Thursday, May 5, 2011

I should say thank you YOU (caps lock) ;)

saya tak frust menonggeng.sila kekalkan statement ini dalam kepala otak & memory ram laptop & komputer sekali sampai ke tanda seru penghujung post ini.peace :p

oh saya menconteng hanyalah untuk melepaskan segala emo-emo yang bersarang setelah seharian menghabiskan masa ber'emo'.

emo baca jurist tak habis-habis (dan tak faham).

emo pasal....hmmm.

mestilah emo yang kedua tu lebih emo sebenarnya sebab emo pasal belajar tak kan lah sampai nak menenggelamkan bilik.haha.tengok caption kat belah kanan belog ni.kan saya kata saya emo =.=

"adalah kurang cool kalau perempuan tak pernah emo."

???

whatever.

dalam 'seronok-seronok emo',there's something I found out about hmmm.dia telah melangkah ke pusingan kedua agaknya.kerana keadaannya kelihatan lebih cool dan "ah,kau dah besar,jagalah diri sendiri tak perlu aku nak cakap panjang dengan kau & teruslah thiqah dalam jalan yang kau dah pilih,hiduplah sebagai pejuang,jangan patah belakang".

dia dewasa sudah.lebih jelas dengan peranannya.lebih tegas dengan prinsip & matlamatnya.

bukan seperti dulu yang terlalu concern.yang terlalu banyak kasihan & simpati.

walaupun kadang-kadang kita terfikir oh dia memang sudah berubah.benar dan banyak berubah.

ah tak mengapa!

keadaannya seperti saya harus bersyukur sekarang sebab semua akan kembali tegap & kental dan kita semua kini boleh berdiri atas kaki sendiri."baris,bersyukur sekarang!"

rasanya Allah telah memudahkan jalan kita.ini satu berita baik.ya,berita baik.bebaskan jiwa dari perkara sia-sia.tak perlu nak mengharap apa-apa.kejar apa yang pasti & tenanglah hati pada sesuatu yang Dia redha.yeay!grab it!

sedar tak sedar,sudah berapa lama kita 'beku'kan lautan asmaradana ini (over-muntah sekejap)

sejak melangkahnya dia ke dunia cari redha Tuhan,sejak kita mula tekad "ini masa kita untuk jadi dewasa,ini masa kita untuk buang jahiliyah jauh-jauh,ini masa kita untuk patuh perintah Tuhan",kini kita boleh melangkah tenang.sebab saya tahu kamu telah melangkah ke fasa kedua.kamu bukan lagi berjiwa simpati pada bukan yang hak.itu sangat membuat saya bergenang saat ini.ya,kamu telah melangkah ke fasa kedua.syukur.

kalau sudah memilih jalan cari redha Tuhan,maka harus digalas bersama bekal-bekal imej seorang pengembara mencari Tuhan yang sebenar.kena packing perintah Dia,sunnah Kekasihnya,bi'ah yang solehah dan ilmu yang bermanfaat.supaya nanti,perjalanannya berkat,bekalannya cukup,ada first aid kalau 'terluka' dan yang pasti,sampai ke destinasinya,syurga insyaAllah.

adakah kamu mahu bersama dalam perjalanan panjang mencari redha Tuhan ini? ;)

oh gembira sebab sekarang tiada masa untuk ber'emo' lagi.

tegak jiwa dalam redha.tenggelamkan emo dalam dynamo.basuh & sental & buang jauh-jauh.yeay!

task: renew membership for kelab bujang bergaya (style inche gabbana).keh3.jangan tanya pasal marriage lagi,family law dah habis (tibe)

peace yo!<--tanda seru (refer perenggan atas.haha.eh tapi sila kekalkanlah statement itu sampai bila-bila-bai)

No comments: