Thursday, July 16, 2009
Kerana aku pernah.
bahawa diri kamu lemah?
dan kamu malu kerana menjadi kerisauan mereka.
Pernah kamu berlari dari pahit sejarahmu semalam,
tapi kamu sebenarnya masih lagi terpaut padanya,
walau diri tak rela.
Pernah kamu takut,
bila si Ibu terus-terusan risau akan dirimu,
dan nadanya menjadi bukti,
dan kamu takut kerana firasatnya bukan mainan.
Pernah kamu rasa,
diri yang tak seperti mereka,
seolah ada cacat yang memisahkan,
seakan ada sumbang yang kedengaran.
Pernah kamu merayu,
"tolong jangan mengeluh,
tolong jangan menangis,
tolong jangan mengenang",
kerana kenangannya seperti buih bersalut lumpur.
Ini bukan cerita cinta,ini bukan cerita puisi.Ini cerita hati yang bicaranya tidak bersuara,yang tuturnya bisu,yang tangisnya kering.Tolong doakan keselamatan diri :)
Sunday, July 12, 2009
Untuk Kamu.
Kita tidak akan selamanya menjadi penjaga hati mereka yang setia,yang akan selamanya mampu melindungi mereka dari dilukai,seperti seorang ibu yang mampu bertarung nyawa hatta hingga kali yang kesepuluh,yang akan melukakan diri walau tahu ia mengundang perit.Jadi,yang hanya mampu aku ungkapkan untuk kamu,jadilah diri kamu yang sebenarnya,yang mencuba memberi kebahagiaan dirimu.Kerana tiada yang mahu memahami kita melainkan kita sendiri.Hanya itu.Kerana aku percaya dengan apa yang aku percaya dan aku lakukan apa yang aku percayai.
Friday, July 10, 2009
Current.
Dan class Arab sekali lagi aku dipertemukan dengan sifu part 1,Ustaz Muhammad.Menariknya,Uztaz minta aku jadi bendahari sementara,mengutip duit buku kerja kami.Dan kebetulan ada seorang yang aku kira sebaya ayah,mungkin pelajar PLK juga dalam class kami.Students yang lain aku tahu namanya,mudah untuk direkodkan,tetapi pak cik ini,bagimana ya?Lalu,aku memilih untuk menulis sahaja "Pak cik" dan diserahkan list name pada Ustaz.Dan ustaz pun tersenyum melihat nama yang akhir sekali itu.Kata Ustaz kepada Pak cik,
Kemudian Komie,Dora,Hafsah dan Hawa membuat pakatan ketawa bersama.Saya tahu saya blur :) selesai class,menerima mesej dari Encik Afifi yang katanya punya hadiah untuk aku.Wow!Kapan pula aku akan pulang ke rumah untuk menuntut hadiahnya? :(
Monday, July 6, 2009
Moga yang terbaik.
Keputusan dibuat,mengikut kata hati dan sedikit rasional.Setelah ditimbang tara,aku memilih untuk tidak memohon kolej lagi.
Kerana,
Keputusan rayuan kolej belum tentu berpihak pada aku.Benar,belum cuba belum tahu.Tapi dalam tempoh percubaan itu,adakah selamanya aku akan menumpang Dora.Tidak mahu rasanya memberatkan bahu beliau yang sudah cukup mungil itu.
Tambahan,
Perayu sudah cukup ramai.Bayangkan,ada yang baru menjejak kaki ke Shah Alam dan tidak tahu-menahu perihal rumah sewa sekitar sini sudah tidak punya kolej.Memikirkan mereka yang ibu bapanya hanya bergaji sekitar RM 1,600,aku nekad memberi ruang jika ada untuk mereka.
Lalu,
Terus berharap moga ini yang terbaik walau Mak kelihatan risau dengan keselesaan dan keselamatan aku di tempat baru.Bantuan encik Afifi yang setia sudah diminta dan sokongan sudah diperoleh.Moga redha Mak mengiringi,ameen.
p/s:Hus,jangan lupa jenguk kita di sini ok! :D
Monday, June 29, 2009
Bukan aku Qasidah.
Qasidah terluka,kali ini lukanya tak sebegitu parah tapi cukup untuk merentap hatinya.Hati wanitanya memang mudah tersentuh lantaran dek kenangan lalu yang banyak merapuhkan jiwa.Hanya dengan sebaris ayat sudah mampu membisikkan api kemarahan dalam diri.Dia menangis,bukan kerana terluka tapi kerana kegagalan diri mengawal emosi.Marah itu api.Api,jika sekecil tapak tangan,mampulah kita mengawalnya,tapi jika dibiarkan merebak,siapa kita untuk menghentikannya.Qasidah tidak mahu dirinya menzalimi jasad yang dianugerahkan Allah ini seperti mana yang pernah dilakukannya pada masa lalu.Dia takut,jika jasadnya kelak akan menyalahkannya di hadapan Yang Maha Agung atas kegagalannya itu.
Dia selalu berasa dirinya tidak dihargai,seolah apa yang dilakukannya selama ini,tidak bermakna buat mereka.Sifat ikhlas dan qanaah menjauhi diri.Hanya dengan sebab itu,hatinya mula berdarah.Berdarah kerana mereka tidak mengendahkannya,berdarah kerana mereka memperlekehkannya,berdarah kerana dia terlalu merasakan dirinya beban segala.Qasidah bingkas bangkit dari pembaringannya,mengesat sisa air mata.”Duhai hati,mengapa kau begitu?” Lembut tutur Qasidah,sambil mengusap dadanya bagaikan memujuk diri yang tak terpujuk.
Bukankah Ustazah selalu berpesan,”Husnuzon mengelak sengketa,husnuzon menjauhkan dendam,husnuzon menyemai sayang”.Teringat Qasidah pada Ustazah Saleha yang selalu menjadi tempat dia mengadu dan menumpang manja.Qasidah masih lagi duduk di birai katilnya,memegang diari yang mencatat segala kisah hidupnya,yang menjadi teman akrabnya bila bersendirian.Lalu,Qasidah berasa malu pada dirinya sendiri,malu pada Yang Maha Agung,malu pada mereka.”Aku terlalu cepat menghukum,sedangkan aku tidak punya hak itu.Aku tunduk pada bisikan makhluk terkutuk itu.Aku lupa bahawa manusia itu fitrahnya tidak sempurna,tiada yang sempurna melainkan Yang Maha Agung.Aku lupa bahawa Rasulullah selalu menganjurkan kita supaya memaafkan kesilapan makhluk yang lain.Persengketaan hanya membawa bencana”.Lalu,sepotong ayat suci Al-Quran yang membawa maksud “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat” (49:10) dibacanya berulang kali.
Qasidah lalu bermuhasabah diri.Mungkin,ada perkara yang tidak dilakukannya dengan sesungguh hati,yang membuatkan jiwanya sering berantakan.Solat,ya solat.Bukankah solat mampu mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar? (29:45).Marah itu bisa saja menjadi salah satu cabang perkara yang keji dan mungkar.Dia teringat akan pesan Ustaz yang menjadi penceramah dalam satu sesi kuliah maghrib yang diadakan di surau berdekatan rumahnya.Kata Ustaz,”Orang yang tetap dalam melaksanakan solatnya bukan hanya semata mereka yang terus-terusan melakukan solat fardhu 5 waktu sehari semalam ,tetapi mereka juga tetap dalam keadaan menghambakan diri kepada Allah dari bermulanya takbiratul ihram sehingga memberi salam,yakni khusyuk dalam solatnya”.Mata Qasidah mula berkaca.”Ya Rabb,apakah solatku selama ini Kau terima?Apakah aku tergolong dalam golongan mereka yang tetap hatinya melaksanakan solat,tiang agamaMu?” Ustaz kemudian menambah lagi,”Sebab itu kita perlu mengetahui makna-makna bacaan di dalam solat,paling kurang pun,jika tidak mampu,cuba ingatkan huruf-huruf dan kalimah-kalimah surah,ayat dan zikir yang kita baca di dalam solat.Mudah-mudahan khusyuk itu lahir,kerana itu Allah telah mengurniakan kita dengan satu hati.Hati yang satu mana mungkin boleh menerawang kepada perkara lain jika kita sedang fokus dalam sesuatu pekerjaan,yakni dalam perkara ini,fokus terhadap apa yang kita baca,menghayatinya.Wallahua’alam.” Satu-persatu penjelasan Ustaz dicatat,buat bekalan jika terlupa.
Kini,Qasidah mengerti,begitu besar penghayatan solat dalam membentuk peribadi diri.Kerana di dalam solat,kita berserah diri,di dalam solat,kita memohon petunjuk Yang Maha Agung,paling kurang pun,17 kali sehari.Kepada mereka,Qasidah nekad untuk memohon ampun atas fikiran buruknya.Kepada mereka,Qasidah malu kerana sifat dendamnya.Kepada Kekasihnya,Qasidah ingin sekali menjadi muslimah yang solehah,yang akan menghuni taman-taman syurga.Langkahnya diatur teliti,supaya kaki tidak tersadung lagi.
Thursday, June 25, 2009
Setinggan lagi.
Aku belum bersedia lagi untuk duduk di luar,jadi keputusan untuk appeal difikirkan sangat patut.Persoalannya,sementara appeal,di manakah tempat perlindungan aku dari panas dan hujan?Usai saja result aku cek,terus dimajukan perkara itu ke pengetahuan Dora.Wah!Dora memang memahami.
Dora yang pelawa,bukan aku minta ya! :P Alhamdulillah,atas kasih sayang ini.Jadinya,untuk sementara tempat setinggan yang paling munasabah adalah Rumah Dora.Dora,sampai kapankah aku akan menjadi parasitmu?Pak Cik Kenanga,jangan pinggirkan daku!
Tuesday, June 23, 2009
Tak dijangka.
"Ya Allah..!"
Masakan aku lupa.Masakan aku tak rindu menatap wajahnya.Sudah 5 tahun lebih aku kira.Memang aku berharap pada pertemuan itu,dan ini menjadi buktinya.Pertemuan tak dijangka.Dengan dia,yang bernama,Cikgu Noorsiah.Perbualan kami dilanjutkan,dan cikgu,cikgu memang nampak lain.Tapi cikgu masih ingat saya kan?Apa punya anak murid boleh mengambil masa untuk recall ingatan cikgu :(
Cikgu,saya doakan moga cikgu senantiasa tabah menghadapi hidup yang mendatang.Cikgulah kesayangan saya :)
