Thursday, July 16, 2009

Kerana aku pernah.

Pernah hati berasa,
bahawa diri kamu lemah?
dan kamu malu kerana menjadi kerisauan mereka.

Pernah kamu berlari dari pahit sejarahmu semalam,
tapi kamu sebenarnya masih lagi terpaut padanya,
walau diri tak rela.

Pernah kamu takut,
bila si Ibu terus-terusan risau akan dirimu,
dan nadanya menjadi bukti,
dan kamu takut kerana firasatnya bukan mainan.

Pernah kamu rasa,
diri yang tak seperti mereka,
seolah ada cacat yang memisahkan,
seakan ada sumbang yang kedengaran.

Pernah kamu merayu,
"tolong jangan mengeluh,
tolong jangan menangis,
tolong jangan mengenang",
kerana kenangannya seperti buih bersalut lumpur.

Ini bukan cerita cinta,ini bukan cerita puisi.Ini cerita hati yang bicaranya tidak bersuara,yang tuturnya bisu,yang tangisnya kering.Tolong doakan keselamatan diri :)

5 comments:

Amirul Syafiq Mahadi said...

selamat memulakan sem baru yang penuh dengan ketensenan.....hahaha

soleil m said...

a beautiful poem, i'm touched reading it line by line

bonda, u're not alone bcoz i do feel d same too

xtau la y this sem tak se'excited sem lps & i'm glad that we'd that sesi hati-ke-hati last saturday

u're 1 strong girl la bonda, no doubt. compared to cookie ni yg dh brape kali nges dpn bonda. hahahah!

and and, kita xblh masuk bel group h sbb clash dgn tutorial admin *cries*

HaWa DArLidA said...

Wah anis dan apresiasi bahasenye. Hehe betol ke i spell toh

Fairuz Sallehuddin said...

sabar Anis eh ;)
saya penah berasa semuaaanyaaa :D

:: abdussolehin :: said...

sabarlah..
sentiasa berdoa semoga diberi ketenangan
dipelihara olehNya dari segala keburukan

:)