Monday, September 13, 2010

Cantik ke?

Eid Mubarak kawan-kawan!Syok ke raya tahun ni?Mak kata rasa semangat raya tahun ni.Kenapa saya tak rasa apa-apa?Alien kah?Anis sentiasa alien.Di kesempatan ini,jom kita sama-sama doakan "Taqabbalallahu minna wa minkum & kullu 'am wa antum bil khair".Ameen.Semoga Allah terima segala amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu & semoga kawan-kawan saya semua ni berada di dalam kebaikan sentiasa.Orang kata Syawal ni mengajak kita kembali kepada fitrah.Betul kan?Setelah mentrabiyah diri sepanjang di sekolah Ramadhan,sekarang kita semua harus kembali kepada fitrah yang asal,menjadi hamba.Yang soleh & solehah tau? ;)

Syawal ke-4,saya ikut Mak & Ayah menjalankan urusan syarikat mereka (macam besar sangat la business kan.haha) Kalau nak diikutkan,memang assignment menunggu-nunggu giliran saya nak beraya dengan mereka.Tapi,difikirkan pula,saya tak cukup baik lagi sebagai seorang anak.Lagipun,berapa hari sangatlah yang saya punya untuk berbakti pada mereka(- time duduk hostel,- waktu duduk universiti, - waktu jadi isteri orang),maka kita postpone raya ya assignment?Ok.Saya tahu kamu baik.Hehe.Di bawah terik matahari dan dibasahi keringat,saya terdetik "kalaulah muka makin hitam nanti,siapa nak menikah dengan kita?".Cepugedik punya soalan.

Perempuan,tetap saja dia perempuan.Perempuan,tetap saja dia sibuk memikirkan penampilan diri.Mahu cantik,mahu putih,mahu gebu.Tapi maafkan saya bakal zauj kelak,andai kata waktu pertukaran status nanti,muka saya masih lagi berwarna gelap.Tidak putih & tidak gebu.Maafkan saya,kerana saya mengharapkan bukan putih gebu yang menjadi ciri utama kamu memilih saya.Maafkan saya kiranya saya menolak kamu kerana kamu menjadikan cantik fizikal sebagai ukuran.Saya tidak fikir saya mampu mengekalkan putih gebu itu untuk selamanya.(lagipun saya bukan dalam kategori putih gebu pun.haha).Saya jadi teringat perbualan dua orang sisters,tentang ikhwan yang bakal menikah.Antara dua yang bergelar akhawat,dia memilih yang lebih cantik sedikit rupa parasnya.Bukan mahu mencipta persepsi,tapi saya tertanya,betulkah lelaki tetap saja lelaki?Betulkah lelaki suka pada yang cantik saja?Bagaimana jika yang seorang itu hitam kulitnya tetapi hatinya lebih istiqamah berbanding yang cantik,walau kedua-dua mereka di bawah fikrah yang sama?Siapa yang bakal dijadikan suri hidupnya?

Saya tak tahu jawapannya.Obvious.Saya bukan lelaki.

Ada saja lelaki yang memilih yang gelap,ada saja sebenarnya lelaki yang tak melihat langsung rupa paras zaujahnya sebelum tabir pernikahan disingkap.Mungkin benar kata sesetengah mereka,cantik antara ciri yang digariskan Rasulullah walaupun bukan yang utama.Mungkin benar kata mereka,fitrah manusia suka pada kecantikan.Tapi,jika berhadapan dengan situasi ikhwan itu tadi,bagaimana kita agaknya?




saya mahu senyum setiap hari.

Cantik itu subjektif.Saya rasa cantik,kamu rasa tidak.

Entah.Biarkan ketetapan jodoh menjawab mungkin?

Ya,tetap saja pilihan Allah itu yang terbaik.

Biar tak cantik,asal sedap mata memandang.Biar tak cantik,asal sejuk hati mencinta.Biar tak cantik,asal suci akhlak dijaga.Biar tak cantik,asal aib ku dipelihara.Biar tak cantik,asal ibu dan ayah dikasihi segenap hati.Biar tak cantik,asal bahagia mendakap bahu,berpimpin tangan menuju syurga,insyaAllah.

Itu jawapan saya,seorang perempuan.Mampukah saya mempraktikkannya atau sekadar manis di bibir menjadi teori?

ps: sibuk-sibuk menjaga rupa,biar akhlak kita selari dijaga juga.Jom kejar syurga!

No comments: