Showing posts with label pengisian+usrah. Show all posts
Showing posts with label pengisian+usrah. Show all posts

Monday, August 31, 2009

Santapan Ramadhan.

Aku menjadi saksi tumpah air matanya,
Di rumah Allah itu dia bergenang,
Hatinya bergetar hebat takutkan azab Tuhan,
Hingga aku yang leka terpanggil sama merasa hebatnya Tuhan,
Asbabnya syirik,penyakit hati,
"Kita sangat takut kalau-kalau di hadapan Allah nanti,Allah tolak semua amalan kita",
Hisnul Muslim dibuka,doa dihafal,
Mengimani Allah itu Maha Pengampun,Maha Penyayang,
Tiada yang lebih menyayangi diri ini sehebat kasih sayangNya,tiada.
Renungkan sejauh mana balasan cinta kita,bagaimana?

Syirik,itu antara isu yang dikupas Ustaz dalam Daurah kali ini.Bukan tajuk besar tapi impaknya terasa hingga kini(harapnya terus-terusan jadi tazkirah diri).Kita sedia maklum,adanya syirik besar yakni melalui perbuatan menyekutukan Allah yang berlaku di dalam hati.Ia melibatkan kepercayaan kata Ustaz.Manakala syirik kecil pula yakni amalan yang membahagikan bahagian kepada Allah dan makhluk,dipendekkan cerita,riya' tergolong dalam golongan ini.

Mengapa takut?Mengapa menangis?Kerana penyakit hati ini sukar sekali dikesan.Tidak melalui x-ray,tidak melalui scanning,tidak melalui mikroskop atau segala.Ia hadir tanpa kita sedar.Terkadang situasi membuatkan kita alpa.Bila ilmu ditimba kelihatan banyak,bila pujian datang menderu,bila istilah "Enti ni masyaAllah solehah ya" dilempar,hati mendabik sendiri.Jiwa mula rasa berbaloi atas segala usaha.Namun sedarkah,dari mana datangnya semua ini?Sedarkah siapa Pemilik diri?Siapa Penguasa segala?Milik siapa ilmu ini?Kalau tanpa nikmat umur yang dipinjamNya ini,mampu kau mengecapi ini?Ya Rabb,hina aku,hina amalanku,untuk apa hidupku andai penyakit ini tak dapat aku bendung.Rasanya mengubat penyakit zahir boleh jadi lebih mudah langkahnya berbanding penyakit dalaman yang lukanya tak berdarah.

Aku mengerti gelora jiwanya yang membuatnya menangis.Dia memang diuji dari pelbagai arah.Namun,kelihatannya seperti ujian ini yang paling ditakutinya.Aku jadi insaf,takut,bergetar hebat jantung.Ada sesetengah kelebihan yang Allah anugerahkan itu tidak lain hanyalah berupa ujian untuk kita.Bijak,cantik,harta,nama,keturunan,adakah kita mengembalikan segala puji hanya pada yang Berhak?Atau di dalam hati berbisik,"Comelnya,bijaknya,bangganya aku"?Tahukah kita,sedetik saja terlintas di dalam hati mampu mengundang bencana?Takutlah kerana dosa syirik bukan mainan.Azab Allah takkan mampu ditepis.Istighfar Anis,istighfar.Jadinya,sebelum membuka bicara untuk memuji seseorang,ingatlah,redhakah teman kita andai kita memujinya?Redhakah dia andai kita yang membuka pintu hatinya menjurus ke arah riya'?Kerana fitrah kita lemah,mengelak dari merawat langkah yang bijak.Simpan saja pujimu,simpan saja kagummu.Elakkan diri dari mengagumi hingga membuka pintu hati yang suci menjadi berpenyakit.(Peringatan untuk diri yang selalu saja mengagumi dan memuji-muji kelebihan insan lain).Ini ada satu hadith:

Dari Abu Hurairah Radhiyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda;"Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu kerana hal itu lebih patut agar engkau sekalian tidak menanggap rendah nikmat Allah yang telah diberikanNya kepadamu".(Muttafaq Alaihi)-Nah,Allah dah mengatur,meletakkan setiap kita dengan jalan yang sebaik-baiknya,apa lagi yang kita ragui dengan kasih sayangNya?

Cantiknya,rupawannya wajahmu,biarlah menjadi mahar hanya buat suamimu.Kata Uztaz yang aku ingat lagi hingga kini,"Kenapa nak bagi orang tengok muka cantik-cantik?Orang ke yang bayar mahar/mas kahwin kita?".Dihalalkan kita untuk suami,menyerahlah hanya pada yang berhak.Bijaknya,cerdiknya akalmu,pinjaman dari siapakah?Andai Dia merenggut nyawamu,mampu kau mendabik lagi?Tingginya,harumnya namamu,sekali musibah mendatang,pada siapa kau berlindung dan kembali?Insaflah diri,rasanya sudah tak tertanggung dosa 21 tahun hayat ini.Maafkan aku jasad andai aku gagal membentuk hati.Tak mahu aku menzalimi kamu lagi.



DQ Al-Widdan,jzkk Ummu Aisyah atas perkongsian dan jubah yang cantik itu,Alhamdulillah.

p/s:Kawan-kawan,sentiasa berpesan-pesan pada diri yang mudah lupa ini :(





Saturday, August 8, 2009

Barakah.

Satu ungkapan,cukup membuat diri tersentak;

"Kalau kita tak mampu nak jaga maruah diri,maruah mak ayah,jangan harapla mampu nak jaga maruah suami."

Maruah,skopnya terlalu luas.Hatta segala pergerakan kita juga melambangkan maruah.Mungkin mudah bagi kamu,bagi mereka,bagi dia,tapi sukar bagi aku.Kerana aku merasakan terlalu banyak lumpur yang tercalit pada diri.Walau disiram air tujuh lautan,aku rasakan belum cukup lagi.Walau digali perigi hingga hujung dunia,belum mampu menjadi peluntur noda ini.Setiap kali aku minta izin dari Mak untuk ke mana-mana,Mak juga akan berpesan,"Jaga maruah diri,maruah Mak Ayah,maruah agama".Setiap kali itulah aku rasakan deru air mata sudah tak tertahan lagi.

Bersamanya,aku merasa tenang,kerana acapkali ada ilmu baru yang datang.Tetapi,bersamanya juga membuat diri berasa terlalu banyak noda dalam hati dan waktu itu juga aku kan meronta,layakkah aku untuk mandapat yang soleh?Diriku milikmu,Ya Rabb.Tapi,sejauh mana saja cinta yang ku curahkan padaMu berbanding cintaMu padaku?

Langkah menujuMu selama ini aku lalui dengan longlai.Sedangkan ada Ustaz yang baru berusia 22 tahun sudah mampu berkongsi ilmu hadith dan segala yang berkaitan sunnah,mampu menjawab persoalan dengan ringkas dan mantap.Aku?Di takuk lama lagi?Kerdilnya aku Ya Rabb.Banyak lagi buku yang perlu aku cari,banyak lagi kuliah dan daurah yang harus dan mesti aku pergi.Demi sebuah barakah,carilah ilmu sementara nikmat masamu masih terluang.Hidup kita bukan untuk dunia semata,kerana dunia tak menjamin bahagia yang abadi.Bersedia atau tidak,bukan persoalan.Persoalan yang harus aku ketuk di pintu hati aku adalah,Mahu atau Tidak?Kerana barakah aku mencari.



Banyak kisah yang telah aku dengar.Isteri dan muslimah acuan Quran dan sunnah sudah mampu mencairkan jiwa.Acapkali aku dengar,acapkali jua aku berazam.Namun usahanya aku belum pasti,sejauh manakah.Yang pasti,"Aku mahu barakah itu!" So,let's work for it!

Sunday, April 26, 2009

tanya pada diri

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

kita petah saja mengakui "aku ahli Sunnah wal Jamaah".aku berpegang hanya pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.tapi,sejauh mana kebenaran hakikat itu?sekadar omongan atau fakta yang benar.cantik analogi yang dibuat Al-Fadhil Ustaz Fathul siang tadi dalam Majlis Wala' dan Ilmu.cuba kita lihat,manusia yang takutkan hantu,mereka pantas mendapatkan Al-Quran,bukan untuk dibaca tapi sekadar dipegang,sebagai pelindung,mungkin.kepercayaan mereka,Al-Quran dapat menjauhi diri daripada makhluk halus,lantas ia mempengaruhi tindak-tanduk mereka.

bagaimana mahu mengaplikasikan yang itu dalam situasi umat zaman ini?ya,kebanyakan kita merasa bangga menjadi umat Muhamad s.a.w.tapi hakikatnya,sejauh manakah kita cuba mangkaji segala ilmu yang kita amalkan?ada kita punya dalil yang sahih?hadis yang matannya tidak diragui?tajuk kuliah hari ini "Mulanya Asing",memang pada mulanya kedengaran asing bagi aku.apa yang mereka cuba sampaikan?2 jam setengah di dalam dewan dengan hidangan high-tea bersama golongan mewahan(hanya beberapa kerat saja students yang aku lihat),ditambah pula dengan kami yang pergi tanpa dikenakan bayaran,membuatkan aku berasa ini benar-benar 1 nikmat!terima kasih di atas sponsor.back to the main point aku.

lihat cuma dari 1 faktor saja kali ini.solat kita,kamu yakin solat kamu itulah yang sebagaimana diajarkan Rasulullah s.a.w?sebagaimana yang dipraktikkan para sahabat?aku bukanlah golongan bijak pandai mahupun ulama,tidak juga kakak usrah yang petah berbicara tentang soal ini.tapi,aku cuma ingin berkongsi sesuatu yang aku rasakan menjadi 1 tanggungjawab untuk aku sampaikan.agar mata hati kita nampak,melihat dari sudut yang positif.segala teguran,nasihat kalian amat aku alukan.kata Ustaz,"Kita mungkin mampu mengubah solat seseorang(berpandukan apa yang diajar Rasulullah s.a.w),tapi sukar untuk kita mengubah kepercayaan seseorang".

ya,kepercayaan berlandaskan AQ dan Sunnah.aku dulu pun tak tahu apa dalil yang patut kita pegang dalam melakukan tiap pergerakan dalam solat.hinggalah tahun lepas,hinggalah ukhti-ukhti itu membuka mata aku melihat,setiap amal kita perlu ada dalilnya.apa guna amal tanpa ilmu.iya kan?lantas,kawan-kawan,marilah belajar bersolat dengan sifat solat Rasulullah s.a.w.bukanlah sesuatu yang asing lagi kiranya tanpa doa qunut di waktu subuh,dan bukan lagi sesuatu yang asing untuk menggerakkan jari sewaktu tasyahud awal dan akhir.belajar kawanku,belajar.aku jua di dalam usaha itu.tanya pada diri,jangan berlengah lagi!