Monday, September 27, 2010

Hadiahkan aku cintamu.

Sedangkan langit biru kan mendung & gelap,
sedangkan bumi kan dilanda gempa,
sedangkan laut kan diterjah tsunami,
sedangkan tanah kan merekah,
inikan pula kita.

Sedangkan bumi & langit yang luas Allah yang menjaganya,
inikan pula manusia yang kerdil.
Sedangkan bumi pun berputar mengikut aturanNya,
tak akan Allah itu membiarkan kita menentukan jalan sendiri
tanpa kasih sayangNya?
Tak akan mungkin Allah itu meninggalkan kita.
Sedangkan bumi dan alam dilanda bencana,
inikan pula kita yang katanya khalifah memimpin dunia?
Sedangkan bumi perlukan keseimbangan alam,
apa kita tak mahu pada keseimbangan diri?

Kesedihan ubatnya sabar,
kejahilan ubatnya ilmu,
keburukan ubatnya muhasabah.

Kerana kadangkala ketenangan itu hadir di kala kita bersendirian.Waktu itu,kita mula melakukan proses keseimbangan dengan muhasabah segala dosa & kesilapan.Kerana kadangkala ubat ketenanangan itu ada pada diri kita.Menangislah semahunya,berbicaralah dari hati.Allah itu tak pernah jauh dari hambaNya.Pujuk hatimu kerana kau lebih lama bersamanya,bercintalah dengan hatimu kerana kau lebih memahaminya dan ia lebih dekat denganmu.Kerana itu,jagalah hati,maka dia akan melakukan "tugasnya" dengan tekun.

"Tuhanmu tidak pula meninggalkanmu dan tidak pula Dia membenci" (Ad-Dhuha:3)

Silakan masuk tenang,bertapalah di sini selama mungkin.

Hadiahkan aku rasamu.

No comments: