Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, August 15, 2011

kadang-kadang kita lupa.

saya katakan pada seorang teman,

"macam-macam cara Dia nak tunjuk kasih sayang Dia pada kita kan.macam-macam cara Dia nak gembirakan kita kan."
(setelah menonton video yang Hana post *bahagia*)

sebab waktu itu,sebelumnya,tiba-tiba rasa sedih itu menerpa.tiba-tiba rasa kelam.tiba-tiba rasa semalam datang semula.tiba-tiba rasa sedang benar-benar di ambang murka Dia.

pastinya yang terakhir sekali membuat diri terasa sangat loser.tercarik-carik.takut AMAT.

perasaan.

yang kadang-kadang buat kita terasa kita tak mampu nak mengejar syurga Dia.terasa jauh sangat nak mengejar mereka yang jauh lebih hebat,lebih mantap,lebih thiqah.

mungkin bila sudah diserbu perasaan yang macam-macam,kita lupa tentang kehebatan rahmat Dia.kita lupa kisah si pembunuh 100 orang.kita lupa segala macam fadhilat & amalan yang mampu menebus dosa-dosa kita,inshaAllah.kita lupa Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

kita jadi dirundung sedih berlebihan.putus asa.

dan kerana itu kadang-kadang,

saya merasakan saya amat perlu mereka ada di sisi saya.

keluarga utamanya.

dan teman tak kurang utamanya.

teman yang akan menyebut seperti ini;

"kenapa kita sedih tiba-tiba?"

"sebab Dia nak kita mengadu pada Dia"

dan teman yang akan memeluk tubuh.cukup dengan sekadar pelukan.sudah terasa macam luruh semuanya.walaupun kadang-kadang,saya mengkelaskan diri sebagai seorang otai (katenye) siapa mampu lari dari fitrah perempuan kan.

dan kerana itu saya rela berjumpa mereka,walaupun terpisah 2 negeri.semata-mata mengharapkan satu pelukan itu.walaupun mungkin mereka berasa ada sesuatu yang saya harapkan (pengisian or what not),satu pelukan itu pun sudah syukur amat.

kerana mereka antara cebisan hati saya.saya perlu mereka selalu di sini (hati)

saya perlu mereka.untuk jadi teman.teman yang akan meyakinkan diri.jalan menuju Dia tak akan sunyi.tak akan pernah ada istilah putus asa dari rahmat Dia.bahawa cahaya saya belum sampai masanya lagi untuk malap.saya masih punya nyawa untuk diperjuangkan.saya masih punya kesempatan untuk dimanfaatkan.saya masih punya kudrat untuk digunakan.

bukan hanya untuk diri sendiri.

mungkin sebab saya anak perempuan tunggal,maka mereka umpama darah daging sendiri.Dia lebih tahu :)

maka tak heran kalau ada si dia yang akan berdating dengan si dia,saya akan cemburu tahap 8.terasa seperti berebut kasih sayang putera raja dengan Cinderella (over).

dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(8:63)

walaupun kita berlainan madrasah di awalnya.namun kita telah menyatu di madrasah ini (DnT) inshaAllah.Tuhan saja yang Maha Tahu segala isi hati.dan kepada Dia juga lah kita menyerahkan segala.permohonan.harapan.hari esok.

Allah jua yang memasukkan malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memperkenankan pemohonan kamu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tiada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha mendalam pengetahuan-Nya (35:13-14).

pasti ada hikmahnya Dia mentakdirkan saya bertemu mereka hanya pada waktu belakangan ini.lalu jangan dipersoalkan kenapa tidak lebih awal lagi :)

dan saya terasa Dia mentakdirkan saya untuk melihat video ini malam ini;


Dia sangat sweet kan? :)
sebab kadang-kadang kita lupa.
kita sentiasa ada Dia.


1146 malam.
sudah tidak berduka lagi.

p/s: puasa & AQ,keduanya perlu bergerak seiring.kerana kedua-duanya inshaAllah akan membantu kita di sana nanti.juzuk berapa sudah? ;)

Saturday, September 4, 2010

Penyambut tetamu 7 ketul.

Saya selamat sampai di rumah jam 4 petang semalam.Turun bus stop,diambil oleh adik handsome,Aiman (phew).Girang-girang.Iftar bersama seluruh keluarga kecil kami.Puas menatap Adam bolat,dahi luas,rambut halus.

Sehari sebelum 3 Sept,saya telah menghabiskan masa sebelum balik kampung bersama adik-adiks.Muchas gracias sebab membuatkan Kakak Anis berasa seperti punya adik kandung seperti kamu semua.Untuk Intan,Atul,Hafsah,Mira & Qatrin.(ps:Mira,halalkan lah hutang cepuk kita tu.Haha.Tak tahu kenapa nervous tiap kali Mira cakap "K.Anis,hutang tak setel lagi").Saksi kejadian,tolong jadi benteng tempat menyorok kita.

Oh,rumahku syurgaku!Cuba teka apa terjadi sesampainya saya di rumah?(Jeng,jeng,jeng!)

Bukan jatuh longkang,bukan jatuh motor,bukan dingurat jiran sebelah.Bukan,bukan.

Dalam kotak anak kucing saya dah ada 7 ketul makhluk berbulu yang mengiau-ngiau nak keluar kotak!Whoa!

Kaget.Sudikah kamu semua berkongsi kasih ku ini?(dengan kucing pun layan,cepuk sebijik)

Ini menjadikan total mereka dicampur dengan generasi kucing veteran,pertengahan dan muda,semuanya 14 ekor.Pengsan Mak nak bagi makan.Makanya,tidak bolehlah keluar rumah berhari-hari meninggalkan mereka.Kelak nanti,ada yang kebuluran.

Hari ini,insyaAllah akan pulang ke kampung di Johor.Atas permintaan Ayah.Tapi mungkin tak lama.Esok atau lusa,pulanglah saya.Jadi,jangan rindu.Haha.

1 gambar drama sejam sebelum saya pulang Perak.Semua pakat sedih nak balik macam tak jumpa dah habis cuti nanti.Drama betul :p



Gambar diambil dari blog Cookie Suria.Arigato!
Haruslah saya yang kemetod walau hakikatnya,saya tinggi dari Syairah.

Cintailah Ramadhan sehabis cinta,dakaplah ia sekuatnya,
ia sudah hampir ke nafas terakhirnya.
Jangan dikesali nanti.

Sunday, August 29, 2010

BerUbat.

Apa lagi nak dikata,saya tenang,senang,lapang,jiwang,Alhamdulillah!

USIM & UIA,tak mampu diucap dengan kata.Hingga rasanya,kalau lah ada program exchange student,nak volunteer dulu.Terawihnya lapang,kuliahnya hikmah,pelajarnya suka dipandang.Atiqah pun banyak mengisi jiwa.Makin mantap dia.Yo,yo!Oh,ziarah Ramadhan kali ini benar buat saya gembira.Walaupun saya ada test lusa.Oh,tak nak ingat!

Pak Cik Rapid,arigato belanja saya naik bas tadi.Pak cik guard UIA,terima kasih tak cek student card saya.Allah,Engkau lah yang telah melapangkan segala urusan ziarah saya kali ini & mempertemukan saya dengan insan-insan yang hebat,masyaAllah.Saya menunggu masa berputar hingga membawa saya ke satu persimpangan.Untuk saya belok atau memilih jalan lurus.Stop!

Untuk berlagak seperti tiada apa-apa,memang nampak seperti tiada apa-apa.Untuk merasa seperti tiada apa-apa,itu adalah pedih.

UIA=Universiti Ini Anugerah.


Friday, August 27, 2010

Bina peta.



Pilih,pilih.Kiri atau kanan.

Simpang jalan yang perlu kita masuk kadang kala boleh buat kita kalut.
Bila mana kita tidak tahu peta destinasi tujuan.
Kita jadi kalut di saat perlu membuat pilihan.
Simpang A atau B?
Jalan terus atau belok?
Atau lebih buruk,kita mengalah dan berpatah balik.
Buntu,kerana benar kita tidak tahu peta jalan tersebut.
Mahu guna GPS,tapi jika jalan under construction?
Petanya sudah tidak sama bukan?

Itulah realiti.
Jika hidup tanpa matlamat.
Kita akan kalut membuat keputusan.
Kekalutan yang sebenarnya membunuh matlamat sebenar hidup.
Kita menjangka bantuan tiba dapat menyelesaikan kebuntuan.
Kita menjangka wasilah itu akan menyelamatkan kita selamanya.
Kita merasa 'GPS' mampu menyelamatkan kita dari tersasar.
Lalu mahu bergantung sepenuh jiwa pada bantuan.
Tapi,lihat diri kita.Lihat 'pemandu kereta' jiwa.
Mampukah selamanya bergantung pada bantuan,pada pimpinan,
sedangkan kita tidak mampu memimpin diri.
Tenggelam dan hanyut,tertipu dengan bayangan nikmat sementara.
Sudah cukup bersediakah dan matang membuat keputusan?
Sudah penuh ilmu di dada untuk membentuk diri dan ummah?
Sudah sempurna 'peta' panduan hidup kita?
Sudah yakin kita mampu melahirkan ummat Muhammad yang soleh?
Abdurrahman dan Abdullah.

Lalu Anis,bangkit dari angan-angan tolong.
Sesungguhnya,banyak jiwa-jiwa muda darimu yang lebih teratur 'peta kehidupannya'.
Jelas matlamat,teguh jiwanya.
Mahu persoal lagi,apa kau mahu dari hidupmu?
Cinta,syurga,nikmat,redha.

ps:Teringat insiden kami bila seorang ukhti selalu tersalah belok simpang,ilham tu :D

Wednesday, August 25, 2010

Tudung awak,maruah saya juga :)

Pernah tengok budak umur 4 tahun pakai tudung?Dia pakai tudung,setengah jam kemudian tengok tudung tu dah jadi barang mainan.Dia peraga gaya ini,gaya itu.Lebih buruk lagi kalau tudung tu terbang ke kepala adik lelakinya.Lepas tu bila kita ambil gambar,dia teruja dulu.Oh haruslah saya ada pengalaman menyaksikan sendiri aksi-aksi sebegitu.Saya kan punya model cilik.Haha.

Sebenarnya saya pun pernah peragakan adik lelaki saya dengan skirt lama saya lengkap dengan tudung.Haha.Kasihan Aiman.Moga dia tak ingat langsung insiden itu.Eh?Macam kuah dah tumpah ke nasi pula kan.Tapi,bukan kuah kari dari periuk asal,ini kuah tumpah dari periuk sebelah.Sebab yang mewarisi perangai itu adalah anak saudara kepada empunya badan.(cantiknya analogi kau)

Yeah,hari ni kita cerita tudung.Saya separa jiwa shopping tudung.Kalau dulu,saya mesti cari tudung yang banyak bunga atau warna-warni.Nak jadi objek bergerak katakan.Biar orang tengok,cantiknya bunga kat kepala awak.(sebab tak boleh selit bunga kat telinga macam orang dulu-dulu,dapat tudung bunga pun jadi).Tapi,itu motif saya pakai tudung ke?Untuk jadi peragawati bunga bergerak?Tabarruj?Apa tu?

Dulu juga,waktu zamam kecik-kecik,darjah 1 katakan,baru mula pakai tudung waktu pergi sekolah agama.Sebelum menyarung anak tudung di kepala,saya pun menyikat ramose dengan sekata ala-ala heroin Korea.Habis dahi sejemput ditutup rambut.Habis tak nampak dahi luas.Lalu,tudung pun disarung.Dengan gembiranya mula berkayuh basikal ke sekolah.Kelas mula je,Ustazah pun cakap,kita ni perempuan kena tutup aurat,dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan,rambut pun tak boleh nampak.

Dengan pantasnya sepantas Superman menyelamatkan Louis Lane,si kecil itu menyembunyikan segala yang ada di dahi ke dalam anak tudung.Oh,malu seribu!Rupanya saya tak menutup aurat dengan sempurna.Lalu,bagaimana Islam itu mengajar kita sebagai perempuan untuk menutup aurat secara sempurna?

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlahkamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".(Surah An.Nuur:31)

Ya,dengan menutup seluruh tubuh kita dengan pakaian yang longgar & tidak jarang,dengan bersarung kaki,dengan tudung menutup dada.Biarlah tudungnya benar-benar menutup badan kita dari menampakkan bentuk-bentuk yang tidak sepatutnya.Islam tu tak susah,Islam tu tak complicated,bah kan Islam itu memelihara kita dari pandangan mata-mata kotor,memelihara kita dari fitnah.Islam itu menjaga & melindungi.Bukankah itu yang kebanyakan wanita mahukan?Untuk dijaga dan dilindungi.Nah,Islam dah beri pun nikmatnya ;)

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah Al.Ahzab:59)

Nak tak kita sama-sama kikis karat jahiliyah kita ni dengan minyak gris taqwa?Jom,beli taqwa di kedai Ramdhan ni dengan melabur secara menuntut ilmu dan praktis amal.Jom!16 Ramadhan sudah.Di takuk lama lagi Anis?Oh,come on!

Friday, August 20, 2010

Sesi merapu lagi,yea!

Assalamualaikum kawan-kawan!

Oh,Ramadhan ini sangat indah.Ramadhan seperti tahun-tahun sebelumnya yang meneguhkan kasih sayang sesama kami di sini.Kami kan anak perantauan juga walaupun jarak tak berapa jauh untuk yang tinggal di Perak ini ;) Saya gembira,sangat gembira bila masih lagi diberi nafas untuk mengecap ini semua.Kakak usrah yang baik,yang sanggup mengambil & menghantar kami ke Masjid Negeri untuk solat tarawikh,kawan-kawan tadarus,kawan-kawan bazaar dan kawan-kawan shopping baju raya.Oh,semuanya baik belaka.Semuanya mahu kejar amalan baik Ramadhan ini,insyaAllah.Semalam kami jumpa Kak Fatimah Syarha,suami & anak mereka di masjid.Macam tak percaya tapi percayalah.Tenangnya wajah mereka.Wajah saya tenang tak?Hoho.Sah la balik-balik hostel,kami mula buka topik nikah.Almost hari-hari kot.Matangnya tidak juga.Haiyo.





Mak saya di rumah juga begitu.Hampir setiap hari dia dan geng mengajinya akan bertadarus di masjid.Saya cemburu,di usia separuh abad,dia masih kuat lagi.Malu kita yang muda bertenaga ini jika tak mampu khatamkan Quran bulan ini.Pasti nanti kita rindu suasana ini lagi.Sudah 10 Ramadhan kawan-kawan.Masih kita punya waktu mahu pecut 100 meter untuk kejar ibadah?Anis,bangun,jangan asyik tidur lagi.

Kami sudah merancang menyimpan duit.Hujung tahun ini,banyak kenduri yang kami nak pergi,insyaAllah.Di Kedah/Penang,di Bidor and kalau punya rezeki,Langkawi sekali,wuhoooo!Serious,saya cinta adik-adik & kawan-kawan saya di sini.Mereka selalu buat saya ketawa sendiri bila mereka mula bergaduh pasal makanan & etc.At least,ada juga masa yang saya rasa saya sudah cukup matang berbanding mereka.Haha.Yea,boleh nikah!(gedik)

ps:Saya rasa nak demand suami pandai masak,bulan puasa nanti saya nak makan masakan insan bertuah itu saja (siapa?siapa?).Haha.Bak kata adik saya,Atul,kalau mahu yang soleh,jangan lupa solehah kan diri.Tapi,saya nak mengada bulan puasa je,okay,terima kasih :)

Minta maaf,nanti saya cuba tak merapu lagi.Hehe.

Tuesday, August 10, 2010

Terbaik!

Esok puasa,esok puasa!Hoorayyy!Ok,malam ni semua turun tarawikh,mulai malam ni,semua harus berebut-rebut bangun qiyam,mulai malam ni,semua harus melipat-gandakan bacaan Al-Quran.Dan peringatan untuk Anis Shafikah,sila jangan rambang mata di bazar Ramadhan.Ayuh!Daftarkan diri di Madrasah Ramadhan limited edition (semangat macam budak 7 tahun baru daftar sekolah)

Terima kasih untuk semua kawan-kawan yang menjaga saya sepanjang saya demam tempoh hari.Untuk roomate saya yang matang walaupun muda,untuk gang-mates (hey,assabiyah apa) & semua lah.Saya sayang kamu!Untuk Mak juga,Mak yang hari-hari kalau boleh nak call.

Izikan saya mencoret diari saya hari ini di sini
(over minta izin kat blog sendiri)

Kami baru selesai menghadiri Seminar Harta Intelek di Hotel Blue Wave Shah Alam.Jangan tanya saya apa saya dapat melainkan makanan yang superb-yummy-jilat jari-nak lagi.Haha.Bukanlah.Banyak sebenarnya ilmu bermanfaat yang kami peroleh.Sangat berguna ok ilmu harta intelek ni.Boleh try Google tengok.Nanti kalau kamu-kamu ada design apa-apa,nak copyright,nak industrial design,nak patent,meh upah saya jadi penasihat (bijak sangat la tu?).Saya sangat suka video korporat MyIPO.Rasa nak tengok banyak kali.Selesai bab harta intelek.



[video korporat MyIPO lagi superb :D ]

Malaysia akan mula berpuasa secara rasminya esok.Semua orang teruja di malam 1 Ramadhan.Keluarga Kampung Tersusun pun tidak ketinggalan mahu menyertai tarawikh di masjid.Mak baru sahaja menelefon (Mak,rindu kita kan? :p ) Mak suruh ke klinik lagi memandangkan suara sudah jadi serak.Tapi anak bertuah bijak mencari helah mengelak daripada berjumpa si Doktor.

"Uih Mak,klinik tu banyak virus,ramai orang sakit kat situ,tak nak pergi lah"

Jangan tiru aksi ini.

Okay,itu saja mahu bebel di episod kali ini.Selamat study untuk Juris esok kawan-kawan!

Thursday, September 17, 2009

Happy Eid in advanced!

Di saat sibuk-sibuk nak pack barang juga akibat iri melihat Hafsah mula bersiap dan berangkat,iri juga kerana alih-alih saya juga orang terakhir meninggalkan rumah ini,telefon Wonderpet pun menjerit.Berlakulah perbualan jejak nur kasih antara saya dan Zilawati.(walaupun sudah hampir 2 tahun setengah tak mendengar suaranya dan saya yang tidak menyimpan no fon beliau,sedikit bangga kerana saya masih cam lagi gaya suaranya,syukur!)

Zila:Ni nak tanya cikit ni?Awatnya duk cakap Kedah pekat sangat ni?
Anis:Haa?Bunyi Siam eh?tu lah,lama dah tak praktis nih lama dah tak cakap ngan hangpa ;p

Seriously saya mahu belajar cakap Utara dengan baik dan menghilangkan sisa-sisa Siam tersebut.Sedari zaman matrix lagi slang nya tetaplah sama.Baiklah,harus bersiap ke class terakhir sebelum Raya.Bas saya 730 pm,anyone nak jadi teman berbuka di dalam bas?



ini semua buku Hafsah,dia sangat rajin,contra saya.

salam perantauan tak berapa nak merantau;



Happy Eid everyone!Maaf zahir batin dipohon.Moga Ramadhan yang dilalui memberi 1001 kepuasan dan menjadi Madrasah kesabaran paling hebat!Selamat pulang ke kampung masing-masing dan jangan lupa,final nak dekat.Haruslah membawa buku-buku pulang walau usikannya belum dijamin.(kalau ada apa-apa nak claim,sila jangan malu dan segan)

Saturday, September 12, 2009

"Not a nice ending"

Saya punya date bersama mereka,soulmates jiwa raga sejak 8 tahun yang lalu (Hana,sila jealous :p ).Juga perlu menghantar Husna pulang ke pangkuan Ustazah Zainab setelah seminggu berkelana di teratak buruk kami.Raya!Raya!Raya!Kecik-kecik dulu,melompat nak beraya.Tapi,sejak 2 3 tahun ni,semangat tak cukup umur tu nampaknya makin tak terasa.Sebabnya,wallahua'lam.Walaubagaimanapun,hari ini jom ikut shopping raya ke Masjid Jamek.Wah,kenapa jauh sangat?Sebab,sebab,sebab,cinta hati saya sudah mengirim sesuatu.Walau tak diucap secara direct,tapi saya cukup mengerti isi hatinya.Mak,saya akan cari jubah Aida Radzwill sampai jumpa!insyaAllah.Alesha and Adam,kamu berdua jangan lupa kewajipan sebagai penyambut tetamu bila VVIP ini pulang 17 Sept nanti ya! :D (rasa nak pengsan excited nak jumpa Adam yang khabarnya semakin sehat,pipi chubby kah?)

"Not a nice ending"

Anda,saya minta maaf untuk semuanya.Banyak rupanya perkara yang masih belum saya perbetulkan.Opps Sikap saya nampaknya kurang 'saman'.Selalu saja kenderaan emosi saya terbabas hingga ICU menjadi medan perhitungan kita.Lalu mesin Cardioscan kita seakan menyerah bila degup jantung saya mengalah.Saya insan lemah,maafkan.Saya perlu menjemput Aizawa-sensei mungkin.Sensei!Antara dua pilihan,antara hidup dan mati.

Ok,post mengarut.Sekian.Off dulu ke group discussion dan replacement class.Ayuh semangat!

Monday, August 31, 2009

Santapan Ramadhan.

Aku menjadi saksi tumpah air matanya,
Di rumah Allah itu dia bergenang,
Hatinya bergetar hebat takutkan azab Tuhan,
Hingga aku yang leka terpanggil sama merasa hebatnya Tuhan,
Asbabnya syirik,penyakit hati,
"Kita sangat takut kalau-kalau di hadapan Allah nanti,Allah tolak semua amalan kita",
Hisnul Muslim dibuka,doa dihafal,
Mengimani Allah itu Maha Pengampun,Maha Penyayang,
Tiada yang lebih menyayangi diri ini sehebat kasih sayangNya,tiada.
Renungkan sejauh mana balasan cinta kita,bagaimana?

Syirik,itu antara isu yang dikupas Ustaz dalam Daurah kali ini.Bukan tajuk besar tapi impaknya terasa hingga kini(harapnya terus-terusan jadi tazkirah diri).Kita sedia maklum,adanya syirik besar yakni melalui perbuatan menyekutukan Allah yang berlaku di dalam hati.Ia melibatkan kepercayaan kata Ustaz.Manakala syirik kecil pula yakni amalan yang membahagikan bahagian kepada Allah dan makhluk,dipendekkan cerita,riya' tergolong dalam golongan ini.

Mengapa takut?Mengapa menangis?Kerana penyakit hati ini sukar sekali dikesan.Tidak melalui x-ray,tidak melalui scanning,tidak melalui mikroskop atau segala.Ia hadir tanpa kita sedar.Terkadang situasi membuatkan kita alpa.Bila ilmu ditimba kelihatan banyak,bila pujian datang menderu,bila istilah "Enti ni masyaAllah solehah ya" dilempar,hati mendabik sendiri.Jiwa mula rasa berbaloi atas segala usaha.Namun sedarkah,dari mana datangnya semua ini?Sedarkah siapa Pemilik diri?Siapa Penguasa segala?Milik siapa ilmu ini?Kalau tanpa nikmat umur yang dipinjamNya ini,mampu kau mengecapi ini?Ya Rabb,hina aku,hina amalanku,untuk apa hidupku andai penyakit ini tak dapat aku bendung.Rasanya mengubat penyakit zahir boleh jadi lebih mudah langkahnya berbanding penyakit dalaman yang lukanya tak berdarah.

Aku mengerti gelora jiwanya yang membuatnya menangis.Dia memang diuji dari pelbagai arah.Namun,kelihatannya seperti ujian ini yang paling ditakutinya.Aku jadi insaf,takut,bergetar hebat jantung.Ada sesetengah kelebihan yang Allah anugerahkan itu tidak lain hanyalah berupa ujian untuk kita.Bijak,cantik,harta,nama,keturunan,adakah kita mengembalikan segala puji hanya pada yang Berhak?Atau di dalam hati berbisik,"Comelnya,bijaknya,bangganya aku"?Tahukah kita,sedetik saja terlintas di dalam hati mampu mengundang bencana?Takutlah kerana dosa syirik bukan mainan.Azab Allah takkan mampu ditepis.Istighfar Anis,istighfar.Jadinya,sebelum membuka bicara untuk memuji seseorang,ingatlah,redhakah teman kita andai kita memujinya?Redhakah dia andai kita yang membuka pintu hatinya menjurus ke arah riya'?Kerana fitrah kita lemah,mengelak dari merawat langkah yang bijak.Simpan saja pujimu,simpan saja kagummu.Elakkan diri dari mengagumi hingga membuka pintu hati yang suci menjadi berpenyakit.(Peringatan untuk diri yang selalu saja mengagumi dan memuji-muji kelebihan insan lain).Ini ada satu hadith:

Dari Abu Hurairah Radhiyallaahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda;"Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu kerana hal itu lebih patut agar engkau sekalian tidak menanggap rendah nikmat Allah yang telah diberikanNya kepadamu".(Muttafaq Alaihi)-Nah,Allah dah mengatur,meletakkan setiap kita dengan jalan yang sebaik-baiknya,apa lagi yang kita ragui dengan kasih sayangNya?

Cantiknya,rupawannya wajahmu,biarlah menjadi mahar hanya buat suamimu.Kata Uztaz yang aku ingat lagi hingga kini,"Kenapa nak bagi orang tengok muka cantik-cantik?Orang ke yang bayar mahar/mas kahwin kita?".Dihalalkan kita untuk suami,menyerahlah hanya pada yang berhak.Bijaknya,cerdiknya akalmu,pinjaman dari siapakah?Andai Dia merenggut nyawamu,mampu kau mendabik lagi?Tingginya,harumnya namamu,sekali musibah mendatang,pada siapa kau berlindung dan kembali?Insaflah diri,rasanya sudah tak tertanggung dosa 21 tahun hayat ini.Maafkan aku jasad andai aku gagal membentuk hati.Tak mahu aku menzalimi kamu lagi.



DQ Al-Widdan,jzkk Ummu Aisyah atas perkongsian dan jubah yang cantik itu,Alhamdulillah.

p/s:Kawan-kawan,sentiasa berpesan-pesan pada diri yang mudah lupa ini :(





Saturday, August 22, 2009

Jodohku di Masjid Negeri :D



Kad jemputan ini,



Dan di tempat ini,

Apakah signifikannya?

Saspen?Sudah sampai masa aku?

Ya,sudah ditakdirkan jodoh pertemuan ditetapkan di azali lagi.

Telah ditetapkan juga aku bertemu Nasrul yang comel,si adik 5 tahun.Tak henti-henti membahasakan dirinya sebagai adik.Ditarik tangan ini mengikutnya.Ramahnya jangan disangkal.Waktu ibu-ibu bertarawikh,dia buka port di belakang.Kanak-kanak,merekalah antara yang meriah ke solat tarawikh :)