"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi,sehingga hati (akal) mereka dapat memahami,telinga mereka dapat mendengar?Sebenarnya bukan mata itu yang buta,tetapi yang buta ialah hati mereka yang di dalam dada".(22:46).
shot out YM Fairuz menarik hati; "Act like a woman,think like a man".kita memang sedia tahu,lelaki itu akalnya rasional,tindakannya relevan,fikirannya kreatif.jika tidak,masakan Nabi dipilih di kalangan mereka,Imam juga adalah lelaki,ketua keluarga juga mereka.tetapi,aku lihat,ada ketikanya si Lelaki terlalu fokus hingga keciciran perkara yang kecil,yang mungkin bagi mereka "Ah,small matter aje tu".mungkin mereka tidak melihat,ranting-ranting yang rosak boleh meracuni pokok yang tegak berdiri.perkara yang remeh kadangkala membawa kemudharatan.
aku mendengar 1 kisah tadi,bukan niat di hati untuk mengaibkan kamu wahai Lelaki,tetapi hati bersedih mengenangkan kamu.bagaimana sanggup kamu membiarkan si Isteri terlantar sakit tanpa kamu membelainya sedangkan di waktu muda,wanita itulah yang telah bergadai nyawa melahirkan,mendidik dan membesarkan zuriat kamu?sampai hatimu duhai Lelaki.ke mana hilangnya rasa cinta kamu pada dia.adakah cinta itu hanya lahir di waktu Isterimu muda sahaja?di waktu Isterimu masih cantik,di waktu Isterimu yang pada ketika itu merupakan satu-satunya ratu di hati kamu.di waktu Isterimu masih kaya dengan lentuk manjanya.hilangkah harga si Isteri apabila dia menjengah ke usia tua?pudarkah cantiknya?turunkah takhtanya di hati kamu?aku hanya inginkan jawapan
"Mengapa Lelaki begitu akhirnya?"
ini bukan kisah yang pertama aku dengar.sudah banyak,sangat banyak.aku tidak tahu mengapa hati menjadi terlalu halus kala ini.pengajaran ini mungkin sangat bermakna untuk aku.aku merenung jauh bagaimana waktu tua aku nanti.layakkah aku lagi menjadi permaisuri di hati si Suami?layakkah aku disayangi?layakkah insan seperti ini dicintai?
7 comments:
aah.tak ramai lelaki yang baik skrg ni.susah ni.haish :(
xpe..yg anis punye gerenti baik..
anis yg rajen,baik,lemah lembut,hormat org tua,penyayang,seksi..eh!..haha..
nak kawen nti jemput yer..hoho
lelaki yang baik insyaALLAH untuk wanita yang baik.so,jangan risua dengan jodoh yang ditentukan ALLAH :)
berdoa ye anis..moge jodoh kite bukan dr golongan sebegitu...moge dapat lelaki soleh & penyayang...=)
nape prmpn yg slalu mnjadi mngsa??
persoalan yg ade jwpn ke???
klu ade..pe??
uhuw..
komie,anda melampau ok!marah2 ;p
kawan-kawan,dunia semakin ketandusan lelaki yg baik :(
cian kiter....huhu. nak nangis...
Post a Comment