Saturday, November 20, 2010

siap sudah kamu?

eh eh anis update lagi?rajin pulun gigihnya dia!memang.

hey kamu rasa dah cukup umur tak nak menjadi ehem mak orang err slow sikit suara plis.terimbau (tu dia) kata-kata cik kawan maybe you know her mahu ada baby tak mahu ehem suami.yeah,jadi ibu best tapi jadi isteri oh-oh tarik diri surrender (kau ingat jadi ibu senang ke).cerita ini gara-gara cerita flash back Mak waktu si anis bergelar budak.mak kata,dulu ayah pernah parking kereta di seberang jalan besar berhadapan stesen minyak dan meninggalkan si anis di dalam kereta.dengan selamba dan gagahnya,si anis keluar kereta dan mahu melintas jalan sambil memanggil "Ayah".(okay kau tak comel pun mengada macam tu.)bila mendengar cerita begitu,si anis yang sudah muda remaja menarik nafas panjang.nasib kau tak jadi lempeng kat tengah jalan sibuk tu kan.

itu anak-anak zaman 10-20 tahun lepas.dah nakal begitu.anak-anak zaman globalisasi ni,memang bijak dari kita yang dah tua.tengok saja si kenit kami,kakak.bila mak cik si anis tegur anak sulungnya yang ralit menonton tibi,si kenit lantang bersuara,"orang sayang anak" sebagai protes supaya mak cik jangan marah-marah anak.tengok,umur 4 tahun boleh kata macam tu?yang umur 22 tahun pun ternganga mendengar upps tutup mulut.

satu hari 'bersantai' bersama 2 makhluk Tuhan paling comel itu pun sudah buat kepala gelabah.ku sangkakan hati selembut sutera,rupanya boleh mencair jadi lava gunung merapi meletup pom.bila si kakak minta susu,nak mandi sejam,nak main game padahal dalam laptop zero game,si adik memanjat kerusi,tekan-tekan keyboard,mengamuk nak tidur,haa baru kau tahu bukan senang jadi ehem mak orang.

ibu-ibu,bagaimana sih kalian menjaga kami semua dengan tekun dan kasih sayang?berat duh ini semua.kakek takut tidak mampu duh melakukan ini semua (amik kau citizenship baru).

ya,sungguh perjalanan ini memang perlu jadi panjang kerana sesungguhnya nyata kau belum benar-benar siap.banyak lagi perlu dibentuk dan banyak lagi perlu dibendung (ehem waktu tidur).orang baik-baik kata,kalau mahu anak soleh solehah,kamu yang kena jadi soleh solehah dulu.ya anak nakal itu lumrah.mereka kan baru mahu mengenal dunia.mahu coba itu ini,mahu rasa sini sana.bukan mudah ya puan-puan pendidikan anak-anak kecil ini.bukan seperti masak-memasak boleh campak-campak dalam kuali.ayuhla kita ke kedai buku cari buku parenting skill.

dan jangan lupa belajar sunnah Nabi juga tentang akhlak Baginda dan anak-anak :)

jom,5 tahun lagi kita tengok hasilnya.bhahsyahhh~

No comments: