Kakinya tersalah arah,ditujunya arah yang terus menggembirakan Sang Hitam dalam hati yang kosong.Waktu itu,akalnya seolah hilang panduan.Qasidah tidak melihat lagi sucinya kasih Yang Maha Agung.Qasidah terus menzalimi diri,tak terfikir olehnya pada hari kebangkitan kelak,dia lah yang akan bertanggungjawab atas segala perilaku dan tindak-tanduk anggotanya.Qasidah seolah lupa bahawa mereka akan menjadi saksi utama di hadapan Yang Maha Agung.Qasidah lupa,lupa segalanya.Qasidah dinodai dosa yang dirasakannya mencapai ke langit yang ketujuh.Malah,mungkin lebih dari itu.Hadiah dari seorang teman,sedikit demi sedikit membukakan hatinya.Jiwanya yang pernah memberontak suatu ketika dulu semakin hari semakin runtun. Itulah hadiah paling berharga,sebuah tafsir Al-Quran.Itulah kekuatan ayat-ayatNya,yang mampu mencairkan jiwa-jiwa hingga kita takut pada azabNya.(Rujuk AQ,59:21).
Malam ini,Qasidah melakukan rutinnya.Dibuka lagi selembar demi selembar helaian tafsir Al-Quran pemberian temannya.Teman itulah yang membuatkan Qasidah berasa dia masih diperlukan di dunia ini.Teman itulah yang membuka matanya bahawa dia punya tanggungjawab itu,menyampaikan risalah dakwah.Walau diri masih bertatih,namun temannya meyakini Qasidah,bukankah walau sepotong ayat pun wajib disampaikan?Qasidah mahu jadi Qasidah yang baru,yang menutup hatinya dari jalan kesesatan.Jalan kebatilan itu takkan pernah jemu mengundangnya kembali seperti dulu,namun itu bukan pelemah.Kekuatan dicari,pelemah dijauhi.Malam ini,Qasidah membuka surah Ar-Rum yang dirasakannya seolah memujuk jiwanya yang pernah tandus itu.Air matanya gugur lagi.Walau dosa seakan tak tertampung lagi,tidak pernah sekalipun dia merasakan Yang Maha Agung murka padanya.Tapi,manusia-manusia yang pernah dikenalinya dulu,sedikit kesilapan dibalas dengan cercaan yang merobek hati.Cinta Yang Maha Agung itu terlalu luas,tak terjangkau pada akal normalnya.
Sujudnya lagi Qasidah di malam itu.Melepaskan segala kerinduannya yang tak tertanggung lagi.Kesucian cintanya jangan lagi dicemari.Di saat dia meratap hiba,Kekasihnya Maha Mendengar.Di waktu batin Qasidah meronta sakit,Kekasihnya Maha Mengetahui.Tiada siapa yang tahu derita jiwanya,tiada yang mahu memahami,tiada.Kerana dia sebatang kara.Namun,Qasidah mencuba,nama Kekasihnya tak pernah lekang dari basah bibirnya.Dipuji siang dan malam,walau sesaat kehilangan terasa hilang setianya.Qasidah oh Qasidah. Doanya pada ibu dan ayah tak pernah dilupakan walau kasih mereka tak sempat dijamah.Qasidah mahu matinya nanti dijemput Izrail dengan lambaian syurga.Qasidah mahu Kekasihnya nanti menghadiahkannya taman syurga.Qasidah mahu kasihnya akan terus setia pada Yang Maha Agung,kasihnya Qasidah,tiada lagi gusar di hati.Qasidah terus di situ,meluahkan cintanya yang satu.
"Mati itu pasti,hidup...insyaAllah"-Cinta Sang Ratu,RAM :)
p/s:Cik Nor,temanku sayang,jangan bersedih selalu.kamu tidak berseorangan menanggung lara.
3 comments:
seronoknya Qasidah..mata dan hati terbuka menerima kasih Sang Pencipta..aku juga mahu begitu..
bgsnya Qasidah erk?tbh+kuat smngt+sbr.sume ada dlm diri dy.
ok2.kena kuat smgt nie.thanx anis.lve ue!!.
juga mahu begitu..
Post a Comment