Tuesday, August 10, 2010

Terbaik!

Esok puasa,esok puasa!Hoorayyy!Ok,malam ni semua turun tarawikh,mulai malam ni,semua harus berebut-rebut bangun qiyam,mulai malam ni,semua harus melipat-gandakan bacaan Al-Quran.Dan peringatan untuk Anis Shafikah,sila jangan rambang mata di bazar Ramadhan.Ayuh!Daftarkan diri di Madrasah Ramadhan limited edition (semangat macam budak 7 tahun baru daftar sekolah)

Terima kasih untuk semua kawan-kawan yang menjaga saya sepanjang saya demam tempoh hari.Untuk roomate saya yang matang walaupun muda,untuk gang-mates (hey,assabiyah apa) & semua lah.Saya sayang kamu!Untuk Mak juga,Mak yang hari-hari kalau boleh nak call.

Izikan saya mencoret diari saya hari ini di sini
(over minta izin kat blog sendiri)

Kami baru selesai menghadiri Seminar Harta Intelek di Hotel Blue Wave Shah Alam.Jangan tanya saya apa saya dapat melainkan makanan yang superb-yummy-jilat jari-nak lagi.Haha.Bukanlah.Banyak sebenarnya ilmu bermanfaat yang kami peroleh.Sangat berguna ok ilmu harta intelek ni.Boleh try Google tengok.Nanti kalau kamu-kamu ada design apa-apa,nak copyright,nak industrial design,nak patent,meh upah saya jadi penasihat (bijak sangat la tu?).Saya sangat suka video korporat MyIPO.Rasa nak tengok banyak kali.Selesai bab harta intelek.



[video korporat MyIPO lagi superb :D ]

Malaysia akan mula berpuasa secara rasminya esok.Semua orang teruja di malam 1 Ramadhan.Keluarga Kampung Tersusun pun tidak ketinggalan mahu menyertai tarawikh di masjid.Mak baru sahaja menelefon (Mak,rindu kita kan? :p ) Mak suruh ke klinik lagi memandangkan suara sudah jadi serak.Tapi anak bertuah bijak mencari helah mengelak daripada berjumpa si Doktor.

"Uih Mak,klinik tu banyak virus,ramai orang sakit kat situ,tak nak pergi lah"

Jangan tiru aksi ini.

Okay,itu saja mahu bebel di episod kali ini.Selamat study untuk Juris esok kawan-kawan!

2 comments:

abdus solehin said...

ceh..pandai2 je.kalo kt klinik tu byk virus,x yah wat klinik la camtu.nnt org lg sakit.bkn lg baik.hehe..owh..poskad bleh jd harta intelek x?camne nk patentkan? :D

Anonymous said...

take care n stay healthy especially during fasting month =)