Wednesday, May 6, 2009

tersenyum sendiri pertama di rumah

Si Kenit aku waktu baby



saatnya melepak di rumah memang aku tunggu-tunggu sejak 2 bulan yang lalu.bangun-bangun pagi,sudah ada Mak di depan mata,sudah ada 5 ekor+3 ekor yang masih kecil mengiau-ngiau minta suap.aku memang rindu saat ini :D Alhamdulillah,masih punya umur dan waktu untuk semua ini.antara 5 nikmat yang Rasulullah s.a.w pernah sebut;"nikmat Hidup sebelumMati".





petang hari pertama aku di rumah,si Kenit itu sudah menjenguk.mulanya kelihatan sombong,biasalah,sudah punya kasut bunga-bunga bertumit.tunjuk act dengan aku.lama-lama,mula mengendeng.minta itulah,inilah.syukur Bubu tidak ikut aku pulang kali ini.kalau tidak,pasti menjadi mangsa.Kakak aku pregnant lagi kala ini.sudah masuk ke 5 bulan aku kira.semoga selamat melahirkan 3 Syawal nanti,insyaAllah,ameen.soalan yang takkan aku lepaskan peluang untuk bertanya pada si Kenit itu;





"Adik Sha nama apa?"




"Adam Kodam"





lagi,





"Adam Kodam mana?"




"dalam perut Ibu"





siapa yang tidak tersenyum sendiri kalau teringat keletah si Kakak yang excited mahu menyambut adiknya.semalam,dia siap mengacukan botol susu kosongnya ke perut kakak aku,katanya "nak bagi baby susu".





budak-budak memang comel,kan? :D

5 comments:

safiyyah said...

yup...agree..children are so cute!!

n sebab tu jgk hana nak balik umah sgt2..nk jumpe anak-anak sedara yg cute 2...rindunyer...huhu...

Fairuz Sallehuddin said...

sangat comellllllllllll!

kirim salam kat sha. comel jiddan!

:D

anis shafikah said...

baliklah cepat hana :D merendek jom.haha

alahai fairuz,awak tu pun comel :D

HUSNA said...

budak2 suci tanpa dosa..bestnye jd dorang..huhuhu

soleil m said...

why adam kodam why??? *xpuas hati*

and bonda, sila jaga beliau elok2. kecik2 da pndai kasut btumit tinggi bunga2, bahaya2! hahah!