Saturday, January 24, 2009

saya..cemburu kamu!

Pagi ini sangat indah,

Dedaun tingkap ku sela dan aku buka seluasnya,

Supaya aku dapat melihat keindahan pagi ini sepuasnya,

Aku suka merasa kedinginan kabus di pagi hari,

Aku suka melihat kawanan burung berterbangan dengan riangnya,

Aku asyik memandang pepohon meliuk-lentuk mengikut gerak tari sang angin,

subhanaAllah…

tapi..aku sedih mendengar derap kaki cik suria berlalu pergi,

meninggalkan bumi shah alam dan menyapa ceria gerbang kota bharu,

dan aku,masih di sini?bertapa di bumi shah alam walau seminit aku rasakan terlalu lama.

Aku mahu pulang juga!mengapa 9.45pm,24 januari 2009 terlalu lambat tiba?

..[aku rindu beliau]..

"mak..nak balik.."

"yela,esok balikla"

"nak balik cepat.."

"dah tu,takkan nak mak ambik kat sana pulak?sabarla,sehari je lagi."

"sehari pun sangat bermakna mak.waa~"

[perbualan telefon sekitar 6.45 pm,23 januari 2009 di kolej kenanga,uitm shah alam]

aku sangat ingin pulang.jeles melihat mereka pulang awal.

p/s::cookie,selamat hari lahir yang ke22.kalau tak bersedia lagi,you better keep on this way(anda saja paham ;) )

3 comments:

Fairuz Sallehuddin said...

selamat pulannnnggg!!
jgn lupa ada assignment dariku:
1.Code Blue.
2.Liar Game.

Hanya kamu yang paham:D

anis shafikah said...

ngahaha..kena bagi tips baru bleh siapkan assingment:

1.tdo kt bilik kite :p

HaWa DArLidA said...

tdo kt bilik kite? ahahahak