Sunday, May 10, 2009

kasih takkan pernah tersisih









dia tetap keluar 3 jari peace,kan.










sampingan:Fai,ini si dia berbaju merah kite :D


hari ini,dia manja semacam,entah mengapa.


dalam kamu mendoakan kesejahteraan ibu kamu,jangan lupa doakan juga moga kita takkan jauh dari hati ibu kita.takkan dan jangan sesekali.hari ibu,cuma simboliknya.tetapi,bagi aku,hari-hari adalah hari ibu.hari-hari kita akan teringat pada mereka;walau Hana jauh di Welly,Fai bertapa di Palmy,Husna berjuang di Egypt,Angah sibuk di Ausie,mereka tetap kasihkan ibu mereka,kan kalian?sudah wish belum pada ibu kalian? :D


hari ibu ni jugalah aku buat hal.gara-gara tak dengar pesan Mak mengangkat cadar di jemuran,lembap cadar itu.aduh,kenapa hari ini telinga kurang fungsinya?melatih dan menguji aku,aku kira.anak solehah kah kamu? :D


Abang pagi-pagi sudah wish.diikuti Encik Afifi.tapi,biasalah lelaki.kurang sentimentalnya.aku pun dah ikut terpengaruh.sempat aku dengar forum tentang Hari Ibu semalam.antara panelnya,Dato' Haji Kamaruddin Haji Zakaria.beliau memang kaya dengan emosi tatkala membicarakan perihal ibu dan ayah.kamu ingat atau pernah terdengar bagaimana mulianya seorang anak yang mengasihi ibunya di zaman Nabi Sulaiman?beliau ditemui Nabi Sulaiman tinggal di dalam kubah yang cantik di lautan.itulah dia,anak yang telah menyisirkan rambut ibunya,menggantikan pakaian,menjaga makan dan minum,hingga ibunya berdoa moga Allah menempatkan anaknya ke 1 tempat yang mulia,yang istimewa,bukan seperti tempat-tempat biasa,dek kerana sejuk hati si ibu menerima layanan yang sungguh istimewa dari anaknya walau si ibu telah diambil nikmat penglihatannya.subhanallah,Allah Maha Mendengar,Maha Bijaksana,Maha Kaya,Maha Adil.dikabulkan Allah doa ibunya.doa ibu bapa itukan antara doa yang mustajab? :D untuk rujukan,bolehlah membuka lembaran AQ (17:23,46:15).


selamat Hari Ibu Puan Ainun Hayat bt Zulkafli,juga buat Puan Mahiyah,juga buat semua ibu-ibu yang telah,akan dan bakal melahirkan!Bonda,akhirnya,terungkai jua rahsia~ M.Nasir.Amal suka mendendangkan lagu ini kat aku.motifnya?fikir sendirilah! :D

3 comments:

:: abdussolehin :: said...

huhu..selamat ari ibu.ye..rindu umi kite.huhu..

Fairuz Sallehuddin said...

rindu ummi sol jugak.
haha.
gediks.

;)

safiyyah said...

anis, kite wish kt ko selamat hari ibu gk..walaupun lmbt lg..haha...