Thursday, May 7, 2009

undang-undang rimba



aku seboleh-bolehnya mengelak dari membicarakan tentang isu ini.entah mengapa,aku cukup tidak suka dan tidak minat lagi dengan politik yang bermacam.hilang rasa cinta aku pada dia.mungkin benar hikayat dahulukala,tika keris sudah di tangan,Jebat lupa siapa saudara.tika kuasa dalam genggaman,akal hilang tujuan dan arah.ah..manusia tetap manusia.siapa kita untuk menafikan kelemahan itu.

kalau ditanya tentang undang-undang rimba waktu aku menjengah usia 6 tahun dahulu,pasti aku dengan bangganya menyebut Sang Singa yang gagah mengawasi kawanan haiwan di hutan,si Mergastua,si Merak,si Gajah dan si Badak.tetapi,tidak lagi hari ini.undang-undang Rimba diguna pakai oleh mereka yang bertindak mengikut kata hati sendiri,tanpa rasa hormat lagi pada Perlembagaan yang sedia termaktub.apakah itu maknanya sama situasi mereka yang berakal dengan Si Singa di rimba?

aku tidak berpihak pada yang putih mahupun yang hitam.aku hanya seorang rakyat yang tersepit di tengah kecelaruan kekecohan manusia-manusia yang aku tidak nampak lagi sifat profesionalisme mereka.bagaimana itu,bagaimana aku mahu menanam rasa hormat pada pemimpin aku sendiri?mampukah air yang keruh ini dijernihkan semula?mampukah?

melihat berita tadi sudah membuat hati menjadi sebak.manusia-manusia cendiakawan yang aku lihat hanya memperjuangkan emosi masing-masing hingga sanggup bergaduh sesama sendiri,bertelagah hingga naik kerusi.inikah yang kalian perjuangkan,dengan methodologi seperti ini?aku tahu,kalian punya sebabnya yang tersendiri.tetapi,aku pinta,jangan sampai menjatuhkan martabat kalian sebagai pemimpin di mata rakyat.jangan sampai Baginda Sultan Raja Nazrin menunggu hingga 5 jam bagi memulakan sidang dewan yang mulia.mengapa ya tidak dibubarkan saja Dewan itu?inilah cabarannya mengamalkan sistem demokrasi.

cukuplah sekadar itu dahulu.emosi aku mungkin takkan diendahkan.mari berdoa kawan-kawan,segala kekacauan ini berakhir.terima kasih Prof Shad buat soalan exam kami berkisar krisis Perak ini.menambah pengetahuan aku dan mencelikkan mata hati yang buta.

p/s:menunggu post Syafiq yang aku kira begitu teruja dengan current issue :p


-------------------------------------------------------------------------------------------------

updated:


aku dah agak Syafiq akan lebih emo dari aku.cuma,kali ini beliau kelihatan agak neutral.aku pinjam gambar dari blog ko eh?mintak izin :D gambar-gambar ini diambil ketika sesi pertelagahan mahu menurunkan Speaker dari takhtanya.kini,Speaker yang baru,Encik Ganesan mangambil kerusi.dalam suasana yang kalut itu jugalah beliau menyarung jubah Encik Speaker.adegan tarik-menarik yang cukup dramatik lagi emosi hingga terkadang membuat aku berfikir,dewasakah mereka?agree Syafiq,kalaulah kita dilahirkan di zaman yang Muhammad menjadi pemimpinnya.satu waktu dulu,aku bangga menjadi anak Perak,punya Sultan yang pernah menjawat title Lord President,Sultan yang berpendidikan tinggi.disanjung rakyat bukan semata kerana darjahnya,tetapi ilmunya yang tinggi.tetapi kini,banggakah engkau lagi?

"Tidak boleh melakukan ketaatan kepada (aturan) makhluk bila harus melanggar aturan Allah.Sesungguhnya ketaatan itu hanya dibolehkan dalam perbuatan-perbuatan yang baik saja".(hadis Sahih,Riwayat Ahmad)

fai,persoalan anda telah kite jawab di ruangan komentar.asif kalau tak mencukupi :)








8 comments:

Amirul Syafiq Mahadi said...

wow......
politik seyh:)
bangga dgan ko.hehe
aku pun muak da smua ni...huhu

Fairuz Sallehuddin said...

apa dia..
tak pahaammmmm:(

Wasatiah Gurlzz said...

fuhhh, bdk undang2 tgk bicara pasal politik di PERAK..bgus2..truskan usaha anda...akk suka jer bc..he3

anis shafikah said...

fai,undang-umdang rimba tu pendek kata mcm undang-undang yang diimplement sendiri oleh manusia,secara tak berpelembagaan.ikut suka-suka mereka.semalam,dewan Perak bersidang semula lepas ditangguhkan.tapi,lain pulak yg jadi sbb speaker tak nak mulakan sidang selagi ada Datuk Zambry sebab Sivakumar dah gantung Datuk Zambry dari Dewan.sudahnya,Speaker pulak yg kena turun takhta.macam-macam hal.tgk gambar.

safiyyah said...

hate politics crisis ni perak..huhu..

tell me more about it anis..budak perak yang jauh ni nak tahu jugak...

:: abdussolehin :: said...

adoiiyaii..pe dh jd ni.celaru tul la.haih..

HUSNA said...

adus..bila kebenaran terpaksa akur dgn kuasa -> kezaliman...
thanx anis..dpt la tau sket2 psl msiaku yg permai..erm permai ke?

KA said...

sesungguhnya budak perak lagi arif ttg negeri perak..hoho
adik komie wat lawak.die kn blja kt perak tp bile di tnye sape MB perak skrg dia jawab Tajol Rosli.kah3..hampeh btol.