Sunday, August 1, 2010

Ceritera atlet kecil

Assalamualaikum kawan-kawan!(nada macam dalam rancangan Along,TV1 dulu)

Okay,atlet ni tak kecil pun,mungkin agak bajet kecil.Waktu sekolah rendah dulu,paling bagus pun dia masuk,lumba lari la.Pernah la sekali cuba main netball.Tapi sebab banyak sangat rules kaki dalam netball,maka dia pun give up (okay,tak bebas saya nak gerak,kata atlet).Sekolah menengah pun,balik-balik lumba lari.Lari tak kuat manapun.Setakat pass si kura-kura sambil cakap "hai" boleh la.Mungkin dia masuk pun sekadar jadi bidan terjun sebab semua orang kalau boleh tak nak pusing 400 meter padang tu.Kasihan atlet kecil (ambil tisu,lap peluh)

Baru dua minggu lepas,atlet kecil mendaftar nama untuk menyertai pasukan lawn bowlers Fakultinya.Setelah 22 tahun bernafas di bumi super saiya,barulah dia merasa benar-benar atlet (okay,over).Dia turun training setiap petang kecuali weekend,dia melompat-lompat bila bola terbabas,dia juga kadang-kadang menyorok di belakang kawan atlet bila tengok Kapten memuncung bibir (takut woo walaupun Kapten baik macam Doremon,Nobita mintak je dia bagi).Tapi dia gembira.Dalam hatinya,dia sayang kawan-kawan atletnya,juga kawan-kawan yang turun memberi sokongan padu & mendoakan mereka.Dia percaya kekuatan ukhwah mereka telah terbina,yang rapat semakin rapat.Bila sedih mereka bersama.Bila gembira,mereka beriring.Bila semua pakat nak test next week,semua tak study lagi secara berjamaah (oh,ini jangan tiru,aksi merbahaya untuk orang matang saja).




[team-mates & Manager setitis embun pagi]

Pasukan Kapten da bomb telah memulakan pertarungan mereka sejak Jumaat lalu.Mereka beroleh kemenangan untuk 3 games,Alhamdulillah.Si atlet kecil turun sebanyak 2 kali perlawanan.Giliran untuk beraksi telah diatur Kapten.Juara kumpulan mereka.




[kawan baru atlet kecil dari FSK]

Tapi,apakan daya(tisu lagi)




[quarter final]

Pertarungan mereka terhenti di peringkat quarter final sebagai pasukan 8 terbaik acara lawn bowl.Atlet kecil tak mampu berbuat apa lagi saat dimasukkan di waktu kecederaan.Kasihan lagi.Tapi,dengan itulah mereka belajar dengan dalam lagi,apakah itu "kita hanya merancang & berusaha,Dia jugalah yang menentukannya" & ini "menang kalah adat permainan".Atlet kecil tidak melihat riak putus harapan di kalangan teman-temannya.Mereka bahkan berharap bahawa ini semua adalah tarbiyah dari Allah,mungkin ada hikmah di baliknya.Atlet kecil sayang mereka semua!

Perjalanan SAF atlet kecil terhenti di sini untuk tahun ini,lengkap dengan pakej kuda belang di muka.Atlet kecil mohon maaf kerana tak dapat mengumpul medal kali ini.Mungkin harus belajar dengan student Mechi yang main semalam(amboi!okay,saya gurau je).Semoga team lawn bowl lelaki menang sebab mereka dah masuk semi,ameen!

Cadangan untuk SAF 2011: Bekalkan Fair & Lovely sedozen!

1 comment:

safiyyah said...

hebat! hana takde ciri-ciri atlet langsung. haha.. anyway, tahniah and jangan ponteng belajar lagi. hehe..