Friday, July 10, 2009

Current.

Semalam telah selesai satu operasi mengemas bilik dengan tangan yang sedikit tersiat kulitnya akibat menggunakan test pen untuk memasang rak buku.Alhamdulillah,bilik sudah kemas dan selesa untuk pertapaan satu sem ini.Hidangan tengahari tadi sangat sedap ditaja Kak Nurul yang bakal menikah November ini insyaAllah.Azamnya mahu menuntut ilmu dapur dari Kak Nurul :D

Dan class Arab sekali lagi aku dipertemukan dengan sifu part 1,Ustaz Muhammad.Menariknya,Uztaz minta aku jadi bendahari sementara,mengutip duit buku kerja kami.Dan kebetulan ada seorang yang aku kira sebaya ayah,mungkin pelajar PLK juga dalam class kami.Students yang lain aku tahu namanya,mudah untuk direkodkan,tetapi pak cik ini,bagimana ya?Lalu,aku memilih untuk menulis sahaja "Pak cik" dan diserahkan list name pada Ustaz.Dan ustaz pun tersenyum melihat nama yang akhir sekali itu.Kata Ustaz kepada Pak cik,

"Minta maaflah,dia tulis pak cik pulak"

Kemudian Komie,Dora,Hafsah dan Hawa membuat pakatan ketawa bersama.Saya tahu saya blur :) selesai class,menerima mesej dari Encik Afifi yang katanya punya hadiah untuk aku.Wow!Kapan pula aku akan pulang ke rumah untuk menuntut hadiahnya? :(

Monday, July 6, 2009

Moga yang terbaik.

Ringkas.

Keputusan dibuat,mengikut kata hati dan sedikit rasional.Setelah ditimbang tara,aku memilih untuk tidak memohon kolej lagi.

Kerana,

Keputusan rayuan kolej belum tentu berpihak pada aku.Benar,belum cuba belum tahu.Tapi dalam tempoh percubaan itu,adakah selamanya aku akan menumpang Dora.Tidak mahu rasanya memberatkan bahu beliau yang sudah cukup mungil itu.

Tambahan,

Perayu sudah cukup ramai.Bayangkan,ada yang baru menjejak kaki ke Shah Alam dan tidak tahu-menahu perihal rumah sewa sekitar sini sudah tidak punya kolej.Memikirkan mereka yang ibu bapanya hanya bergaji sekitar RM 1,600,aku nekad memberi ruang jika ada untuk mereka.

Lalu,

Terus berharap moga ini yang terbaik walau Mak kelihatan risau dengan keselesaan dan keselamatan aku di tempat baru.Bantuan encik Afifi yang setia sudah diminta dan sokongan sudah diperoleh.Moga redha Mak mengiringi,ameen.

p/s:Hus,jangan lupa jenguk kita di sini ok! :D

Monday, June 29, 2009

Bukan aku Qasidah.

Qasidah terluka,kali ini lukanya tak sebegitu parah tapi cukup untuk merentap hatinya.Hati wanitanya memang mudah tersentuh lantaran dek kenangan lalu yang banyak merapuhkan jiwa.Hanya dengan sebaris ayat sudah mampu membisikkan api kemarahan dalam diri.Dia menangis,bukan kerana terluka tapi kerana kegagalan diri mengawal emosi.Marah itu api.Api,jika sekecil tapak tangan,mampulah kita mengawalnya,tapi jika dibiarkan merebak,siapa kita untuk menghentikannya.Qasidah tidak mahu dirinya menzalimi jasad yang dianugerahkan Allah ini seperti mana yang pernah dilakukannya pada masa lalu.Dia takut,jika jasadnya kelak akan menyalahkannya di hadapan Yang Maha Agung atas kegagalannya itu.

Dia selalu berasa dirinya tidak dihargai,seolah apa yang dilakukannya selama ini,tidak bermakna buat mereka.Sifat ikhlas dan qanaah menjauhi diri.Hanya dengan sebab itu,hatinya mula berdarah.Berdarah kerana mereka tidak mengendahkannya,berdarah kerana mereka memperlekehkannya,berdarah kerana dia terlalu merasakan dirinya beban segala.Qasidah bingkas bangkit dari pembaringannya,mengesat sisa air mata.”Duhai hati,mengapa kau begitu?” Lembut tutur Qasidah,sambil mengusap dadanya bagaikan memujuk diri yang tak terpujuk.

Bukankah Ustazah selalu berpesan,”Husnuzon mengelak sengketa,husnuzon menjauhkan dendam,husnuzon menyemai sayang”.Teringat Qasidah pada Ustazah Saleha yang selalu menjadi tempat dia mengadu dan menumpang manja.Qasidah masih lagi duduk di birai katilnya,memegang diari yang mencatat segala kisah hidupnya,yang menjadi teman akrabnya bila bersendirian.Lalu,Qasidah berasa malu pada dirinya sendiri,malu pada Yang Maha Agung,malu pada mereka.”Aku terlalu cepat menghukum,sedangkan aku tidak punya hak itu.Aku tunduk pada bisikan makhluk terkutuk itu.Aku lupa bahawa manusia itu fitrahnya tidak sempurna,tiada yang sempurna melainkan Yang Maha Agung.Aku lupa bahawa Rasulullah selalu menganjurkan kita supaya memaafkan kesilapan makhluk yang lain.Persengketaan hanya membawa bencana”.Lalu,sepotong ayat suci Al-Quran yang membawa maksud “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat” (49:10) dibacanya berulang kali.

Qasidah lalu bermuhasabah diri.Mungkin,ada perkara yang tidak dilakukannya dengan sesungguh hati,yang membuatkan jiwanya sering berantakan.Solat,ya solat.Bukankah solat mampu mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar? (29:45).Marah itu bisa saja menjadi salah satu cabang perkara yang keji dan mungkar.Dia teringat akan pesan Ustaz yang menjadi penceramah dalam satu sesi kuliah maghrib yang diadakan di surau berdekatan rumahnya.Kata Ustaz,”Orang yang tetap dalam melaksanakan solatnya bukan hanya semata mereka yang terus-terusan melakukan solat fardhu 5 waktu sehari semalam ,tetapi mereka juga tetap dalam keadaan menghambakan diri kepada Allah dari bermulanya takbiratul ihram sehingga memberi salam,yakni khusyuk dalam solatnya”.Mata Qasidah mula berkaca.”Ya Rabb,apakah solatku selama ini Kau terima?Apakah aku tergolong dalam golongan mereka yang tetap hatinya melaksanakan solat,tiang agamaMu?” Ustaz kemudian menambah lagi,”Sebab itu kita perlu mengetahui makna-makna bacaan di dalam solat,paling kurang pun,jika tidak mampu,cuba ingatkan huruf-huruf dan kalimah-kalimah surah,ayat dan zikir yang kita baca di dalam solat.Mudah-mudahan khusyuk itu lahir,kerana itu Allah telah mengurniakan kita dengan satu hati.Hati yang satu mana mungkin boleh menerawang kepada perkara lain jika kita sedang fokus dalam sesuatu pekerjaan,yakni dalam perkara ini,fokus terhadap apa yang kita baca,menghayatinya.Wallahua’alam.” Satu-persatu penjelasan Ustaz dicatat,buat bekalan jika terlupa.

Kini,Qasidah mengerti,begitu besar penghayatan solat dalam membentuk peribadi diri.Kerana di dalam solat,kita berserah diri,di dalam solat,kita memohon petunjuk Yang Maha Agung,paling kurang pun,17 kali sehari.Kepada mereka,Qasidah nekad untuk memohon ampun atas fikiran buruknya.Kepada mereka,Qasidah malu kerana sifat dendamnya.Kepada Kekasihnya,Qasidah ingin sekali menjadi muslimah yang solehah,yang akan menghuni taman-taman syurga.Langkahnya diatur teliti,supaya kaki tidak tersadung lagi.

Thursday, June 25, 2009

Setinggan lagi.

Aku buka website HEP tadi,dengan harapan statusnya masih lagi "Permohonan kolej anda sedang diproses".Mengikut kata Cik Nor,mungkin result kolej keluar 27th June.Akan tetapi,harapan tinggal la harapan.Tekalah sendiri apa yang dipaparkan di status permohonan kolej aku.Pak Cik Kenanga,tak rindukah kalian kalau saya tiada untuk disakat lagi?Memang intake sem ini ramai,jadi pelajar senior tapi muda seperti aku dan Cookie terpaksa dinyahkan dari bumi kolej.

Aku belum bersedia lagi untuk duduk di luar,jadi keputusan untuk appeal difikirkan sangat patut.Persoalannya,sementara appeal,di manakah tempat perlindungan aku dari panas dan hujan?Usai saja result aku cek,terus dimajukan perkara itu ke pengetahuan Dora.Wah!Dora memang memahami.



Dora yang pelawa,bukan aku minta ya! :P Alhamdulillah,atas kasih sayang ini.Jadinya,untuk sementara tempat setinggan yang paling munasabah adalah Rumah Dora.Dora,sampai kapankah aku akan menjadi parasitmu?Pak Cik Kenanga,jangan pinggirkan daku!

Tuesday, June 23, 2009

Tak dijangka.

Dia berdiri di hadapan aku,betul-betul di depan.Lama.Merenung aku sambil dahinya dikerutkan.Aku kaget.Cuba menggapai memori semalam.Namaku ditanyanya,untuk kepastian.

"Tak kenal dah?"

"Ya Allah..!"

Masakan aku lupa.Masakan aku tak rindu menatap wajahnya.Sudah 5 tahun lebih aku kira.Memang aku berharap pada pertemuan itu,dan ini menjadi buktinya.Pertemuan tak dijangka.Dengan dia,yang bernama,Cikgu Noorsiah.Perbualan kami dilanjutkan,dan cikgu,cikgu memang nampak lain.Tapi cikgu masih ingat saya kan?Apa punya anak murid boleh mengambil masa untuk recall ingatan cikgu :(

Cikgu,saya doakan moga cikgu senantiasa tabah menghadapi hidup yang mendatang.Cikgulah kesayangan saya :)


Monday, June 15, 2009

Semalam itu sakit,jangan datang lagi ya! :)

Aku sepatutnya sudah tahu,sudah sepatutnya tahu.
Aku memang sudah membuangnya tapi entah mengapa masih terasa pedih.
Bila hakikat aku temui,dia dengan dia.
Baru aku tahu mengapa mereka berdiam selama ini,
Demi menjaga hati dari dirobek kenangan lalu,
Rupanya,sisanya masih berbaki.
Dan,rasa bersalah mula bersarang.
Aku tak mahu lagi mengingatinya.
Pergilah,astaghfirullah.
Kuatlah!

Kamu,aku mahu menangis lagi walau aku paksa untuk berteguh.
Pelangi,jangan menjauh.
Sila menjauh semalam.

Sunday, June 14, 2009

Bila dan Rindu.

Bila tak berjemput,dia datang,
Bila kita berharap,dia malu-malu hadir,
Bila jadi kepingin,barulah terasa nikmatnya,
Bila dekat,tak pula terasa panahannya,
Bila aku mampir,dia memencil,
Bila,bila dan bila.
Sungguh!Aku rindu kalian teman-teman!
Rindu ini tak mahu pergi.



tolong,tolong jangan jauhkan mereka.


Dora,bila mahu bermula sem ini?
Kek Coklat resipimu belum lagi ku coba,
Hawa&Komie,amboi-amboi kamu!
Hafsah,akak nak coklat dalam balang itu lagi!hehe
Cik Nor,mahu lihat kamu yang kental,
Cookie,laptop sudah sehat?
Kak Farah,jom susun program,hati karat,
Min,mari berstudy dengan ikhlas!
Kamu,kamu di sana yang mengerti aku.