Berbahagialah hati,
Kerana sesungguhnya Allah sedang mengujimu,
Berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas,
Kerana sabar dan ikhlas bukti luhur cintamu.
Kerana dalamnya cintaMu Tuhan,
Walau berapa pun harganya,
Walau seperit manapun,
Ke jurang manapun aku dicampakkan,
Tak mahu aku kalah dengan mereka.
Berbahagialah hati,
Kerana sesungguhnya Allah sayang aku,
Allah cinta aku.
Dapatkah kau rasa sejuknya jiwa,
Pabila segalanya kita serahkan pada Dia,
Pernah kau rasa tiap saat rindu untuk bicara denganNya,
Maka tiap saatmu terisi dengan monolog-monolog,
Menyebut kecintaanmu pada Dia.
Nah!
Terpujilah nama-Mu duhai Allah-ku.
"Dan sungguh,Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta" (29:3)
2 comments:
assalamualaikum
wah...makin ligat penamu menutur kata...ukhti,bukan tidak relevan berhujah dgn sirah, brgkali hati2 mereka belum trbuka menerimanya...sbg dai'e kne byk bersabar..Apepun, kene slg berpesan2 dgn KEBENARAN dan KESABARAN.
this entry makes me feel so much better, esp d ending nya
tqvm bonda :)
Post a Comment