Sunday, August 9, 2009

MasyaAllah,indah sungguh!

Aku rangka bait-bait ini,waktu aku di dalam dewan Madrasah itu.Nikmatnya hujung minggu ini,walau hanya kira-kira 24 jam saja aku di sana,masyaAllah,ini benar-benar hadiah!

Hidup mereka adalah dakwah,
Tanpa dakwah mereka longlai,
Daripada celiknya mata hingga terpejam kembali,
Setiap nafas menggapai redha Ilahi,
Karbon dioksida pun terasa harumnya,
Hinggakan tumbuhan di sekitar tak henti menutur tasbih,
Indahnya perilaku mereka,
Bunga mekar terasa malu berkembang.

Dan di suatu saat,dalam pengisian seorang Akh,hati aku benar-benar bergetar.Getarannya bukan biasa.Nikmatnya Allah,segala puji hanya bagiMu yang Berhak(rujuk Al-Baqarah:279).Alunan ayat suci bacaan Akh itu benar terkesan jauh di dalam.

Ini nikmat dan ini juga ujian.Nikmat,ilmu ini sangat manfaat dan aku semakin mengenali sunnah,walaupun pada dasarnya baru.Ujian juga kerana nafas dakwah ini perlu penerusan.Terima kasih sisters,terima kasih sahabat,atas kesempatan ini,dengan izinNya kita bertemu.Terima kasih wa jazakallahu khairan Ustaz untuk buku free :)

2 comments:

ummu muhaymin said...

salam
subhanallah,lajunye dh post comment:-)
Alhamdulillah,kenangan di madrasah sgt bermakna. Tersentuh ngan perkara basic yg kadang kala kita sendiri terlepas pandang. Barakallahufik

:: abdussolehin :: said...

abdussolehin likes this :)