sila eja huruf-huruf di atas dan apakah bunyinya?(kalau kamu tak tahu ejaan jawi,sila bertanya :p ) ada apa dengan huruf-huruf itu?oh anis,hentikan segala ayat bunga-bunga itu,straight to the point,please.baiklah!
dua orang lecturer aku menyebut tentang huruf-huruf itu hari ini.betapa mulianya rezeki Allah yang diperoleh dengan berkatnya.aku mendengar sambil mengagumi.serta bertambah keyakinan aku dengan hadis Nabi s.a.w bahawa 9/10 rezeki di muka bumi ini diperoleh dari perniagaan.ceritanya begini:
kelas CTU pagi tadi,Ustaz Saiful Islami menyentuh tajuk ekonomi.beliau lalu membuka cerita tentang seorang sahabat isterinya yang bertugas sebagai seorang guru.mahu tahu apa pekerjaan suaminya?berniaga gula kapas.mahu tahu berapa pendapatannya?RM3,000++.mahu tahu lagi?pendapatan suaminya lebih tinggi dari si isteri yang merupakan seorang graduan universiti!
beralih ke kelas di sebelah petang.Madam Atifah pula membuka cerita yang lebih kurang serupa tetapi dengan watak yang berbeza.tentang seorang manusia yang kurang sempurna fizikalnya.hanya berniaga nasi lemak di fakulti kami tapi telah mampu menghantar ibunya mengerjakan haji&umrah.serta mampu membina rumah sendiri hasil jualan nasi lemak itu.terfikirkah kita,ramai graduan kita,berjawatan tinggi,doktor,engineer,manager itu dan ini,tapi akaunnya di bank masih tak cukup untuk menghantar dirinya ke Tanah Suci.ada ijazah,ada master,tapi masih berkira-kira untuk perkara itu.sedangkan si penjual nasi lemak itu,nah,mampu menaja ibunya lagi."Allah is Great",bak kata Madam.usaha kita takkan Allah sia-siakan.ditambah lagi dengah rezeki yang berkat,kan?
wondering,berkatkah usaha belajar aku selama ni?takut terefek di masa depan :(
No comments:
Post a Comment