untuk sesuatu sebab yang bukan kami sengajakan.
bukan kami pinta.
untuk sesuatu urusan yang kami sedayanya mahu melakukan yang terbaik.
tetap saja kami dipukul kiri & kanan.
kerana kami juga manusia.
maka kami terkesan.
walaupun hati banyak kali berbisik sabar.
bertahan dan bersangka baiklah,
tetap saja kami terkesan,
bersedih dan berduka.
bukan kami pinta.bukan kami sengajakan.
maafkan kami Tuhan.
kerana kami tersadung lagi dalam tarbiyahMu.
gagahkan kami untuk bangkit.
ini aku rasakan ujian menguji ikhlas.
ikhlas kami sebagai hambaMu.
ikhlas kami mengerjakan urusan kehidupan kami.
ikhlas kami dalam melafazkan kata 'SABAR'.
ikhlas kami dalam bersaudara.
kerana lidah akan diuji dengan setiap yang dia perkatakan.
kerana syurga itu mahal harganya,
bayarlah ia dengan tiap titisan peluh,keringat dan air matamu.
bertahan bertahan dan bertahanlah.
walau apapun kata mereka.
No comments:
Post a Comment