Saturday, January 16, 2010

Two stories per day.

I have two versions of story.Ya,dua.Mahu yang mana satu agaknya?Saya suka cerita sad ending,so let us start with the sad story first,yosh.

Hampir menangis pada jam kira-kira 8.00-8.15 pm hari ini.Situasi di dalam keadaan berlari-lari anak walaupun tak selaju mana tapi mungkin penat juga Cik Suria Muhammad mengejar di belakang.Mesej di phone menderu-deru mengingatkan supaya segera menghantar kereta yang disewa pada jam 830 pm dan kami waktu itu masih di Sunway?Sunway-Shah Alam paling kurang 15 minit untuk sampai.Kereta pun kami tak jumpa,inikan pula nak hantar tepat 830 pm.Bayangkan!Cik Nor dan Min hampir setengah jam sudah di parking manakala Anis Shafikah dan Suria Muhammad dari surau ke level 4,turun level 3,naik level 4,turun level 2,naik level 4,pusing sana sini mencari jalan keluar,lif ataupun tangga yang tidak ketemu.Kalau adapun,pintu keluarnya berkunci.Kalau ada pun lif,sampai level 3 saja sedangkan kereta di level 4!Kalau sampai pun lif ke level 4,bukak-bukak pintu lif,bukan kereta yang keluar tapi meja makan yang cantik dihias.Adakah ini yang dikata "Bagai rusa masuk kampung"?Rusa pun mungkin lagi bijak kan Cookie? :) Waktu itu memang si jahat di dalam hati membentak-bentak;"Jeritlah weh,amuk!" Tiada apa yang mampu dipegang untuk melawan melainkan istighfar banyak-banyak.Kasihan kamu Suria Muhammad,kebasahan kita turun naik tangga.

Terima kasih juga buat pak cik dan mak cik,pekerja di situ yang prihatin memberi khidmat nasihat.Setelah hampir setengah jam berpusing macam main acara aci kejar dan nyorok-nyorok dengan si tempat parking,akhirnya terbitlah jalan pulang.Dan kami tiba di Shah Alam tepat 850 pm.Laju tak laju drive,tawakkaltu 'alallah.

Moral:Sila pulang ke rumah sebelum maghrib!

Move on to the second story;the happy joyful marvellous story!

Saya punya ramai adik-adik yang sweet sekarang;Hafsah,Intan,Miraz,Mira,Qatrin,Atul dan Balqis.(Sorry Syairah & Cookie,bukan di dalam list :D )



Kami telah ke Planetarium Negara,Muzium Kesenian Islam Negara dan Jalan Masjid India siang tadi.Sangat best!Walaupun terasa seperti rombongan budak sekolah tapi kamu tahu,banyak ilmu yang kami dapat tadi.Banyak seni bina yang kami lihat,banyak kisah Muslim seluruh dunia kami saksikan,dan banyak juga saya mendengar adik-adik ini memuji-muji nama Allah,Alhamdulillah,Allahu Akbar.Mereka sweet kan?Saat ini terasa sudah kami semakin teguh bersama.Intan masih lagi seperti selalu,kalau boleh semua tangan kami nak dipegang.Saya sangat teruja melihat pameran di galeri Muzium Kesenian,rasanya seperti terpana,sayangnya tak boleh ambil gambar kan.Galeri memperlihatkan karya fotografi Steve McCurry bertajuk "A Common Faith".Yang mahu saya highlight kan cuma satu,ada ayat di dalam galeri yang menyebut;Muslim dilihat sebagai suatu kaum yang tak terpisah dari agama,tiap masa mereka bersama agama,seorang pak cik tua di kedai menjual buku masih sempat membaca kitab Al-Quran,seorang pak cik tua bekerja di kawasan berdebu dan habuk masih sempat menadah tangan berdoa.Cantik tak?Dan memang realitinya begitu,gambar yang diambil Steve McCurry itu sangat cantik.

Dan saya terasa seperti mahu terbang ke sana pada waktu itu juga dan berkata kepada pak cik itu;"Pak cik,didiklah saya seperti kamu juga."

Itulah kisah happy saya hari ini.Setelah berlalu kisah happy,maka sad story pula menyusul.Maaf kronologi cerita saya songsang.Apa mahu buat,saya suka sad story :p

p/s:Terbaca blog Fairuz,kamu mungkin tak dapat ke sini ya?

6 comments:

HaWa DArLidA said...

sunway pyramid ker anis??
haha len kali cam btol2 uh tpt parking
if possible snap pic tiang tpt park tu. kui3
awe aritu pn letey crik keter. ntah mane2

HUSNA said...

waaa...sgt seronok..nnti bawak kte plak anis.. ;p

C'Nor said...

hahaha.watevalah nis..
sweet memoriez 2 =.=

anis shafikah said...

[Hawa] Taubat Awe takmo pi dah :p
[Husna] Balik la cepat,kita pi jumpa Dr Sheikh terusla! :D
[Izan] Sweet and sweat lagi :p

soleil m said...

hawa, ktrg bukan x ingt park kt mana, tp silap naik lift. patutnya naik lift next to jusco :P

it was indeed a sweet sweat memory. kenangan namanya kan? ade jugak la cerite nk bgtau anak cucu nnt

tqvm bonda for being a good driver. pecut woh pecut! :D

:: abdussolehin :: said...

cite sesat pun nk bgtaw anak cucu ke cookie?haha..

haa..elok la tu bwk laju².haish..