun simple dan mungkin tiada makna bagi kamu,tapi aku sangat menghargai tiap saat yang kami luangkan bersama.sebab aku dapat rasakan prihatinnya Kak Farah,caringnya Komie dan childishnya Hawa.3 lagi ahli Geng Kancil tidak turut serta malam ini;Cookie,Syairah,Hafsah.
dan,dan,1 lagi nikmat yang sangat istimewa malam ini.tempoh hari menerima mesej dari wanita tercantik dunia aku,minta belikan buku Nik Nur Madihah selepas beliau menonton wawancara Nik Madihah di MHI."Tersentuh hati Mak tengok".begitu kata beliau.aku cadangnya nak ke Pesta Buku semalam tapi kita hanya merancang kan.dek kerana kekangan tertentu,niat aku dibatalkan.Alhamdulillah,Cookie meluangkan masa ke sana hari ini bersama temannya dan sila jangan melepaskan peluang!aku kirim pada dia 2 buah buku;1 untuk Mak dan 1 daripada kiriman Kak Farah.wanita itu memang membuat aku semakin rindu padanya.sampai saja buku itu di tangan aku kira-kira 930 malam tadi,aku lantas menelefon beliau.gembira suaranya.
"Berapa harga buku tu?nanti Mak ganti"
"Eh,takpelah Mak.Tak yah ganti"
"Oh..dah kaya sekarang kan?"
bersama Wanita Tercantik Dunia aku:Raya o8
aku lantas ketawa bersama Mak.bukan kaya lah Mak.rezeki Allah pinjamkan untuk kita.moga bermanfaat.Alhamdulillah,kasih sayang Mak tak mampu Ika bayar hatta dengan cara apa sekalipun.tahniah kepada Hijjaz Records dengan terbitan buku-buku ilmiah seperti ini.Catatan Hati Nik Nur Madihah,berharga RM23.sangat berbaloi bagi aku dengan kualiti kertas dan gambar-gambar berwarna.tapi pada hemat aku RM23 itu apalah sangat kalau nak dikira dengan pengalaman dan ilmu yang Adik Madihah kongsikan dengan kita.aku belum mula membaca buku ini lagi tapi tadi mata aku tertangkap dek kisah Adik ini yang menyalin kamus kerna tidak mampu membelinya.kalau nak dikenangkan dengan kita yang tanpa perasaan,bangga menghulurkan senarai dan bil-bil buku yang diperlukan pada zaman sekolah dulu kepada mak ayah,aku jadi malu pada diri sendiri.manusia yang berjaya itu selalu saja punya semangat yang tinggi.tak pernah terlintas di benak aku nak menyalin kamus yang setebal itu.kamu pernah?
.comel je Madihah.
satu lagi kitab yang aku beli semalam,Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha karya Taufiqurrahman al-Azizy,juga belum aku khatamkan lagi.tapi,rasanya hati tertarik lagi untuk menghabiskan Catatan Hati Nik Nur Madihah terlebih dahulu.itu kan Mak pesan dulu :) kawan-kawan,kamu juga HARUS membaca buku ini.kalau kamu mahu meminjamnya dari aku,aku sangat mengalu-alukannya.mari yok,kita belajar dari Adik Madihah.komentar aku tentang kedua-dua kitab ini,sila tunggu aku habis exam dulu ya!
"Orang-orang miskin itu disayangi Allah dan Rasulullah SAW".bagi aku mereka itulah antara golongan yang senantiasa bersyukur walau hanya mengalas perut dengan nasi berlaukkan kicap.tapi kita?Muhasabah diri mari.
"Sudah lupakanlah aku, Yang telah menduakan, Ketulusan itu, Kelam yang telah ku buang, Meruntuhkan perihmu, Dan seluruh rinduku.
Kepergianmu telah, Merundungkan duka padaku, Yang telah terobati dirinya, Dan mengganti dirimu dihati."
sounds like putus chenta kan?haha..am I?who knows? :) sudah,berhenti mengarut!lagu ini Apaw yang bagi tempoh hari dan kedengaran seperti Apaw memahami jiwa aku.I'm waiting for another 7 days-to-go and waiting for the KTM to fetch me back to my mother.sangat perlukan beliau,aku takut itu berlaku pada aku.Nauzubillah.hamparkan hati,tadahlah tangan memohon pada Yang Kuasa.
aku memecah perintah.belum habis exam,kembali menjengah alam blog.kebetulan singgah library nak register course sem depan.alasan semata :p
pendek saja post kali ini.belum habis exam juga aku sudah sibuk merangka nak ke sana ke mari sejurus tamatnya paper MLS nanti.melampaukah?erk!pelawa Kak farah,jom ke Melaka!bunyi menarik,lagi excited!Syairah pula mahu ke zoo.rindu agaknya pada saudara-saudara di zoo itu.hee~ dan aku?aku mahu ke Jepun,tapi tiada yang sudi nak bawa.bagaimana itu?mungkin Yuya Tegoshi patut menjemput aku.haha~ teringat satu ceramah perdana yang pernah aku dengar tentang melancong ini.ia suatu ibadah juga kan?ada ayat dalam surah Al-Hajj,aku lupa ayat berapa,perihal tidak membawa tafsir bersama ke sini.berjalan di muka bumi Allah yang terbentang luas ini sebenarnya bakal membuka mata,melihat dan belajar dari apa yang kita lihat.belajar dari pengamatan.lihat dengan mata hati bukan sekadar dengan pandangan zahiriah.tambahan pula,aku terpaksa balik sendiri hujung sem ini,gara-gara ayah ada urusan lain.baik!jangan membebankan mereka.mari berkorban dan mari imagine bahu yang akan terkehel membawa beg-beg itu.err..
adakah ini hentian seterusnya? :D
tapi,keexciteddan itu elok dipendamkan sehingga berakhir paper Consti Jumaat ini insyaAllah.Sir,doakan kami semua berjaya dengan berwarna-warni ya!bak kata Madam Atifah,"insyaAllah".Madam memang bijak mententeramkan hati-hati mereka.kamu,jangan lupa mendoakan sahabat kamu ini.battle yang sebenar-benarnya Jumaat ini!
ada 1 doa Nabi Ibrahim yang aku jumpa semalam tatkala membelek-belek AQ.(26:83).mari kita beramal dengannya YOK!
Ya,saya mahu exam sudah.disebabkan itu,siaran di blog ini akan tertunda untuk beberapa hari.nantikan post-post yang menarik sekembalinya saya dari EXAM ya!
di kesempatan ini,saya menyusun 20 jari memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan,jika ada saudara/i yang terasa hati,sudilah kiranya memaafkan saya ya!kalau ada terhutang apa-apa,silalah tuntut dari saya.juga,jangan lupa doakan saya!juga,secara tiba-tiba ingin meminta maaf sangat kepada abang saya yang jauh di mata,dekat di hati,seriously :)
Anyah,walaupun saya bukan adik yang terbaik untuk kamu,tapi saya akan mencuba sehabis baik untuk jadi adik terbaik untuk kamu.ya,saya tahu kamu selalu mengusha blog saya :p doakan adik kamu ini,juga ma'at taufiq wannajah untuk kamu!ketahuilah bahawasanya saya sayang kamu bangat.even tak pernah terluah di hadapan kamu :D jumpa di rumah nanti ya Doc Afifi!
post kali ini benar-benar tak mendatangkan manfaat.better kamu jangan meneruskan bacaan sebab ia benar-benar KOSONG.sekadar meluahkan ke'excited'an aku :D tinggal di MMU selama beberapa hari ini membuatkan aku teruja,sebabnya?tadi dapat buat video call dengan fai.sangat excited!inilah namanya teknologi "Connecting People".thanks Fai,sukenya dapat tengok kamu!dan kelmarin,dapat ber"YM" dengan mimi.juga sangat best!dan aku harus meneruskan bacaan,sebab dah banyak kali diingatkan mereka.kalau dah stop tengok buku,mulalah Encik M itu mengendeng-ngendeng.STAY AWAYplease.saya mahu jadi rajen seperti mereka;seperti Fairuz mungkin :D
ini Budak Rajin :D sila bersabar Fai
sekitar Cyber&Putrajaya,tetapi hari hujan. hana,jangan jealous