Sunday, October 4, 2009

I wish I could be there,besides you.

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Waktu dia mengkhabarkan,saya terasa mahu menangis,
Bukan kerana sedih,bukan berduka,
Tetapi terharu bercampur gembira dan sedikit iri,
Kerana dia kuat di jalan dakwahnya,
Kita tidak begitu dekat kan?
Kita mula kenal erti persahabatan di alam maya ini,
Tapi Allah telah menanam rasa rindu setiap kali saya menatap gambarnya,
Mungkin dia tidak tahu,
Betapa banyak gambarnya telah saya simpan,
Betapa saya kerap menatapnya,
Biar dikata mereka pelik,biar dicanang orang apapun,
Biarlah saya melepaskan rindu saya padanya dengan cara itu.

Dia semakin dewasa kini,
Meninggalkan saya yang masih merangkak dan bertatih,
Satu jam bicara dengannya kali ini menambahkan lagi kecintaan saya padanya,
Cinta yang bukan kerana parasnya,
Bukan kerana jauh langkahnya,
Tetapi kerana hatinya,
Hatinya yang sentiasa mencari ketenangan,
Hatinya yang sejuk dengan limpahan Nur Ilahi,
Hatinya yang mudah terkuis bilamana debu dosa menghiasi.

Dia,
Baru saya tahu lembut jiwanya,
Runtun hatinya,
Bergetar hebat akalnya,
Kerana dia tetap bergelar seorang perempuan.
Saya merasa sama getaranmu,
Mungkin senada getaran di Bumi Sumatera kini,
Entah mengapa,
Terasa mahu mengusap bahumu agar kau bisa teguh kembali,
Melakukan segala apa cara,
Demi hatimu sembuh dan riang seperti ada nya dulu,
Hanya satu,untukmu "dia",
Peganglah kata semangatmu,
"Allah Bersama kita".

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”
(Al Anfaal ayat 63)

4 comments:

.MiN. said...

:), nice..
nis, notes blom siap utk di beri, tp kalo kate 4 constitution express trust, mgkn agk cantik dan baik..
hehehheheehee...

safiyyah said...

anis..best sgt!! bole rasa tulisan kamu yg lahir dari hati...keep it up!

dan, hana rasa tahu siapa orangnya..hana kenal kan?

anis shafikah said...

min nk bagi notes kt kite?bole2! :)
hana,dia budak kuat.mari sokong dia!segala puji hanya Allah yg Berhak.

.MiN. said...

a'ahh...'dua posennnnn' arrrr..hahahaha!
bagi photostat aje le, ori i keep it lah..haha!
:)