Saturday, February 26, 2011

kejarlah dunia,jika hatimu tragis.

dunia ini terlalu sekejap untuk ditangisi.
jadi tragis jika hanya disinggah untuk mengenang.
jadi gelap kalau tak melihat isinya,pengisiannya dan mengisinya.
jadi lelah kalau tiada hujung dalam mengejarnya.

tapi akhirat akan lebih kelam.
kalau dunia diletak bukan di tempat layaknya.
kalau dunia terlalu banyak dibaziri.
dibaziri dunia untuk dunia.
dibaziri dunia untuk mengharap pada dunia.

kerana dunia bukanlah destinasinya.

bergetar jiwa pemuda.
saat mengalunkan kalimah,
"hanya kepada Engkaulah kami menyembah,
dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan."
terhenti hingga tak mampu meneruskan ikrarnya.
beda benar rasanya saat dia benar-benar merasakan,
bahawa yang di hadapannya adalah Tuhannya.
hingga berkata si guru padanya,
"Ajarilah aku sebagaimana kamu menghayatinya."

takut.
takut benar jika dia syirik.
bila dia mengharap bukan pada Tuhan.
bila dia bukan menyerah sepenuh dirinya pada Tuhan.
bila dia dengan lebih tragisnya,
tidak menyedari hakikat,
bahawa dia hilang kebergantungannya dengan Tuhan.
saat dia memuja hamba Tuhan.
mengharap bahagia bukan datangnya dari Tuhan.
bila dia lupa Tuhannya walau sesaat.
tragis amat.

kerana bukan Tuhan yang memerlukan dia.
kerana sudah mafhum di firman,
"wahai manusia!kamulah yang memerlukan Allah;
dan Allah Dia lah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu),Maha Terpuji" (35:15)

berhentilah bermain dengan dunia.
berhentilah bermain dengan isinya.
kerana dunia bukan padang permainan.
kerana dunia tidak lain hanyalah seperti hamparan tikar ibadah.
yang selayaknya diisi dengan isi-isi mahmudah.
bukan dengan permainan jiwa.
bukan dengan angan kosong.

kejarlah dunia,
bermainlah dengan isinya,
jika hatimu masih tragis.

No comments: