Wednesday, December 21, 2011

hilang ramuan.



saya menangis semahu-mahunya petang itu.
semahu-mahu dan sekuat hati.
di suatu titik,saya terasa hilang separuh hidup.
tak melihat apa-apa melainkan gelap.
kelam.tenggelam.


kasihan emak.menahan hati agar dia tidak turut luruh bersama.menahan hati agar si anak tidak terus mengasak emosi.kasihan emak.anak yang selalunya 'tampak' kuat di depan mata,hari ini tiba-tiba hilang pasaknya.

sedih.

hanya kerana satu ujian hidup,saya REBAH.

kita sudah sepatutnya bersedia dengan bekal yang banyak untuk menghadap jalan ini.tapi kita masih lagi memilih untuk 'sambil lewa' dan tangkap muat apa yang dapat saja.hati tak cukup fuel.otak tak cukup makan.ruh tak cukup nyawa iman.dan kita masih berani-berani mahu cuba nasib redah jalan berliku.

lalu?menangis semahunya sedangkan kau tahu di saat itu adalah saat titik paling kuat kebergantungan pada Dia kau perlukan.dan kau masih memilih untuk lebih mempercayai kata hati yang sememangnya dekat dengan bisikan khannas?

masalah.

mulut yang berkata memang lebih ringan dari amal yang diperlakukan.

pelajaran dipelajari.

'beggars cant be choosers'

1 comment:

arissa myana said...

semoga Dia terus menjadi tujuan kita. tanpa ujian, kita takkan tahu erti kebahagiaan. dan yakinlah, ujian itu tanda ingatan Dia, untuk meningkatkan kita inshaALLAH ;)

bergantung kepada diri yg lemah, takkan bisa buat kita terus tabah dan kuat.

bergantung kepada yg manusia atau apa sahaja selain dia juga tidak akan bisa buat kita terus berjalan.

bila yg bersandar itu lemah dan yg disandarkan harapan padanya itu jauh lebih lemah, mana mungkin akan timbul kekuatan pada pautan yg rapuh itu?

tiada manusia yg dpt memuaskan hati manusia. kembalikan hatimu kpd DIA. inshaAllah, DIA yg memilikinya akan sentiasa menjaga dan merawat hingga kita menjadi puas ;) inshaALLAH

senyum, sebab kita ada DIA ;)
Allah huAlam :D