Friday, January 30, 2009

aku dan melatah?



kalau aku diberi peluang itu,
ingin aku jerit sekuat hati,
"aku sayang kamu Palestin!"
mungkin sayang ku ini tidak seberapa beharga,
takkan mungkin dapat menebus impian kalian,
untuk hidup atas nama kemanusiaan,
satu demi satu jasad kalian gugur,
namun srikandi-srikandimu tetap utuh berjuang,
"kalau 1 nyawa pejuang Palestin gugur,kami akan melahirkan 1 lagi generasi yang baru"
bagaimana kalian begitu tegar menghamburkan semangat itu,
sedang aku di sini,baru dijentik sudah melatah?

p/s:sangat suka dengan semangat siti fairuz acapkali dia membuka bicara Palestin ;)

Tuesday, January 27, 2009

cerita kesusahan 'cikgu' sebuah kehidupan

di suatu petang,perbualan di antara abang saya(encik afifi) dan temannya,abang shahriman;

"aku suke cite cerita kesusahan aku kat adik-adik aku,bior diorang tahu aku dulu susah.nak beli handphone pun kena keje,carik duit sendiri.bukan macam diorang mintak je dapat.bagi diorang insaf cket"-abang shahriman.

beliau kini baru pulang dari UK dan bakal menjadi cikgu math yang berkaliber aku kira.sebab katanya dia nak bagi student dia homework yang diorang takkan boleh solve.haha~

post kali ini tiada kaitan sangat pun dengan mereka berdua,cuma aku tertarik dengan perkataan 'cerita kesusahan' itu.

aku pulang ke kampung semalam,menziarah tok dan saudara-mara di sana.seperti biasa,1 forum dengan topik-topik hangat akan dibuka.hinggalah tiba giliran tok membuka bicara.tentang cerita kesusahan beliau suatu ketika dahulu.cerita yang sangat menarik hati aku hinggakan mak cik ku menegur;

"khusyuknya ika dengor tok cerita"



ya..aku memang suka dengar cerita tok,bagaikan seorang cucu yang setia dipangku di sisi datuknya dan mendengar hikayat-hikayat dahulukala.cerita tok bermula saat beliau terkenangkan arwah opahku yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira 3 tahun yang lalu.cerita kesusahan bagaimana mereka berdua membesarkan 9 orang anak dengan melakukan kerja-kerja kampung.mengait kekabu,menternak itik untuk dipungut telurnya lalu dijadikan telur masin,pinang yang dikacip untuk dijual di pekan,sawah yang dibajak untuk dituai padinya,berkebun dari pagi ke petang malahan memerah keringat mengangkut 2 tin air dari perigi untuk diangkut naik ke atas rumah.arwah opah ku memang kuat semangatnya.semangat untuk membesarkan anak-anak dan memastikan mereka membesar menjadi orang yang berguna.tok juga adalah seorang anak yang taat.beliau menjaga mentuanya seperti mana beliau menjaga dan mengasihi kedua orang tua nya.beliau memandikan dan melakukan segala kerja-kerja mencuci demi kasihnya pada mereka.

tok selalu pesan,"berselawatlah ke atas Nabi sambil mengingati mak ayah kita".kasih sayangnya pada mereka tidak pernah luput dan cintanya pada arwah opahku tidak pernah padam.hingga ke hari ini,beliau masih lagi terbayang kelibat opahku berjemaah dengannya,menanti tok pulang dari kedai dan setia menemani tok ke surau.aku sangat kagum dengan kisah cinta mereka.cerita kesusahan yang mereka lalui bersama menambahkan keutuhan kasih sayang mereka.

jika anak-anak seusia kita di zaman ini diminta melakukan kerja-kerja sedemikian,mampukah kita?persoalan yang berlegar-legar dalam kotak mindaku sepanjang perjalanan pulang semalam.aku suka mendengar cerita kesusahan kerna bagi aku dari kesusahan itulah yang mengajar kita erti sebuah kehidupan.yang mengajar kita erti jatuh dan bangun,mengenal makna sebuah harapan dan keyakinan,keyakinan bahawa hari esok masih menanti untuk kita raikan dengan usaha yang lebih gigih.manusia akan lebih mudah belajar daripada sebuah kesusahan.kerana dari situ,kita sebenarnya akan lebih bersyukur dengan apa yang kita punya sekarang.dan aku mula mengenal erti kehidupan ini juga setelah melalui beberapa kesulitan dalam hidup aku.aku mula melihat dunia ini dari perspektif yang positif dan bersyukur dengan segala yang telah aku lalui suatu ketika dahulu.kerana aku yang sekarang lebih yakin dengan kehidupan aku!

cerita kesusahan aku adalah cikgu kehidupan aku
;)


bukankah Allah itu sentiasa menguji hamba-hamba yang Dia sayangi? :) Rasulullah s.a.w sendiri membesar dalam suasana yang memerlukan Baginda mencurahkan keringatnya sejak dari kecil lagi.dan lihatlah,begitu besar sumbangan Baginda kepada umatnya hingga ke hari ini.Baginda kekal sebagai manusia agung hingga ke akhir zaman.

anda setuju dengan aku?


..[promote:nak tengok kurosagi? ;p ]..

Saturday, January 24, 2009

saya..cemburu kamu!

Pagi ini sangat indah,

Dedaun tingkap ku sela dan aku buka seluasnya,

Supaya aku dapat melihat keindahan pagi ini sepuasnya,

Aku suka merasa kedinginan kabus di pagi hari,

Aku suka melihat kawanan burung berterbangan dengan riangnya,

Aku asyik memandang pepohon meliuk-lentuk mengikut gerak tari sang angin,

subhanaAllah…

tapi..aku sedih mendengar derap kaki cik suria berlalu pergi,

meninggalkan bumi shah alam dan menyapa ceria gerbang kota bharu,

dan aku,masih di sini?bertapa di bumi shah alam walau seminit aku rasakan terlalu lama.

Aku mahu pulang juga!mengapa 9.45pm,24 januari 2009 terlalu lambat tiba?

..[aku rindu beliau]..

"mak..nak balik.."

"yela,esok balikla"

"nak balik cepat.."

"dah tu,takkan nak mak ambik kat sana pulak?sabarla,sehari je lagi."

"sehari pun sangat bermakna mak.waa~"

[perbualan telefon sekitar 6.45 pm,23 januari 2009 di kolej kenanga,uitm shah alam]

aku sangat ingin pulang.jeles melihat mereka pulang awal.

p/s::cookie,selamat hari lahir yang ke22.kalau tak bersedia lagi,you better keep on this way(anda saja paham ;) )

Thursday, January 22, 2009

4 hari sudah

4 hari sudah,

Sejak mereka membuat keputusan itu,

4 hari sudah,

Aku tertanya-tanya apa yang terjadi,

4 hari sudah,

Aku mula rindu pada setiap pertemuan.

Kalian, walau apa yang terjadi, diri ini sangat sayang pada kalian.

Moga, apa yang kalian putuskan tempoh hari adalah yang terbaik untuk kalian.

Meski, hati ini terasa sayu dengan apa yang berlaku.

Seakan, baru semalam kita bergurau-senda bersama.

Anda..tolong jangan bersangka buruk dengan mereka,

Aku tahu mereka sudah mencuba yang terbaik,

Walau apa yang anda fikirkan,aku tetap dengan kalimah itu,

Aku sayang kalian!


..[doctor heli,engine starto!]..

..[currently watch the series of code blue and i fall in love again with japanese drama!]..

Thursday, January 8, 2009

mungkinkah dasarnya akan terus begitu?

sudah berminggu saudara seakidah kita diserang,pelbagai reaksi yang kita dengar,namun keadaannya masih begitu.Palestin masih lagi bermandikan darah.sehingga ke hari ini mencecah ke angka 635 yang terkorban.aku terus teringat pada suatu forum yang aku hadiri bersama hafsah&cookie di UM last semester;dari Palestin ke Malaysia.aku teringat akan kata-kata pak syeikh(Syeikh Mahmood Seyyam,mantan imam masjid Al-Aqsa) menceritakan tentang ugutan-ugutan US ke atas negara-negara Arab sekiranya mereka membantu Palestin.tapi kenapa ya?tumbangkah kita sekiranya kita melawan saja ugutan mereka?kenapa ugutan US itu begitu memberi impak pada mereka.di saat ini,kadang kala,tika kita tersenyum bahagia,sesekali terlintas,bagaimana keadaannya anak-anak kecil,wanita dan golongan tua di sana.yang aku tahu,kanak-kanak di sana dalam keadaan trauma.mana tidak nya jika bedilan bom kedengaran hampir setiap masa.hanya pelukan ibu dan ayah saja yang menjadi pengubat anak-anak yang tak berdosa.hamas..semoga kamu semua teguh berjuang mempertahankan kesucian masjid Al-Aqsa!

semalam,aku terbaca artikel tentang dia,ya..dia yang dahulu nya aku kenal dengan nama Barack Obama.tapi semalam,aku terbaca namanya Barack Hussein Obama.hey,Muslim ke?dan hari ini,gracias to ustaz Saiful Islami sebab mendiscusskan isu ini kembali.dulu,aku hanya tahu dia beragama Christian.semalam aku bercelaru tentang agamanya;Islam atau Christian.dan hari ini,ustaz memberi input baru yang mengatakan ada artikel yang menyebut Barack Obama sebagai yahudi laknatullah.berikutan namanya Barack yang merefer pada nama bekas pemimpin Israel,juga seorang yahudi.so,now,let's find out what the true colour he is!

search..dan aku jumpa!ibu nya adalah seorang non-practicing Christian,bapanya bekas penganut Islam(menjadi atheist apabila berkahwin dengan ibunya),dan dia dibesarkan dengan fahaman sekular tentang agama.di rumahnya tersusun kitab-kitab Quran,Bible dan Bhagavad Gita(don't have the idea about this).boleh anda bayangkan?aku petik sedikit apa yang aku search di 1 laman web;

The Audacity of Hope by Barack Obama

"I was not raised in a religious household. For my mother, organized religion too often dressed up closed-mindedness in the garb of piety, cruelty and oppression in the cloak of righteousness. However, in her mind, a working knowledge of the world's great religions was a necessary part of any well-rounded education. In our household the Bible, the Koran, and the Bhagavad Gita sat on the shelf alongside books of Greek and Norse and African mythology.

On Easter or Christmas Day my mother might drag me to church, just as she dragged me to the Buddhist temple, the Chinese New Year celebration, the Shinto shrine, and ancient Hawaiian burial sites.In sum, my mother viewed religion through the eyes of the anthropologist; it was a phenomenon to be treated with a suitable respect, but with a suitable detachment as well."



..[diriku kecelaruan identitimu]..


hmm..isu yang agak menarik bagi aku.kalau dia seorang Muslim,mungkin Palestin tak akan dihentam sebegitu hebat.kalau dia Christian,mungkin tak seteruk itu.tapi,kalau dia seorang yahudi,mungkin itu yang dia inginkan!wallahua'lam..dendam yahudi yang tak pernah lupus!mungkinkah perubahan yang kita harapkan dengan kepimpinan presiden US yang baru ini berkubur?

"Pasti akan kamu dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman,ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.Dan pasti akan kamu dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata,"Sesungguhnya kami adalah orang Nasrani." Yang demikian itu karena di antara mereka terdapat para pendeta dan para rahib,(juga) karena mereka tidak menyombongkan diri."(Al-Ma'idah:82)

dan lagi 1,security council yang kononnya merupakan majlis keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu,mungkin sedikit pindaan perlu dibuat.janganlah bila ada di antara kuasa veto yang tak bersetuju dengan gencatan senjata antara Israel-Palestin,terus anda semua batalkan resolusi tu.tak patut dan sangat tak patut!635 nyawa Palestin berbalas 5 nyawa Israel.adil kah?bukankah matlamat United Nation untuk mewujudkan dunia yang aman tenteram?

p/s::sila rujuk komentar kak izzati di ruangan komen for details ;)

Wednesday, December 31, 2008

selamat ulang tahun kawan!

lately,rajin pula aku mengupdate blog usang ini.mengapa kah?mungkin disebabkan kemudahan yang sedia ada ini.thanks wireless uitm!hoho~ janganlah aku menyalah gunakan pula.

back to the point.tadaa~ happy ulang tahun yang ke-2o miss dearie hawa darlida!anak hujung tahun sungguh kamu.haha~ kenapa tak lahir 12.01 am 1 january 1989 je?saja nk same age dengan kita kan?wee~ by the way,welcome to 20,gudbye to 19.anda kini setaraf dengan kami semua :p

after had some discussion about the constitutional class(sure you know about this rite? :) ),kami pun berjalan ke seksyen 2,hala tuju=> warung ais kacang tepi jalan yang indah permai di bandar shah alam.

Alhamdulillah,murah rezeki hari ini,k.farah belanja kek sedap.tak percaya?lihat gambar di bawah :) untuk hawa,kita doakan moga anda sentiasa diberkatiNya,dipanjangkan umur,dipermudahkan segala urusan dan bahagia bersama orang-orang yang anda kasihi.semoga ukhwah kita terus berkekalan ya?uhibbuki jiddan!








..[riang gembira hawa]..

tetapi,aku kesal.dek kerana terlalu enjoy riang gembira bersama teman-teman,hampir saja aku menyebabkan syairah sesak nafas.sangat dikesali.mungkin peringatan buat diriku yang sering lupa.maafkan aku teman.

"Sungguh,kamu dahulu lalai tentang (peristiwa) ini,maka Kami singkapkan tutup (yang menutupi) matamu,sehingga penglihatanmu pada hari ini sangat tajam"(Qaf:22)

hawa,mungkin doa ini sesuai kita amalkan sempena hari lahirmu :)


''Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang soleh, Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang taat pada Mu, taat pada RasulMu s.a.w., taat pada kedua orang tuaku, ayahbonda ku tercinta, taat kepada semua guru murshidku yang telah membimbingku menuju jalan sampai kepada Mu. Ya Allah aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku ini hambaMu yang bijaksana hikmah yang dibekali olehMu ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam bertaqwa mengabdikan diri pada Mu dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat-nikmatMu wahai Tuhan yang berbelas kasih. "

wallahua'alam.semoga Allah mengampuni segala kekhilafan kita hari ini.ameen~


Tuesday, December 30, 2008

the very first day~

Alhamdulillah,hari pertama yang banyak dihabiskan untuk mendengar sahaja actually.a little bit introduction about the contents of study for the MLS and Constitutional Law II.also,the new faces of new lecturers.my lecturer's name for the MLS,Prof Madya Sue Valquis,unique isn't it? :)

ketakutan dan kebimbangan either our class for Consti will be taken by sir nazim or not has been answered at 10.30 am today.aha!~ yes2.he will teach us along this sem and the efforts for sure has been expected from the early class as he keep on repeating his words "READ the cases before you entered the class.if you failed to answer my question,your assessment mark will be deducted."what?deducted?gegegege~ i know that i'm weak at this part.all of us looking at him with the pale look.scared or regret of taking the law field?sir nazim gave the simplest answer."you don't have to scared as you are the law students". is the title really bring that big effect?heared about the current news around us that he never ever gave the students A even A- easily.last sem,only 1 among the batch who got B+.B+ okay,not A or A- anymore.the last A- that he ever gave to the student was in 2004.ya Allah,ampunilah aku.lemah aku mendengarnya.mahu atau tidak,the battle has begin.no more malas-malas or tidur sesuka hati tanpa sebab yang kukuh.uhuw~

kawan-kawan,tolong doakan daku ya.kuatkanlah hatiku Ya Allah~ semoga doa kedua ibu bapaku sentiasa mengiringi perjalanan anak mereka yang masih merangkak ini.ameen..

got the chances to visit the library after a long semester break.and oh,certain part of the library are under construction,made us pening-pening looking for the books.the OPAC system also under maintainance.a normal situation in UiTM,still Alhamdulillah :)



..[the bored girl in blue]..




..[energetic hawa darlida ;) ]..