Friday, August 28, 2009

Ke mana akan aku melangkah.

Berpeluang menegur dia yang berbaju melayu pink waktu iftar tadi membuat aku tersenyum sendiri kini.Entahkan dia ingat lagi.Bak kata Kak Farah,port nya hari-hari di situlah,tak berubah bersama ibu dan abangnya.Di sebalik tiang,di saf belakang kami.

Bukan dia motif entry ini.Sekadar intro yang cuba berfungsi sebagai attention getter(refer BEL 492).Beberapa hari yang lalu,beberapa kali juga berpeluang berdiskusi tentang perancangan masa depan,back up-back up plan,usaha yang perlu diambil dan sebagainya.Terkedu aku pada awal perbincangan kami dahulu,mengapa aku tak pernah punya impian sepertinya?Untuk mendalami ilmu Quran dan hadith serta mempelajari bahasa Arab dengan lebih mendalam.Katanya,kitab-kitab ilmu ini kebanyakannya ditulis dalam bahasa Arab,bukankah itu suatu advantage kalau kita fasih berbahasa Arab?

Mengenang sejarah aku di awal persekolahan,masih ingat lagi waktu kita di bangku sekolah rendah,ada satu kad yang memerlukan kita menyenaraikan 3 senarai cita-cita dewasa kelak.Ya,peguam antara salah satu cita-cita yang pernah aku impikan.Waktu itu,semua kerja rasanya mahu dicuba tak kira batasan diri.Kini,kalau ada yang bertanya,mahu kerja apakah nanti,maka peguam adalah jawapan yang absolutely terbawah sekali akan dipilih.Mengapa dan kenapa,hati aku menolaknya.Terbiasa sudah mendengar kata-kata,"Rugilah belajar law kalau tak jadi lawyer".Terbiasa juga mendengar,"Jadi lawyer la nanti ye?".Hinggakan kadangkala aku tak tahu lagi jawapan apa harus aku beri.Aku suka subjeknya,aku suka prinsip pelajarannya,aku cinta lenggok bahasanya dan dari situ juga aku melihat kelemahan-kelemahan sistem perundangan manusia bila mana undang-undang Tuhan dipandang sepi.

Bagi diri ini,apa yang kita belajar,degree apa yang kita ambil kala ini,bukan semestinya itu haluan diri untuk ke lima,sepuluh atau puluhan tahun akan datang.Memikirkan suasana kerja di bidang ini dan memikirkan tanggungjawab yang bakal aku pikul kelak,aku jadi takut kalau tanggungjawabku kelak terabai.Takut kalau-kalau didikan tak sesempurna mana.Takut kalau aku tak punya ilmu yang banyak untuk diwarisi.Takut kalau jiwaku dan jiwa-jiwa mereka terpisah.Jadinya,aku juga perlu sediakan back up plan sendiri,juga perlu merancang ke bumi manakah akan aku bertebaran kelak.Aku juga mahu mendalami ilmu hadith sebanyak mungkin.Aku juga mahu tahu sunnah,supaya kelak ibadahku mengikut acuan yang sebenar-benarnya,supaya aku dapat berkongsi segalanya dengan keluarga khususnya dan masyarakat umumnya.(Promote:Bacalah novel terbaru karangan Fatimah Syarha,Syabab Musafir Kasih.Moga darinya kita peroleh teknik-teknik dakwah berkesan untuk masyarakat).

Sabda Rasulullah sallahu a'laihi wasallam;"Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak pernah kami mengamalkannya maka ia adalah tertolak"(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).


Rezeki bukan hanya datang dalam bentuk material,rezeki juga bagi aku datang dalam bentuk ilmu dan aku sedang menikmatinya kini.Terima kasih Yang Maha Pemurah atas jalan ini yang telah Kau pilihkan untukku.Minta maaf Bonda di rumah,aku mengerti Bonda mengharapkan kepulanganku bersempena cuti extra minggu ini.Tapi,jadual Ta'alim yang telah diatur tak mungkin aku tolak ke tepi.Anakanda akan pulang beberapa minggu saja lagi :)

Pesanan penaja:Classmates,markah berkadaran terus dengan kes,adoi!.Bersedialah bersengkang mata siang dan malam.Bersedialah juga aku untuk tersungkum di ruang tamu rumah dalam keadaan tidak sedar,"Eh,bila masa tertidur ni?" :p



5 comments:

Amirul Syafiq Mahadi said...

sori xdapat jawab soalan trust ko...
dapat sengih je...haha
memang xtaw langsung
blur~

anis shafikah said...

haha..lawak plak teringat balik respon ko aritu :p
xpe2,kita usaha lagi,yosh!

Arid said...

rasenya kad yg ika ckp ms sklh rendah tu dinamakan kad 001

bgusla ika..still igt bnda2 tu
saya sokong ika 100%...kursus yg kita amik skrg x semestinya kerjaya tetap kita suatu hari nnt...

ilmu Allah kan luas..klu rasa x serasi pas kerja nnt pndai-pandaila bawa haluan ke suatu bnda yg lebih serasi n bermanfaat ngan jiwa

p/s: klu ika x jadi peguam..ika jadi ustazah ye..nmpak ika lebih serasi ke arah itu...hehe

- said...

yup..betol3..ape yg kite ambek sekarang x semestinya menjamin kite kearah profession itu..

tp kan k.anis dah ckp sendiri "Aku suka subjeknya,aku suka prinsip pelajarannya,aku cinta lenggok bahasanya"

why not try to become a lawyer..lagi2 it was one of your ambitions once ago~adalah nanti org yg blh membetulkan ape2 yg batut dlm sistem :) ..

p/s:please sediakanlah dahulu toto or tilam in advance di ruang tamu..to prevent back-pain, itchiness and etc~nanti kalau jd pape siape yg risau?

:: abdussolehin :: said...

tidak kira ke mana tujuannya,asalkan ia berguna untuk kebaikan diri,keluarga,negara n plg penting agama,sila teruskan.pastinya ada org yg menyokong di belakang ;)