Friday, July 13, 2012

menjadi hanzalah



menjadi hanzalah itu disebabkan apa?


ANTARA TARIKAN KELUARGA DAN PANGGILAN ALLAH
Perbezaan dari segi kefahaman dan iltizam ini kadangkala menampakkan hakikatnya dalam keadaan-keadaaan yang genting seperti pergi untuk berperang atau berhijrah di jalan Allah kerana perbuatan-perbuatan ini boleh membawa kepada perpisahan keluarga sama ada melalui kematian atau berbagai-bagai kemungkinan lain. Keadaan ini memang menimbulkan masalah bagi seorang suami atau bapa dan di sinilah letaknya ujian-ujian Allah. Dalam keadaan ini, ia berada di tengah-tengah dua tarikan, antara tarikan keluarga pada satu sisi dan tarikan kefahaman dan keiltizamannya dengan panggilan Allah pada sisi lain. Apabila tarikan keluarga lebih kuat, maka isteri dan anak-anaknya menahannya dan menjadikannya teragak-agak untuk bergerak keluar rumah bahkan mungkin membatalkan niatnya sama sekali. Tetapi apabila tarikan kefahaman dan keiltizaman seorang ayah atau suami lebih kuat maka ia boleh melepasi halangan-halangan itu seperti kejayaan Nabi Ibrahim ketika diperintah menyembelih anaknya Ismail, atau seorang sahabat yang baru saja berumah tangga tetapi apabila berkumandang pangilan jihad ia pun meninggalkan isterinya dan terus berjihad sehingga syahid. Begitu juga jika kita lihat keadaan Imam Hasan Al-Banna yang tidak menghiraukan rayuan isterinya untuk menemaninya menjaga anaknya yang sedang demam. Beliau tetap meninggalkan rumah untuk menghadiri program penting dalam dakwahnya .

gasp.gulp.

dewasa

bila kita meletakkan Allah di atas pilihan di atas pilihan.
Allah sebagai yang atas & utama di atas pilihan.
pasti sakit manapun kita akan berlapang dada.sekurang-kurangnya mencuba ke arah itu.
sebab kita yakin,Allah jua yang akan soothing kita kembali.

bila kita meletakkan Allah di atas pilihan,
perkara-perkara lain akan nampak minor.
sebab kita ada tujuan yang jelas.
Allah.

dan bila kita meletakkan Allah di atas pilihan yang ada,
dicampak ke manapun kita,
jadilah benih yang bercambah & tumbuh subur membiak.
kerana yang menggerakkan kita adalah kerana benih yang baik itu,
yang telah diextradict dengan tarbiyah yang muntij & ruhi.

bila kita meletakkan Allah sebagai yang atas & utama,
yang di sebelah kita nanti itu juga semoga faham.
bahawa Allah adalah yang atas & utama.
bahawa dakwah ini jalan kita.
bahawa dunia,anak-anak & harta adalah permainan & senda gurau saja.
dan tetaplah Allah itu sebagai tujuan.



contoh depan mata sangat merefleks diri sendiri.bergeraklah.dengan kefahaman.

Tuesday, July 10, 2012

note to self.

dah lama tak sakit.

seronok sangat semalam,sekarang Allah bayar cash.

satu lagi paper,yokkkk!


Briskly, rising to the sky. 
Cold, clouds rushing past. 
Flying, hopes to never land. 
Light. Streatching out my hand.

Out seeing the fields. 
What is a dream and 
can you tell me what is real? 


Tuesday, June 5, 2012

satu mimpi.satu kenyataan.

saya yang tak punya apa-apa.
bagaimana harus saya persembahkan pada Dia.
bagaimana saya mampu tersenyum simpul.
tidak.sekali-kali tidak.
tangga satu yang haru biru.
tangga satu yang terangkak-rangkak.
tangga satu yang baru mengenal pencerahan.
tangga satu yang bertempel-tempel lagi.

berbuat hanya kerana Dia.
sakit perit air mata,semoga semuanya kerana Dia.
astaghfirullah.

menelan sebuah hakikat.

Monday, May 14, 2012

baik sangka.

bismillah.

sedang menikmati nasi bekalan ibu tersayang bersama ayam golek kfc yang dibeli inche afifi.alhamdulillah.pukul 1.40 pagi kenyang membulat dan sebentar lagi bakal beradu.sungguh sihat yayyy =.=

weekend yang banyak mengajar saya.sekali lagi tarbiyah dari Dia.what should I say for everything that He gives through thick and thin?kerana setiap kesusahan itu pastinya ada kemudahan kan?mentioned twice in al-Insyirah.

pulang ke rumah membawa hati luka.luka yang cuba disimpan kemas supaya tak ternampak oleh siapapun.hambatan dunia yang kadangkala benar-benar menguji sabar hingga terasa sifat cool terhakis dalam.jarang berasa stress disebabkan study tidak bermakna selamanya akan tegar.bila terkena sekali,I know it will take times to bear with it.take time until I decided not to sit for the PTD exam.God bless.

maka sepanjang hari membuka laptop menghadap kerja sekolah hingga mengabaikan mak di luar.sayu.hingga di suatu saat saya tersedar.what have I done?inikah hasil tarbiyah?kecewa yang sedikit telah melukakan hati hingga begitu?kononnya untuk redeem 'luka' lalu dengan bersungguh menghadap hambatan dunia hingga terlupa apa yang saya kejar sebenarnya.redha Dia atau markah yang tak seberapa?nilaian jadi kabur.kaca mata bertukar warna.usrah adik-adik terasa kering.zalimnya saya.pedih.

sampai di suatu saat,akhirnya saya meluahkan isi hati pada mak.betapa saya berasa lemah untuk mengejar kedua-dua matlamat dalam masa yang sama.begitu pesan mak;

jangan give up.kamu dah di klimaks nya.mak pun tak nak give up.

ringkas.tapi masuk.

dan ia membuatkan saya tersedar.perkataan give up itu.teringat--> jangan berhenti selagi Allah tidak memberhentikan (mematikan) kita.kerana pilihan tetap saja di tangan kita.melangkah dan terus melangkah atau....tak perlu memilih pilihan yang kemudian.full stop.

sepanjang perjalanan dalam ktm,di sebalik empuknya tilam dan bantal coach,Dia menyedarkan saya tentang banyak perkara.putus asa itu bukan sifat kita.sabar itu bukan setakat sabar.tapi perlu dikuatkan.

"wahai orang-orang yang beriman,bersabarlah dan kuatkan kesabaranmu" (3:200)

Dia menyedarkan saya,hambatan dunia itu tidak sepatutnya menjauhkan saya dari Dia.terpukul.

"maka celakalah orang yang solat.iaitu orang yang melalaikan solatnya" (107:4-5)

sebak.luka itu tidak sepatutnya menjauhkan kita.luka itu tidak sepatutnya 'dirawat' dengan telusukan-telusukan membungkam yang semakin menggigit iman.membiarkan luka hingga lupa,kita hanya manusia untuk berusaha.

the rest of it,let it remains in the memory-box.thank you Allah.

memohon untuk dimudahkan menghadapi ujian tiada salahnya.tapi lebih masyuk sekiranya kita memohon kekuatan untuk menghadapinya.kerana Dia Maha Tahu upaya kita.hanya yang kita perlukan,kekuatan dari Dia.

the seed inside us,its time to water the dry one.bila Dia mengetuk khabar iman kita,itu saatnya kita harus membangkitkannya berkali ganda.ayuhhh!

kurang dua bulan.dan saya boleh inshaAllah! :)

Friday, May 11, 2012

cinta

bismillah.

saya hanya mahu kata;

saya jatuh cinta sejak pertama kali terjebak dengan jalan ini.saya jatuh cinta sejak pertama kali menyambut salam mereka.saya jatuh cinta sejak pertama kali mendengar salam puan naqibah.saya jatuh cinta pada mereka kerana mereka mendokong saya dan menarik pandangan saya dari perkara jahiliyah.sedikit sedikit.

walaupun banyak je kekurangan dari setiap sisi kami,tapi Allah mencukupkan kami dengan nikmat kasih sayangNya.tenang.Muslim itu merasa nikmat berbagi beban bak kata pak cik Salman al-Farisi.

"akak,nak saya tolong buat kerja-kerja akak"

"kamu akan dikumpulkan bersama dengan orang-orang yang kamu cintai'

cintailah para anbiya,para ulama,kaum keluarga & usrahmates kita (hehhhh)

take care.


2 bulan lagi ayuhhhhh.

Sunday, April 29, 2012


bismillah.

semalam,waktu program dengan adik-adik,sempat juga sembang-sembang 'kosong' menyelit isu semasa-Bersih 3.0 katanya.saya lebih banyak memilih untuk mendengar instead of berkata-kata.ya,kerana saya kurang pasti dengan sebenar-benarnya hadaf atau aim perarakan itu melainkan dengan satu resolusi yang mampu saya fikirkan-ianya sebagai satu-satunya pilihan yang mereka punya untuk menyurakan dengan lantang ke arah sistem election yang adil.

pernah juga saya mendengar perarakan ini semua adalah ajaran puak syiah.tak kurang juga yang mengaitkan revolusi ini adalah propaganda puak kafir untuk melihat Islam itu berpecah-belah dan mudah untuk mereka mengalirkan ideologi Barat dan menghancurkan Malaysia.entah.saya benar-benar tidak tahu.

tetapi,membaca puisi seorang akhawat ini membuatkan saya berfikir.kembali kepada fitrah.berbuatlah kerana Allah.apa jua perbuatan.

silakan baca.

"wahai jiwa-jiwa yang inginkan keadilan!

atas dasar apa kau berteriak?
atas dasar apa kau mengangkat tanganmu?
atas dasar apa kau menghayunkan kakimu?

andai kau bereriak kerana Allah, silakan...
tapi teriakan kerana Allah tidak akan menyebabkan kerosakan!

andai kau mengangkat tanganmu kerana Allah,
ia tak akan menumpahkan darah saudaramu!

aku bukan sesiapa untuk berkata kau salah dan aku betul,
tapi aku hanya tak mahu teriakan dan tenaga kau membazir.
tiada nilai pada pandangan Allah.

siapa aku tanpa pandangan Allah.
siapa kau tanpa pandangan Allah.
siapa kita tanpa pandangan Allah.

aku bukan sesiapa.
hanya sesak dan sakit melihat ummat.

moga kekuatan teriakan dan tenaga datang dari solat.
bukan hawa nasu.

aku bukan sesiapa.
hanya sesak dan sakit melihat ummat."

enough said.setiap manusia itu punya justifikasi nya.dan setiap justifikasi itu,penilainya hanya Allah.