Tuesday, August 2, 2011

summoned you tenacity


sudah dua kali bertemu mak cik itu.
tak tahu lah kenapa,mak cik itu seakan punya magnet.
setiap kali jumpa,pasti terasa mahu mencium pipi tuanya.

lalu terus memori arwah opah & arwah nenek menjengah.

dan setiap kali dikucup pipinya,
pasti mak cik itu menyebut;
"ohhh,ya Allah"

lalu dia turut sama mencium pipi ini.
syahdu.

Ramadhan memang bulan yang menginsafkan.
suatu hari kita akan kembali ke sisi Dia.
(10:30)

p/s: nak cerita benda lain,tapi terasa tak mampu nak menaip.drama cries blood kassim selamat mula lagi nanti =.=

(kan dah kata memang emo)

Monday, July 25, 2011

'ketakutan' (tutup muka)


di suatu pagi yang cerah,sang anak & sang ibu memulakan aksi pencak silat kejar mengejar ayam.tak berapa lama kemudian,sang ayah turut serta.peluh laju.sihat sungguh pagi itu.

seekor.

dua ekor.

tiga ekor.

akhirnya empat ekor.

fuhhh,selamat lah ayam sekalian nak dibuat rendang di kampung.(huureeehhh!)

ayam.walaupun tak berakal,tetap dia pandai buat taktik menyorok di balik semak tak nak kena tangkap.pandai sungguh ayam zaman sekarang.heh-he.bila dah diikat kakinya,tak diam-diam ayam tersebut menggelupur.agaknya sudah terbau-bau nak kena sembelih.(wuwu scary)

tiba-tiba terdengar mak berbisik pada ayam tersebut (coolio);

"sabarlah,nak masuk syurga ni"

tahu tak betapa psikik nya kuasa perkataan tersebut hingga secara otomatiknya ayam itu senyap,diam.

eh,ayam faham ke?AYAM FAHAM?

tak puas hati dengan adegan drama sang emak & ayam tersebut,sang anak mencuba berbuat demikian pada ayam ketiga yang ditangkap.yang waktu itu turut menggelupur tak rela kena ikat.

"ayam,nak masuk syurga kan?cool cool" (sambil mengusap konon-konon lembut)

ayam diam.tenang.tak bersuara.hanya mata terkedip-kedip.comel pulak ayam.hoho.

mashaAllah,ayam pun eksaited dengar syurga.walaupun mungkin di awalnya dia takut kena sembelih (mati)

motif plis?

begini alkisahnya.ibrah kejadian alam kalau nak difikir-fikir,pasti membuat kita tak henti mengingat pada Penciptanya kan.lalu kita akan tertunduk malu mengenang dosa yang bertan-tan tak dicuci (kalau lebih dari tan?-menangis batu)

siapa tak takut mati?ayam yang belum nampak pisau nak kena sembelih pun dah pandai merancang strategi mengelak daripada ditangkap & disembelih.ayam,haiwan.yang tak dihisab pun amalan hidup dia.

kita.manusia.bagi yang di level marhaen seperti saya,mati adalah perkara menakutkan.kiamat kata sesetengah orang.kiamat bila mana tiada taubat lagi yang mampu dilafazkannya.kiamat menunggu saat dihisab & dibentangkan amal di hadapan Dia.baik kah atau buruk kah?

keputusannya -->syurga/neraka?

lalu apa persiapan kita menghadapi saat menakutkan itu?atau lebih tepat; mendebarkan?

teringat sharing session bersama muna (bukan nama sebenar) tempoh hari.muna kata beliau & the team sibuk bertungkus lumus tak tidur dua hari dua malam hanya untuk present abstract research yang hanya mengambil masa 20 minit.yang tak sampai 30 orang pun memenuhi dewan. conscious amat.penontonnya pun mungkin saja ada yang tak pay full attention.mungkin ada yang take note,mungkin ada yang jadi listener semata-mata.dan presenter bermati-matian (pergh) melakukan usaha dengan sungguh-sungguh.

kita.dengan persepsi & stand kita.untuk hal dunia.hingga bermati-matian.

sama seperti exam & study week.nescafe.stay up.tak turun makan.fokus gilos.

bekal untuk mati,amacam bro?

mati.bila mana di suatu saat kita berkumpul di hadapan Dia.dengan buku report card ditanda oleh dua angel yang tak pernah tidur.setiap saat hidup kita tercatat di situ.dibentangkan di hadapan Dia yang tak akan miss out any single thing.nak menyorok mana lagi?

"dan Dialah Penguasa mutlak atas semua hambaNya,dan diutusNya kepadamu malaikat-malaikat penjaga,sehingga apabila kematian datang kepada salah seorang di antara kamu,malaikat-malaikat Kami mencabut nyawanya,dan mereka tidak melalaikan tugasnya" (6:61)

MATI tuuuu.

kita sibuk membicara tentang dunia & isinya.takut nak menghadap dunia LLB.yang kononnya kelas 8 pagi balik 5 pagi.takut tak mampu nak menghabiskan sampai ke penghujungnya.

lalu kita lupa,ada 'penghujung' yang lebih scary dari itu.dan kita masih tak sedar diri memeriksa suhu & level IMAN.

di takat mana agaknya IMAN?zon beku?hello IMAN?masih bernafas?

semoga setiap kali timbul rasa takut,akan dibukakan hati oleh Dia.ada perkara yang lebih 'menakutkan & mendebarkan' dalam hidup ini.

--> "syurga/neraka?"

"kemudian mereka (hamba-hamba Allah) dikembalikan kepada Allah,penguasa mereka yang sebenarnya.ketahuilah bahawa segala hukum (pada hari itu) ada padaNya.dan Dialah pembuat perhitungan yang paling cepat" (6:62)

kerana Examiner kita tak pernah tidur.tak akan miss out any single thing.kerana Dia Maha Sempurna.

kerana dunia bukanlah matlamat.

melainkan dunia hanyalah wasilah.

Allahu ghayatuna! (Allah tujuan kita)

ps: ayam sudah selamat ditelan.si pemakan ayam,apa khabar syurgamu?

Thursday, July 21, 2011

kerja tak gila pertama.

adakah patut diberi peluk kasih sayang atas kerja tak gila malam ini?

saya baru pulang dari Langkawi.percutian ini sangat menggembirakan hati.berakhirnya program retreat ini,bermakna tamat lah sudah ikatan kontrak nya bersama inche KPT,KBS,BTN & inche kenapa lebah (baca:YB).coolio wuuuh!

cool sebab muka sudah hangit.

dan lebih utama,cool sebab nikmat Dia Maha Luas untuk saya.untuk semua juga,bukan?

dulu,saya sangat teringin nak ikut serta program anak angkat.walaupun saya tak la comel,sopan atau baik hati nak jadi anak angkat orang.mak,sila akui.eh?

sekali bila join 'kontrak' ni,Dia hantar saya duduk bersama keluarga besar inche PA YB.bahagia amat.sila like!hamek kau nak sangat jadi anak angkat kan.

dulu juga saya amat rindu nak ber'foya-foya' jadi tourist tak kesah kalau kat sungai belakang rumah tok pun jadi lah.nak tengok alam katanya.dan sudah pun pujuk-memujuk,merengek entah gaya pape ntah nak berjalan dengan mak.silalah faham mak banyak priority lain lagi.ya baik.

sekali nah!Dia hantar bercuti sampai 3 hari pergi Langkawi,pergi rasa tak nak balik siap pesan Syairah,ada calon tak kat Langkawi?wah gedix tak hengat.abaikan.

hebat kan Dia?saya sudah tersenyum simpul dalam bas sepanjang perjalanan menuju Langkawi.benar cakap mereka di luar sana.kalau kita minta dari Dia,sama ada Dia akan beri terangtangtang waktu kita minta,atau Dia tangguhkan dulu sampai waktu baik punya,atau Dia akan ganti dengan something better.who knows?superlike!

dan saya kembali tersenyum simpul sepanjang perjalanan pulang dari Langkawi tadi.sebab sepanjang musafirnya saya,novel 'contengan jalanan' by Hlovate adalah teman setia dalam bas ke mana pun pergi.wahhh,hebatnya Dia yang mengaturkan semuanya!super-duper like!


nak tau lebih lanjut,sila baca ya novelnya.tak ghugi beli,inshaAllah.yakin.hee.

cerita musafir:banyak sangat kot?ataupun saya tak gheti nak ceghita lagu mana.ampun pak,ampun ibu.silap haribulan,cerita bosan yang keluar.erk.

cuma ada satu experience yang boleh di 'sharing is caring'.

yang baik sila ambil peluk dalam hati.
yang buruk,sila campak longkang bagi masuk kumbahan.

cerita dalam bas.jalan pulang.malam gelap.bas yang sepatutnya diatur mengikut jantina.

agak-agak dapat hint tak? (koff koff)

sebelum buka gelanggang silat,sila masuk kepala maklumat ini:

"penulis bukan budak baik(dia yakin akan fakta itu)penulis cuba untuk menjadi baik juga.kerana bagi dia baik yang total itu bila dia mampu ikut semua perintah Tuhan & tinggal semua yang Tuhan marah.jika penulis buat salah,sila tegur,tak kisah lah secara terangtangtang atau secara bisikan halus (hihi).sebab penulis bukan budak baik."

dalam bas hati dah berdetap-detup.siap susun ayat dalam hati.plan-plan nak cakap waktu turun bas nanti.teringat juga pesan Hilal dalam 'sinergi'.biar kita benci perbuatannya (dosa),jangan kita benci pelakunya.

ya.sila berhusnuzon sekali.mungkin pelaku itu lupa.atau bisa saja dia tak tahu.lawak bujang lapok kata "cikgu dah meninggal sebelum tamat belajar".mungkin saja semua itu.jadi sila berhusnuzon.

saya cuba,saya cuba.

bayangkan kalau kita benci dosa dia sekali pakej dengan pelakunya?agak-agak,pelaku tu akan beri perspektif yang positif ke dalam dunia d&t ni?ini bukan jualan murah untuk kita pakejkan kebencian kita pada dosa dan pelakunya kan?pasti banyak hikmahnya bila kita sentiasa memberi ruang & peluang untuk manusia sentiasa memperbaiki akhlak mereka.ah ingat saja kita juga sentiasa berharap Dia akan sentiasa memberi peluang untuk kita bertaubat saban hari.tak ke jual ikan (baca:selfish) kalau kita je rasa nak diampun,sedangkan orang lain kita tak mahu pandang pun muka nya disebabkan dosa yang mungkin dibuat sebab kurang ilmu.haish.sangat jual ikan.

sila berbalik kepada cerita.mata mula kantuk.maaf maaf.

disebabkan saya ini agak malu-malu gajah nak bercakap secara depan,takut juga kalau jatuh saham mereka.walaupun saya bercadang mahu berkata dengan senyuman paling manis perasa iced lemon tea,akhirnya saya tak sempat pun nak berkata depan mereka.sebab sibuk bersalam dengan satu bas (bajet diva).

lalu,hanya sekeping text saya layangkan melalui sony ericson yang tak berapa nak mewah.(inilah kerja tak gila yang dimaksudkan di atas-merujuk pada tajuk post-eh skema)

"sila berlapang dada.aku bukan budak baik.bro,one shot for you. (blablabla)"

sampai 3 pages sms.woih kau bagi kuliah hape?

eh eh bukan.

saya tak suka marah kawan.apatah lagi bermusuh.kalau-kalau saya ada terbuat mimik muka,minta ampun.itu sifat natural beauty saya kerut-kerut dahi.sila jangan takut atau berfikir saya sedang marah.tidak.mudah-mudahan sabar sentiasa dalam hati kita kan.

jadi saya susun ayat baik-baik.moga mesej yang mahu saya sampaikan sampai ke hati dia.dan saya tak beritahu pun siapa saya.konon-konon mysterious stalker la.tapi saya rasa beliau boleh menghagak siapakah gerangan jebat yang berani mencemar duli beliau itu.sebab text itu dihantar sebaik saya turun bas dan sudah terang lagi bersuluh pada empunya badan (mungkin?) bahawasanya hanya saya yang tak tidur waktu dalam bas itu.

saya hanya cuba melaksanakan apa yang saya rasa menjadi tanggungjawab saya jika benar mahu jadi orang beriman (iman kah saya?wuwu) dengan cara MENGINGATKAN.jauh dari sudut hati nak menjatuhkan air muka beliau atau nak membenci atau memandang serong beliau.tidak tidak.saya cuma berharap generasi saya bukanlah generasi yang menggagalkan usaha menaikkan kembali panji Islam.bukan kah kita semua dalam bas sudah diberi input bahawa kita antara negara Islam yang mahu dijatuhkan Benjamin Nentahayu?lalu kekuatan apa yang kita punya lagi selain bergantung sepenuhnya pada Dia?mengikut segala acuan Dia.membenci segala perkara murka Dia?

kita sudah amat kritikal sekarang.mesin MRI mungkin saja bila-bila masa akan berdetik panjang.ini bukan masa kita nak bercanda mesra.

saya bukan budak baik.sekali lagi.cuma saya rasa mulianya wanita,tolonglah jangan dicarik-carik.tolonglah wanita menjaga harga diri mereka.saya feminis.ya.bab ini amat feminis.bukan comfirm lagi pun kau nak pinang anak orang tu kan?sedap-sedap kau nak potong line tok nenek,mak bapak dan bakal suami dia?eh maaf.emo pulak.

tahu tak wanita itu mahal amat?sila sisip kemas wanita amat mahal.

jangan beli dengan janji kosong.jangan beli dengan perhatian konon gentleman.jangan beli dengan cerita yang tahpape.


eh maaf.melebih-lebih emo.huwaaaa.

dan ingatan ini sebenarnya mengingatkan saya juga tentang kelemahan saya sebelum-sebelum ini.kalau kita benci dosa si pelaku tu,ingat balik dosa kita sebelum ni.kita pun tak sempurna.kan? (sedih) moga-moga dengan ingatan kita untuk menyampaikan pada mereka yang terlupa itu,suatu hari nanti,Tuhan akan hantar someone lain pula untuk ingatkan kita bila kita terlupa.

saya bukan budak baik.dan saya tak mahu benci siapapun.kalau lah mampu,jom doa semua orang masuk syurga (aman).

dan serious saya rasa sangatlah gigih peranan kita dalam jalan D&T ini.untuk mengangkat kembali mereka yang terlupa atau tertinggal.supaya kita tidak disoal;

"mengapa kau biarkan mereka hanyut?"

jangan selfish mahu syurga kau punya seorang.
itupun kalau kau ke syurga.


Tuesday, June 28, 2011

this is not good *screaming at the top of my lung*

saya baru menyedari hakikat bahawa saya adalah jenis yang akan menyumbat segala hapebende depan mata jika berada dalam keadaan stressss.wah.biar pun pelik rasa makanan tersebut,akan disumbat juga.akan dikunya-kunyah sampai hancur dan ditelan sekali nafas.burp!bughok perangai.terima kasih encik pegawai telekom belanja makanan yang banyak.muahaha.dan terima kasih encik whyyyy-beeee (baca:YB) kerana buat saya tak tidur malam hari ni.huarghhhh.

encik whyyyy-beeee buat pertama kalinya memanggil saya 'kecik' instead of Anis hari ini.mungkin ini jadi kali terakhir beliau memanggil dengan nick demikian kerana esok saya akan masuk kerja dengan badan bersaiz incredible hulk.makan banyak sangat sampai nak terkeluar isi perut.porkeee??!!

back to work.back to work!

hehe.sayasukabebel.peace.

Sunday, June 26, 2011

Dear God,this heart belong to You and to them,sisters.

Tersengguk-sengguk dalam kelajuan rapid KL U70 membelah kotaraya. Semalaman menghabiskan masa dengan Muna pun terasa masih tak cukup. Manakan tidak,sebulan lebih tak jumpa. Cubalah bayangkan kain yang tak basuh selama sebulan, cukup ke pakai sabun sebesar tapak tangan? Hey over analogi rindunya. Haha. Nak tidur semalam pun macam tak selera. Rasa kalau tidur macam rugi je. Eh?

Kalau bukan sebab buta jalan area Puchong ni, comfirm dah tidur dengan jayanya dalam bas tadi. Tapi disebabkan sorang-sorang tak berkawan dalam bas tu & takut terlepas stesen bas Kompleks ni, maka tahanlah ngantuk sambil tengok budak kecik depan mata. Main kenyit-kenyit mata sikit lepas tu mata pun still nak sepet jugak. Parah haih. Alhamdulillah sampai jugak di hostel yang serba bahagia ni.

Oh, kira settle la bab mukadimahnya. Hehe. As usual, merujuk pada previous entry, saya sangatlah berbesar hati nak berkongsi kebahagiaan & kegembiraan saya dalam dakapan usrah ini. Bahagia hokay. Amat. Sila cemburu ewah.

Bagi saya, akhawat dengan kawan sekelas, seuniversiti atau setaman perumahan itu banyak bezanya. Er minta maaf. Agak diskriminasi ya. Yelah, pengalaman bertahun-tahun ni cukup mematangkan cinta saya pada mereka. Melihat akhawat kesayangan kita baru mula nak senyum,kita dah terasa macam ada bunga-bunga sakura gugur dari langit. Boleh imagine tak kebahagiaan tu? Muahaha minah bunga pulak dah. Itu baru mula nak senyum, kalau mereka dah senyum, dah mula berbicara, hah, terasa macam bermandi bunga sakura terus. Wah. Indah bukan?

bestnya kalau dapat jalan bawah pohon sakura waaaaa.

Kalau bercerita bab rindu, biarlah susah nak pergi tempat mereka pun. Tak tau jalan sekalipun. Cubalah sedaya dengan kudrat & ruang yang Dia pinjamkan. Nak jugak sampai menatap muka mereka depan mata. Nak jugak dengar suara mereka. Nak jugak berpeluk cium bagai dengan mereka. Tak kira tak kira. Baik matahari baru nak keluar,dah terpacak tegak atas kepala atau waktu matahari dah mengundur diri. Kalau diizinkan Dia, insyaAllah kuat je terasa kaki nak pergi. Biar pun waktu hujung minggu, ramai anak muda memilih untuk berada di mall-mall besar, sibuk membeli barang-barang terbaru di pasaran, mereka memilih untuk berada bersama sisters. Menokok ilmu di dada. Memantapkan level iman. Menjulang hebat nama Islam. Menarik kuat-kuat ikatan ukhwah sesama. Hebat kan kecintaannya? Orang berchenta kata mabuk chenta. Tapi jom kita pakai term yang lebih mulia lagi. Khusyuk berchenta ewah.

Saya sebenarnya bukanlah orang yang layak nak bercerita tentang hebatnya kuasa khusyuk chenta ni. Banyak lagi pengalaman sisters di luar sana yang lebih upgrade daripada saya. Yang tahap dewa kekuatan chenta mereka. Saya mungkin baru di level negative satu alahai. Tapi saya melihat kekuatannya dan sedikit sebanyak, tempias kehebatan chenta mereka terkena di hati saya.

Dari sumber mana mereka mendapat kekuatan chenta sebegini rupa?

Pastinya daripada Dia. Tempat bergantung segala sesuatu. Hebatnya Dia yang mengikat hati :)

Orang berchenta, kalau rindu pada sang kekasih, tak ada tempat nak mengadu selain pada sang kekasih itu. Tak kan nak mengadu pada mak bapak pulak. Laju je nanti mak bapak hangkut pergi pejabat tok kadi. Erk? Nak mengadu pada Dia? Sila bermuka hijau dulu. Malu beb malu. Apakes kau rindu ajnabi?

Tapi kalau kita rindu sisters? Bila-bila masa kita boleh text mereka dengan mesej-mesej seperti IMY, ILY, uhibbuki jiddan jiddan, aishiteru, woo-ai-nee dan sebagainya. Pastinya hati mereka berbunga-bunga menerima kiriman rindu kita tu kan. Haha. Hati saya berbunga tiap kali Muna text “tc anis sayang”. Hatta nak mengadu pada Dia kita rindukan sisters pun tarak hal. Tak malu. Dia kan Maha Mendengar. Untung-untung, hijab terbuka, tupp Dia hantar sisters tu depan mata kita. Pada Dia lah kita nak bercerita segala hal pun kan. Terasa sangat kebergantungan hidup pada Dia.

Terasa sangat Dia yang mendekatkan ukhwah kita. Terasa sangat Dia yang membuka jalan untuk kita jadi someone better than before. Bila tengok sisters konsisten dengan solat rawatibnya, dengan witir & dhuhanya, dengan talaqinya, dengan puasa sunatnya, dengan sujud syukurnya sehari entah berapa kali. Itu baru bab ibadah personal. Belum masuk bab sisters yang bergerak dalam dakwahnya. Belum tengok lagi kuatnya mereka bergerak sana sini demi mencari hati-hati untuk diisi. Nak mencari jiwa-jiwa yang suram untuk diterangi. Ke mana pun letaknya cahaya malap tu, insyaAllah mereka akan datang, untuk sama-sama menggilapkan semula cahaya tu. Kalau dah terang, nak tambah terang lagi cahayanya. Tak kisahlah duit kopak pun, tarak hal. Semangat bukan?

Sebab itu, ada words yang cakap “Islam is a verb”

Oyeah. Sebab Islam itu perlu sentiasa bergerak. Perlu sentiasa bekerja. Siapa yang menggerakkan Islam? Kita lah. Pengisinya. Dan Muna cakap sebab apa Islam bukan noun. Sebab Islam itu wujud bukan hanya pada nama. Bukan sebab nama saya Ahmad Islam. Bukan sebab dekat IC saya tulis “ISLAM”. Tapi Islam itu perlu untuk kita isi. Bukan Islam yang perlukan kita pun. Tak ada kita pun, ada Dia yang menjaga. Instead kita yang sebenarnya perlukan Islam tu. Tanpa Islam, kita mati. Tak percaya? Cuba hidup sehari tanpa iman. Tak ke celaru. Nak buat mende pun tak tau apa purpose. Hidup jadi tak tentu hala. Buat kerja untuk please orang je maybe. Bila tension, entah ke mana nak berpaut pun tak tau. Semua orang buat tak kesah. Tapi dengan Islam, segala hape yang kita buat, terasa sangat nak buat dengan sungguh-sungguh. Sebab kita sangat yakin, Dia sedang menilai kita all the time. Kalau tengah lonely pun tak terasa. Sebab kita ada iman. Dengan iman, kita percaya Dia selalu dekat dengan kita. Lebih dekat dari urat leher sendiri. Dia akan selalu ada dengan kita. Sweet.

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya..” (50:16)

Dan sebab itu saya terasa ukhwah dengan sisters membantu saya benar-benar menjadikan Islam itu a verb.

Mereka selalu konsisten dengan dakwah. Kalau terjelepuk sekali pun,akan ada tangan yang menggapai mereka kembali. Untuk balik kan kita ke tempat yang baik. Remind each other (51:55). Sebab sisters semuanya nak masuk syurga secara jamaie. Kekuatan ukhwah mereka, kecintaan mereka bukan dasarnya keduniaan, bukan dasarnya untuk nampak baik di mata sisters lain. Tapi kuatnya kecintaan mereka, kuatnya kasih sayang mereka sebab mereka letak cinta mereka pada Dia melebihi segala-galanya. Mereka sentiasa meletakkan Dia di depan. Sebab itu kalaupun mad’u mereka buat hal, mereka tak terus frust atau give up. Mereka selalu ingat Dia tak suka kita berputus asa dengan rahmat Dia. Mereka yakin Dia yang memegang hati kita. Maka, mereka akan terus usaha,usaha,usaha dan doa moga Dia mempermudahkan segalanya. Mereka hidup bukan untuk manusia, mereka hidup untuk Dia.

Sebab itu saya nampak mereka selalu kuat. Jarang sekali tengok sisters lemah semangat, putus asa dengan Dia. Jarang. Walaupun mungkin ada.

Ini contoh ikhwah yang selalu saya stalk;

"Rehat seorang dai'e hanya di syurga."

Eh, bau apa tu..? Macam bau hangit rentung terbakar. Hihihi..

Mana ada masa nak rehat cik abang, cik kak. Kalau ada masa untuk berehat, tu namanya futur. Tidak bekerja. Mengapa? Kerana umat sedang sakit. Tenat. Kalau bukan kita yang hendak merawatnya, takkanlah zirafah dan panda pula..?

Biarlah saya penat di dunia sekiranya dengan penatnya saya itu Allah redha.

Biarlah saya penat di dunia seandainya penat saya itu akan membawa saya ke syurga.

Dan biarlah saya penat di dunia asalkan ia bisa menyelamatkan saya daripada apa neraka.

[gabbana]

Cool lah!Islam is a verb kan? Perlu kerja kan? Hebat tak hebat. Segala puji untuk Dia yang menciptakan, yang memberi kekuatan.

Dan saya sempat mengadu hiba dengan Muna. Kecewa hati dengan diri melihat hadek-hadek lain yang lebih junior dah melangkah lebih jauh dengan dakwah mereka. Mereka seperti naik bullet train fesyiungggg dan saya sepertinya masih mendayung sampan yang bocor. Sudahlah sampan, bocor pulak lagi.waduh-waduh! Terkiyal-kiyal. Muna tak biar saya terus give up. Muna cakap Allah akan bagi jalan kita at a point which we are ready to have that. Indeed. Mungkin saya belum cukup gagah,maka Dia tak mahu bagi terus zaappp macam tu jalan yang nampak mudah. Mungkin Dia nak tengok saya menapak satu-satu supaya nanti saya boleh lari laju macam Derek Redmond. boleh habiskan jalan dakwah ini sampai nafas terhenti. tak akan give up walaupun injured. Mudah-mudahan amen insyaAllah. The point is, selalulah bersangka baik dengan Dia. Dia akan bagi perkara terbaik pada masa yang terbaik. insyaAllah. So tak boleh putus asa, kena giatkan usaha lagi untuk jadi better, better and better, not to forget pray to Him, moga kita dipilih Dia untuk jadi kader dakwah Dia. Ibnu Qayyim pun pernah pesan, jangan pernah penat untuk meminta dari Dia. Kalaupun kita dah depan pintu sorga Dia, pintunya tak buka-buka. Sense of rejected kata Muna. still jangan berpatah balik. Teruslah berdoa untuk masuk ke sorga Dia sampailah pintu sorga Dia terbuka untuk kita. Allahu Akbar.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (2: 186).

Banyak sungguh semangat baru diserap & ilmu Dia yang saya belajar in 24 hours. All praises back to Him Alhamdulillah. Sebab itu usrah itu sangat perlu. Lebih ruji daripada nasi dalam hidup kita. Usrah itu sangat sweet & ia akan menambahkan kelajuan adrenaline dakwah kita. Kita akan kaku & statik kalau sorang-sorang. Sorang tak best, believe me. Ehe.

Cukuplah entah berapa kajang dah membebel ni. Minta maaf, tiba-tiba over eksaited nak menulis. Dengan tatabahasanya ke lombong, bahasa campur rojak mamak tak hengat. My bad, my bad.

Semoga semua yang baik-baik selalu dekat dengan kita. Semoga yang tak baik cepat-cepat blah.

Allah Maha Baik, terima kasih.

p/s: Muna boleh bukak restoran spagheti.serious sedap tak pernah rasa sedap macam tu sampai licin bekal Muna bagi tadi.okay dah rindu balik (tarik selimut)

Saturday, June 18, 2011

untuk mereka yang selalu dekat,di sini :)


picture by WindyButNotCloudy of flickr.com


[untuk muna & syidah & semua yang selalu dekat di hati :) ]

kerja sekolah banyak lagi tak siap.

hati pula sibuk membisik "rindu,rindu" pada mereka.

macam si anak kecil.

dulu mereka kata ukhwah itu manis amat.

mereka kata ukhwah itu tak kenal harta.

kita boleh lupa berapa sen saja yang tinggal di dalam dompet untuk diberi pada mereka yang perlu.

ukhwah itu tak kenal lelah.

kita boleh ke mana saja walaupun jadual pack semata-mata untuk menatap wajah mereka.

ukhwah itu luar biasa.

walau hanya dengan titip sms yang biasa-biasa cuma mampu membuat kita tersenyum sepanjang hari.even sampai berhari-hari pun ada.wah.

ukhwah itu kadang-kadang pelik.

kita hanya berpisah sejam dengan mereka,kita sudah mula rindu.haha

ukhwah itu manis amat.

walau dengan hanya melihat redup wajah mereka,kita lega dari goncangan dunia.



ya memang ukhwah itu manis amat.

hingga saya lupa mereka itu bukanlah saudara sedarah sedaging saya.

mereka itu hanyalah mereka yang memegang tali akidah bersama.

tapi ikatannya?

mampukah kamu rungkaikan hati mereka dari genggaman ini?

saya mahu genggam mereka sehebat & sekuatnya di dalam sini.

hingga setiap kegembiraan & kesedihan hidup ini membuat saya meronta mahu di samping mereka.

ikatannya mampu jadi sekuat ikatan persaudaraan sebenar bukan?

ukhwah ini memang manis

berpuluh kali manis daripada gula kapas :)


berhenti jadi ais cair!



ini bukan sesuatu yang dijangka akal di tempat pertama.membayangkan melihat result macam terjun bangunan 80 tingkat sangat lah mengujakan heyya.terasa keputusan itu menunjukkan sepertinya "weh kau tak belajar apa-apa ke sem ni weh?".memang the worst ever.

sentap.

tapi yang menariknya,tak terasa sedih atau terkilan pun dengan apa yang sudah tersurat.mungkin sudah ada benih-benih "sabar no matter what happen" yang ditanam di dalam sini,membuatkan saya tidaklah terasa seperti nak meraung atau terjun bangunan 80 tingkat tersebut atau membatu tak mahu makan atau terus booking tiket ke shah alam ketuk pintu office buat acara mogok.haha.sangat bersyukur tidak bergundah gulana hingga ke tahap itu.mungkin juga dek kerana tiupan semangat hadek-hadek yang disayangi,yang tak henti-henti menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) via phone mahupun FB.wah mereka sangat caring & lovely kannn.apapun semoga Allah redha dengan usaha saya sepanjang semester lalu.itukan lebih utama?terima kasih Tuhan :)

maka,inilah saya setelah 4 tahun menyiapkan bahu untuk menggalas title "pemegang ijazah".

second class pun jadi lah weh.

kalau dulu,saya sepertinya musykil untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah kedua,tetapi sekarang sudah seakan ada semangat yang meniup entah dari mana arahnya menggerak untuk menghabiskan perjalanan ini.jalan yang di depan mungkin saja akan lebih menggugat sabar,dengan perlu lebih komited & istiqamah,mungkin saja ianya akan mencuri masa-masa untuk membersih hati bersama usrah terchenta,mungkin saja akan merebut peluang diri untuk di samping mereka,meniup sama obor dakwah dalam diri.jadual class senior yang dari pagi hingga malam ke class,balik dari class terus menyiapkan assignment yang due nya esok ditambah dengan test esoknya juga membuat saya ternganga membayangkan semuanya.ditambah pula dengan cerita hingga ada yang quit kerana tidak sanggup lagi berdepan tekanan,menambahkan lagi keluasan nganga saya.merenung ke depan saja membuat saya takut.gundah.apa akan terjadi padaku nanti?terumbang ambing?terhuyung hayang?hanyut?

hanya satu yang dapat saya semat kuat & hebat di kepala otak.

habiskan perjalanan ini.berniatlah segalanya untuk Dia.insyaAllah Dia akan selalu ada,mentarbiyyah diri tanpa kita sedar walaupun masa untuk kita berusrah tampak limited pada zahirnya.dan yakinlah,tarbiyyah Dia akan hadir bila-bila masa sahaja yang Dia kehendaki.di luar jangkaan kita.di dalam kesusahan,bukankah pasti ada kemudahan?itu kan janji Dia!senyummm lebar ^___________^

dan ini membuatkan saya tidak lagi meletakkan fully 100% beban untuk mendidik hati & jiwa saya pada sang murabbi.dan saya yakin,dia juga pasti mahu melihat saya sekurang-kurangnya berusaha & berusaha untuk jadi kader dakwah sepertinya tanpa dia 100% spoon feed saya.saya harus berdiri di kaki sendiri,bukan untuk berjuang sendirian,tetapi at least tidak membiarkan diri ditinggalkan sendirian di belakang.maka dengan itu,HARUS & HARUS untuk sentiasa remind diri sendiri.supaya tidak hanyut.supaya tidak leka dengan tanggungjawab sedia ada.supaya tidak membiarkan hati mati ditelan dunia.

berada di alam pekerjaan tak seberapa ini juga telah menunjukkan betapa limitednya masa yang saya ada untuk mereka.betapa limitednya kudrat yang saya ada untuk mengejar sesi bersama mereka.hanya gambar dikirim mampu mengubat rindu pada mereka,belum sampai rezeki lagi untuk mendapat sentuhan ajaib mereka.yaaa ini ayat syahdu.

tetap saja dalam hati saya berharap,moga Allah tak jauhkan saya untuk bersama mereka.

berada di alam pekerjaan tak seberapa ini juga telah membuat saya menilai semula sejauh mana telah saya tarbiyyah diri dengan sebaiknya.sejauh mana saya bergantung harap pada Dia sepenuhnya.sejauh mana saya benar-benar menghambakan diri pada Dia dalam segala hal.

bermula dari langkah keluar kaki sebelum ke tempat kerja,

adakah telah dipasak niat untuk kerja kerana Dia?

adakah hanya menutup mata dengan segala yang tidak betul di hadapan kita?

adakah mengambil iktibar & membetulkan diri di atas segala pelajaran yang Dia hadirkan?

adakah punya peruntukan masa untuk istiqamah dengan ibadah mengikut sunnah kekasihNya?

bagaimana masamu?amanahkah kamu?

atau adakah kau kini sedang bermegah dengan dunia kerjaya lalu melupakan satu persatu tanggungjawabmu?

baru seminggu berada di bangunan itu,saya terasa seolah-olah saya fail untuk semua persoalan di atas.begitu banyak yang harus saya perbaiki.betapa terasa saya kini kembali berada di tahap 'nil'.kosong.seperti tidak punya apa-apa.entah di mana takat imannya.ini sangat parah.

maka bersyukurlah mereka yang masih dipelihara Dia.yang masih utuh menjaga hati & iman.ambillah jalan cerita ini,supaya kita sama-sama mempersiapkan diri menempuh alam kerjaya.ia memang dunia yang di luar jangkaan.sangat jauh bezanya dengan kehidupan universiti.kita berjumpa manusia yang pelbagai.bukan lagi kelompok manusia yang sama pemikirannya seperti kita dan bukan mudah untuk menyampaikan yang haq pada mereka.sungguhlah,saya memang fail lagi bab menyampaikan ini.makanya saya lebih banyak menutup mata,memekakkan telinga dan saya kecewa dengan diri sendiri atas kelemahan saya itu.sangat kecewaaaaaaa.

sungguhlah,masih banyak yang perlu saya perbaiki.masih banyak task yang Dia beri belum mampu saya laksanakan.sungguhlah,masih banyak hutang saya pada Dia yang tak terbayar lagi.muna,what should I do? (sad)

inilah dia contoh tarbiyyah yang Dia hadirkan untuk kita.bahawa tanggungjawab dakwah itu tak akan mungkin sesuatu yang mudah semudah mengunyah gula-gula double mint.bahawa tanggungjawab menyampaikan itu bukan hanya untuk disampaikan pada mereka yang seumur & seusia kita saja.bahawa tanggungjawab ini benar-benar perlukan hati untuk menyampaikannya.supaya ia benar meresap dalam jiwa mereka.tanggungjawab ini benar memerlukan skill.supaya mesejnya sampai dan hati tidak terguris.selama ini,saya terlalu selesa berada di dalam zon mereka yang rindu pada sentuhan murabbi,mereka yang selalu rindu untuk dekat dengan Dia.hari ini,Dia telah menghantar saya ke dunia yang lain.berada di luar lingkung zon selesa ke dunia yang membuka mata saya.betapa dunia utopia itu benar-benar tidak wujud.betapa ramainya manusia yang belum mendapat sentuhan ajaib itu.betapa jiwa mereka teringin sekali untuk benar-benar meresapi manisnya iman & taqwa.hadirkanlah Tuhan cahayaMu dalam hati mereka.

dakwah aint an easy thing!

saya berharap dengan kudrat yang ada,semoga saya dikurniakan kekuatan untuk meneruskan tugasan ini.semoga saya tidak lagi hanya memekakkan telinga & membutakan mata.dunia ini benar-benar memerah kesungguhan & kebergantungan hidup pada Dia.sungguh,hamba ini sangat dhaif & lemah.luruskan hatiku pada jalanMu Tuhan.berhenti dari terus mencair.sila bekukan jiwa kembali yeah!

"wahai orang-orang yang beriman!
jika kamu menolong (agama) Allah,
niscaya Dia akan menolongmu dan
meneguhkan kedudukanmu" (47:7)

bekerjalah untuk Dia.
insyaAllah kesungguhan itu akan datang.
amanah akan menyusul.
redha Dia juga moga-moga mengiringi.