Tuesday, December 9, 2008
::masih terlena?
tragedi demi tragedi kebelakangan ini.baik di luar mahupun di negara kita sendiri.bermula akhir november lalu dengan serangan pengganas yang kununnnya dikatakan berpunca daripada golongan militan ISLAM,dan mengakibatkan at least 86 orang terbunuh.kemudian di negara kita,peristiwa tanah runtuh di ulu yam yang mengorbankan 2 beradik dan terbaru,6 disember lalu,sekali lagi kejadian tanah runtuh di bukit anatarabangsa yang mengorbankan 4 lagi nyawa.adakah ini semua ujian,bala atau musibah?hanya Allah yang Maha Mengetahui.
buletin utama pun berhari-hari melaporkan perkembangan operasi menyelamat di kawasan kejadian.dan ramai plak yang tampil membuat kenyataan.apa yang dapat disimpulkan,apa yang berlaku adalah kerana tamaknya manusia tanpa mengambil kira apa yang telah Allah perintahkan supaya kita menjaga alam sekitar dan sifat pihak berwajib yang sekadar mengharamkan pembinaan kawasan perumahan di lereng bukit apabila terjadinya peristiwa sebegini.agaknya kan,manusia memang begitu.bila dah terantuk,baru nak terngadah.ah..aku pun kadangkala macam tu :(
“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada mengalir sungai-singai darinya dan darinya pula ada yang terbelah lalu keluarlah air dan dari padanya ada yang meluncur jatuh karena takut kepada Allah. Dan sekali-kali Allah tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan” (Al Baqarah: 74)
Kezaliman kepada alam sekitar,termasuk penebangan hutan secara liar misalnya. Akibatnya, kejahilan ini kembali kepada umat manusia itu sendiri (lihat Ar Rum: 41).
takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.moga kalian terus tabah dan semoga kejadian ini diambil iktibarnya.wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
jadilah kita yang bersabar dgn ujian & bersyukur dgn nikmat2 dr Dia Sumber segala.
Post a Comment