Friday, April 13, 2012

pohon yang menjulang tinggi-part 1

bismillah.dengan namaNya kita hidup.moga kembali ke sisi Dia juga nanti dengan menyebut namaNya.inshaAllah.

kalau belog ini diari,pasti sudah saya ungkapkan kata-kata manis untuk sisters kesayangan.

banyak sungguh pengalaman & cerita yang mahu di update.

tenang.bahagia.suka dan tangis kita bersama.melihat anak-anak binaan yang mula bertatih,merangkak dan berlari.tak kurang juga yang tersungkum.semuanya moga meningkatkan hammasah kita untuk bekerja untuk Dia.

baik atau buruk,bukan kita pengukurnya.tugas kita hanyalah--> menyampaikan.

to be continued.


Friday, April 6, 2012

its raining inside.


hujan itu rahmat untuk semua.walaupun dalam hati mungkin ada yang rosak programnya angkara hujan (katanya) ataupun riang gembira sebab dapat lompat dalam lopak air yayyy.

obviously hujan fizikal bukan tajuk hangat saya sekarang.obviously bukan hujan itu yang menyebabkan renyai-renyai dalam hati tu.obviously.

hahaa (is this the right time?)

reshuffle usrah itu sepatutnya sudah jadi perkara ruji untuk tentera dakwah.sepatutnta tak perlu rasa hiba atau sengsara bila perlu bertukar famili baru.sepatutnya patut sangat-sangat meningkatkan syukur pada Dia sebab etlis kita tahu Dia sedang mengatur jalan terbaik untuk kita.dan Dia amat alert tentang itu.supaya kita membesar dengan riang gembira dalam dunia dNt dan moga bersambungan gembira itu hingga bertemuNya.

sepatutnya.

tapi bukan itu yang selalunya terjadi.

bila hati sudah dijamah dengan kasih sayang yang begitu banyak.personal touch.berkongsi rasa dan hati.berkongsi titipan doa dan rindu.berkongsi riba yang sama.pulang dari kelas lewat malam dengan himpitan kerja yang melambak dan dugaan hidup yang tak diduga bertimpa-timpa,hanya dengan melihat senyuman mereka,semua bebanannya luruh.betapa hati itu telah menyatu.dengan izin Dia.

belum dikira berapa banyak suapan nasi dari tangan mereka yang masuk ke rongga mulut.belum kira berapa credit yang mengalir gara-gara memastikan saya tidak tercicir dengan sharing mereka.

daurah fateh 2012

mereka amat manis.walaupun usia famili baru menjengah 4-5 bulan cuma.

'orang-orang yang beriman itu apabila mereka diperintahkan untuk berhijrah,maka mereka taat.harta dan keluarga pun mereka tinggalkan.hanya membawa keyakinan juga cinta'

'rasa sayang pada usrah itu norm.tapi dalam dakwah,ada perkara yang perlu kita awla kan'

itu justifikasi yang amat dalam.apalah sangat perasaan yang dibina.agar engkau tidak redha dengan perancangan Dia?di mana kau campakkan iman mu?agar kau beriman & berjihad baik dengan hati yang ringan atau berat?

..............................................................................................................................

sila berteduh hati renyai.senyum.

Monday, April 2, 2012

sila psycho diri sendiri.wake up heyyyy!

absolutely for the purpose of recording.

statement of claim saya masih tergantung di window puan Lappy.yet saya masih gigih menaip ini-curhat di belog sendiri~YAYYYYYYYYY! (apakah-emo)

dua tiga miggu belakangan ini,tanpa di duress oleh sesiapa,saya telah men'psyhco' diri sendiri.gerak kerja dNt saya terasa lesu.kanak-kanak ribena saya masih belum diikut naik (baca:follow up) dengan efisien.dan saya masih lagi seperti mencari-cari titik keseimbangan sendiri antara dunia looks like busy dan dunia riang gembira dNt.

mengah.ini parah.

tiap kali sampai segmen akhir waktu sitting,kak N akan mula bertanya;

'macam mana anak usrah awak?'

'oh diorang okay je kak.bagi feedback blablabla'

bila meeting dengan kak A;

'anak usrah awak dah dapat apa?'

gasp.hakikatnya hanya Dia yang tahu bahawa segmen-segmen di atas sangat menggugah jiwa mengalahkan sesi ketaq lutut bersama Sir R.

apa aja yang kau dah buat weyyyy~

ini serius.saya takut yang saya sampaikan hanyalah ilmu tanpa lekat untuk disemat hebat dalam hati.saya takut kefahaman yang mereka dapat hanyalah usrah itu untuk ilmu.asbab yang lain?

'aaa tak tahulah kak'.

sila salai diri.dead meat.

petang tadi kak A ajak meeting lagi.sebelum ni kak N sudah bagi hint untuk stay chamber di shah alam.dan kak A pun menyampaikan pesan yang sama.kerja saya masih banyak yang tak selesai.dan saya hanya punya 1,2,3,kurang 4 bulan lagi inshaAllah untuk catch up adik-adik.dan semuanya adalah mustahil tanpa pertolongan Dia.saat ini,tiada daya melainkan dengan bantuan Dia.

rasa sudah bercampur baur.

Tuhan,bantu kami.

Sunday, March 25, 2012

bina momen indah.


semalam,waktu borak-borak dengan seorang adik dalam kereta yang hanya ada kami berdua (manusia)

"setuju tak kalau kita cakap kadang-kadang kita tend untuk membentuk anak-anak usrah kita sepertimana mak usrah kita membentuk kita?"

"kenapa akak cakap macam tu"

dan jawapan saya recorded.off record.

saya belajar banyak melalui mereka.banyak.mereka hadiah dari Dia yang tak terhitung manisnya.karakter,perilaku,respond mereka,semuanya mengajar saya.sebab saya rasakan tarbiyah mereka bukan hanya di majlis rapat sila tetapi seluruh kehidupan mereka,nafas dakwah mereka,semuanya harus kita hirup bersama dan alirkannya ke dalam ruh kita.mereka adalah orang-orang yang telah menerima sentuhan tarbiyah terlebih dulu.dan mereka juga telah merasa nikmat tarbiyah direct dari Dia dan berupaya menanganinya dengan cara yang diajar Dia & RasulNya.

manis.


kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah hendak menjadikan apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu) (4:19)

seorang che naqibah berjalan lewat malam seorang diri hingga kasutnya haus,seorang diri semata-mata mahu menghantar bekal makanan.walhal,si anak usrahnya belum lagi sampai di tahap kebuluran seperti warga Afrika.disiapkan bekal dengan sekotak air.itu momen paling berharga saya.

dan seorang puan naqibah yang diasak dengan pelbagai desakan hidup yang datang sekaligus dan masih lagi beraksi cool dengan mengembalikan segala urusan pada Dia.tanpa mengungkap sepatah pun kata, "kalaulah akak begini dan begini"

tak diucapnya sepatah pun kata 'kalau' itu melainkan yang keluar dari bibirnya hanyalah

'innalillahi wainna ilaihi rajiu'n'

fikrah mereka telah menggerakkan jasad mereka.iman mereka telah memandu hati mereka.yakin mereka telah menetapkan matlamat mereka.

hidup ini hanya untuk Dia.urusan apapun kembalinya kepada Dia.masalah apapun,semuanya akan berakhir.apa yang kekal adalah catitan Raqib dan Atid tentang bagaimana kita menangani masalah itu.marah atau sabar?acuan Dia atau bisikan makhluk laknatullah.

seminggu yang manis.seminggu yang membina hati saya & puan naqibah.

terima kasih Tuhan.

Tuesday, March 6, 2012

hello darjah dua!

di sebuah kelas Magisterial Skills,

'after maghrib prayers,tolong ceritakan kepada saya nama kamu,asal and cita-cita.'

nama saya si pulan binti si pulan.

asal Perak.

cita-cita saya nak join service,kalau ada rezeki lebih,saya nak kerja at Tabung Haji.tak kisah la mana-mana department pun (muka tegak)

'kenapa nak kerja kat Tabung Haji?'

sebab saya nak pergi haji.

'ohhh orang yang kerja kat Tabung Haji je pergi haji ey?'


riuh sekelas.where to put face.

=.=

* it was such a tiring day.I couldn't even practice my 'lawyering' skill to give a better answer other than that.therefore,terimalah apa sajaaaa darikuuu.

Thursday, March 1, 2012

next.


bersembang-sembang kosong dengan Mak beberapa hari lepas sambil menyusun barang masuk semula dalam almari menyedarkan saya.saya adalah calon seterusnya selepas kenduri inche Afifi.gulp.mengira-ngira umur,menyedarkan lagi--> 24 bukan angka kecil.ada dua nombor di situ.dan initialnya 2.jika ditambah satu tahun lagi,bakal jadi suku abad.

menjadi titik tengah antara mak usrah & anak usrah tentang calon khitbah anak usrah membuat saya tersedak lagi.pembentukan tangga pertama saya di takat mana?misi saya ke hadapan bagaimana?kefahaman saya bagaimana?'business' saya bagaimana?kerja saya?anak-anak saya?gulp gulp~

"ps: awak bila nak isi borang BM?"

peluh kecil.ini seriussssss.

Thursday, February 16, 2012

senyum :)

saya mungkin bukan jenis yang nak mengomel secara direct.oh nampak sesuatu yang tak kena je,terus nak mengomel pumpampumpam.kalau nak bagi opinion atau yang seangkatan dengannya pun,mungkin saya akan cakap sebaris ayat je.sangat tidak sihat,mungkin.

tapiiiiii kalau suruh tulis,hahaaaa (senyum 20 sen)
anis yg tulis feedback pnjg berjela haritu, tkde pape nk cakap ke??

haha.sweet.email mak usrah buat saya senyum solo.entah apa yang saya bebelkan tempoh hari pun saya sudah tak ingat semuanya.kadang-kadang,perasaan itu memang indah diterjemah dengan perkataan kan?

:)