Friday, August 29, 2008

"betapa jahilnya saya di waktu itu"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


title:ceramah pra-ramadhan
venue:kolej jati,uitm shah alam
date:28th of august 2008
by:prof. muhd kamil ibrahim (director of uitm johor)

last night,Alhamdulillah,i have the energy to follow my naqibats (k.farah & k.izzati) together with my cute friend (it's true that she is cute) syairah to the boy's hostel (dun't get wrong of us :P ) for the kuliah pra-ramadhan.even that evening i though about my group work which doesn't complete enough to be submitted by the next day,i pray that Allah will help me,makes easier for me since i am really excited to go there (ana x dpt ikut k.farah this weekend to rumah kapten hafiz firdaus,so i hope it can be a replacement for me as my pengisian,insyaAllah).

we arrived there around 9.00 pm and there were not much people already arrived.somehow i talk to k.farah "rugila diorg x turun,khemah sebelah je ngan hostel diorg".k.farh agreed with me and i hope that in another minutes the muslimin will full up the blank chair.Alhamdulillah,x smp 10 minutes,a group of boys came down and the khemah pun semakin full with people.the moral is "don't make a melulu judgement :) "

the professor already arrived and the chairman invite him to start his talk.generally,he doesn't really touch much about the ramadhan.he talked about his journey in life which open my eyes and heart about the greatness of Allah.he always repeat the words "betapa jahilnya saya di waktu itu" since he only learn to recite the Holy Al-Quran in the age of 40.remind you "don't make a melulu judgement :)".

these are among the words that i still remember from last night,not really his words,it is mere summarizing his story :p
"disebabkan saya t'lalu b'keinginan utk m'peroleh jawatan profesor,saya bgn setiap pagi pada jam 2.30 dan bersolat hajat,meminta pada Allah agar diperkenankan permohonan saya,dipermudahkan urusan saya.dan Alhamdulillah,setaelah 8 bulan saya b'solt hajat setiap hari,memohon kpd Allah utk m'dapat jawatan profesor,Allah m'kabulkan doa saya.bukan setakat itu,malah saya diberi tunggakan gaji sebanyak rm80,000.(he ask for just one thing,but Allah double blessing him and give him more :)
dan t'keluar dari mulut saya selepas itu mengajak isteri saya mengerjakn haji di Mekah".dalam hati beliau pada ketika itu sgt takut pd Allah since he didn't know how to recite Al-Quran.lantas beliau menambahkn ibadatnya di mlm hari dgn solat taubat dan tahajjud beserta b'monolog dgn Allah kira2 2 jam,menangis,m'abdikan diri,meminta agar Allah m'permudahkan urusannya m'pelajari cara m'baca Al-Quran sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci.setiap malam beliau b'doa,dan Alhamdulillah..sekali lg Allah m'kabulkan doa beliau dgn m'hantar perantaraNya,seorg hafiz Al-Quran utk mengajr beliau membaca Al-Quran.



there are a lot of other interesting story while he performed his haji where you can read it by yourself at http://muhdkamilibrahim.net/kehidupanku (if i am not mistaken).i will check again in my 'kitab' to conform it.the moral of his story,
"serahkanlah seluruh jiwa ragamu dlm urusan seharianmu kepada Allah and let him decide what is the best for us+b'sungguh2la ketika berdoa,khusyukkn hati dan spesifikkan doa kita+ilmu tidak mengenal usia dan jgn biarkan perasaan malu m'colonised hati kita+bertindak mengikut akal yg sihat".

di kesempatan ini,i wish you 'SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMULIAAN,RAMADHAN AL-MUBARAK".sama2lah kita m'pertingkatkn amalan dan potensi diri agar lebih baik dr Ramadhan sebelum ini.jgn lupa tarawikh! :)also i want to give a big hug and say a never ending 'thank you to fairuz for supporting me :)thanks to you too angah (^^,)

p/s:i am eager to go back to my home this night.can't wait anymore.really2 excited.yosh! *sambil melompat (promote diri :p )




~correct me if i am wrong :)

Wednesday, August 27, 2008

Asas Dalam Mencari Tuhan
dipetik dari www.iLuvislam.com
oleh: salaf_arRazz



Who’s God?
Apakah wujud tuhan?
Siapakah tuhan itu? Bagaimanakah tuhan itu?

Soalan yang menarik. Kerana apa? Kerana kita telah dilahirkan dengan satu ‘pakej beragama’. Maksud saya, bukan diatas kehendak kita sendiri, tetapi kita telah ‘diberikan’ oleh ibu bapa kita dan di dalam sijil kelahiran kita 'Islam' itu. Kita ‘dipaksa’ untuk beragama dan bertuhan tanpa kita mengetahui sesuatu mengenainya. Jadi, apakah itu agama? Dari situ lahirlah soalan-soalan seperti di atas. Mencari jawapan tentang sesuatu yang sangat penting; Tuhan! Menarik bukan?

Oh my God!!! Oh Goshh!!
God, damn it!! Allah, terlupa pula!!! Allah, macam mana aku nak buat ni?? Ya Rabbi...apa nk jadi dengan ko ni usop…

Secara tidak sengaja, kita mengenal DIA. Itu pun daripada leteran ibu dan ‘bahasa gaul’ kawan-kawan di sekeliling kita. Tapi, berbalik semula kepada soalan-soalan di atas, siapakah Tuhan? Adakah Tuhan itu wujud? Bagaimanakah bentuk Tuhan itu?

Kawan-kawan,
Satu strategi canggih yang diajarkan oleh seorang guru dalam usaha kita untuk mengenal dan mengetahui tentang Tuhan ialah : Tidak ‘membayangkan’ dan ‘menciptakan’ imej tuhan itu dengan fikiran kita sendiri. Kenapa saya mengatakan strategi ini canggih? Kerana strategi ini sesuai untuk semua agama, semua bangsa, semua manusia yang ‘teringin’ untuk mengenal dan mencari tuhan mereka.

Kita tahu Tuhan itu wujud. Kalau ada yang berpendapat ‘Tuhan’ itu tidak wujud pun, saya yakin sekurang-kurangnya kita semua sepakat dan tahu ‘pencipta’ itu wujud. Jadi, apakah bentuk pencipta itu? Bagaimanakah dia? Melalui strategi tadi, kita diajar supaya jangan me’reka’ iaitu mencipta sendiri sifat tuhan. Kenapa? Kerana fitrah kita sebagai MANUSIA, fikiran dan ciptaan kita tidak akan lari daripada apa yang kita pernah lihat, pernah rasa, sentuh, bau dan sebagainya. Adapun yang berbeza dan ‘sedikit asing’ juga berputar-putar di dalam lingkungan idea cetek manusia ini. Asing bagaimana sekalipun ciptaan kita itu, ia tetap diberikan mata, tangan, sesungut (antena atas kepala), kaki, badan, ekor dan sebagainya. Jadi Tuhan ataupun ‘pencipta’ yang hebat itu tadi akan tercemar kehebatannya dan tercemar sifat agungnya dengan fikiran dan rekaan kita itu tadi. DIA akan disifatkan seperti apa yang kita biasa lihat di sekeliling dan sekitar kita. Maka tuhan akan berbentuk seperti manusia. Orang yang kulit gelap akan ‘menggelapkan’ tuhan mereka, yang berkulit putih akan ‘memutihkan’ tuhan mereka, yang bermata kecil akan ‘mengecilkan’ mata tuhan mereka. Ini tidak adil. Tuhan bukan begitu! Masakan seorang yang berkulit gelap ingin bertuhankan tuhan yang berkulit putih? Akan timbul ‘inferiority complex’ dikalangan mereka nanti. DIA tidak boleh dibentuk,direka dan diciptakan oleh manusia, kerana manusia itu cetek ideanya.

Jadi, bagaimana? Bagaimanakah Tuhan itu?

Biarlah DIA sendiri yang memperincikan dirinya. Dimanakah ingin mendapatkan sifat-sifat itu? Carilah di dalam kitab agama masing-masing. Buanglah sifat sebahagian orang yang katanya beragama tetapi tidak pernah mengkaji agamanya dan tidak pernah membuka kitab daripada Tuhannya. Hanya namanya ‘muslim’ tetapi tidak pernah membuka buku panduan iaitu kitab suci Al-Quran. Kalaupun pernah membuka dan membacanya, tidak pernah membaca makna dan mengambil isi-isi yang terdapat di dalamnya dengan alasan bahawa kita tidak boleh membaca makna kerana kita tidak belajar ilmu-ilmu agama, nanti sesat. Jadi kita hanya membaca tulisan Arab sahaja tanpa mengetahui maksudnya. Alangkah ruginya bahasa itu tidak dimengertikan di dalam bahasa kita, alangkah ruginya kitab itu diciptakan….

Tuesday, August 26, 2008

am i bad??uhuw~



tertanya diri ini,bermonolog dlm hati.."terukkah aku ni?"
sejak 2 3 minggu ni,aiseh..terase sayu je hati ana ni.maybe byk wat salah dkt org kan.tp ana sebenarnya cuma mengelak dari terus melukai hati orang.salahkah ana memilih jalan itu,merelakan kesedihan kecil sebelum kesedihan besar melanda.terasa diri ini sudah ckup zalim dan hati kecil ana memberontak "i want to choose the way that i am happy with it".

relakanlah ana temanku..ana hanya ingin mencari scebis ketenangan bersama insan2 yg ana rasakan boleh membantu ana memperbaiki diri.sedih..sayu..pilu..tercarik rasa hati ini kadangkala namun lantas dikuatkan dgn semangat "you'll never walk alone,He will always accompany you..roger!"siapa yg tidak syg pada temannya..tetapi pabila diri ini telah melukai hati temannya,terasa malu utkku berhadapan,pura-pura seolah-olah tidak pernah terjadi apa di antara kami.mengertilah teman,ana tetap syg padamu walau kita tidak seperti dulu lg.maafkan ana kerna memilih jalan ini,diharpkan membawa kebaikan utk kita bersama.jalan yg ku pilih ini adalah datang dari rintihan hatiku utk memperbaharui diriku..correct me if i am wrong~

Sunday, August 24, 2008

mish ma home.uhuk~

count for da days..almost one month ana tidak melihat my mom's face.uhuw..mish her damn so much..(aku mau pulang=versi akustik).disebabkn oleh kursus tot b4 ditauliah sbg sesesorg yg akan menabur jasa pada uitm,cuti mid term pun rela ana korbankan (smgt patriotik yg br dipupuk.hee~)

ana m'plan ingin pulang wiken ini,ingin menatap wajah bonda sebelum ramadhan,moga terubat rindu di hati (tibe2 giwang,*t'senyum sendiri*).tetapi mr.afifi yakni abangku yg garang (hehe..garang sgt 2) telah m'cuakkn ana dgn brite kununnya tiket habis.heh..x t'gugatla smgt 'aku mau pulang'.akan ku usahakn utk ketemuan sama ibunda dan ayahanda ku.sebut p'kataan bonda,cik suria rumate ku,beliau la yg telah menyebar n melekatkn nama itu till now.geram ni (muka bajet sabar.huu~ ;p ) xpe2.nnt akan dicari nick name yg glamour utk beliau (wait haa cookie :p )

back to the point,hopefully masih ada lg sisa2 tiket utkku pulang sebelum ramadhan ini.uhu~ pray for me!yosh!

Monday, August 18, 2008

a happy time together~

Alhamdulillah..at last,dpt gak ana b'jmp ngan apaw & alia,my best buddy from kmk till now.and skali lg Alhamdulillah sbb ana telah melihat alia yg b'wajah baru,with a new n full spirit of survivor.she's really tough n strong gurl.ana b'syukur sgt sbb diberi another chance to meet them even though in a very short time for us hang out together rite?apaw..whenever i meet her,there will be a never ending chit-chat.haha..ade2 je cite yg die nk share,nk ngadu,nk tny,nk korek rasia ana :p
but she is really a good friend.i think she will be a good mother one day.mengapa?sbb die sgt2 m'ambil berat pasl kwn die.let say ana x makan lg,die cpt2 bncuh air milo n kuarkn biskut die,nk xnk,knela ana makan juga.hee~ best kn apaw.

alia..hihi..best gak jmp alia.along the time,ana pegang tgn alia,trase rindu sgt sbb da lame x jmp alia kn.alia mmg salah seorg wanita (even bdn die kecik :p ) yg sgt kuat smgt.ana rse bangga punya teman sepertinye.die m'hidap kanser n masih lg kuat utk meneruskn p'juangannya di medan ilmu (waa..ayatku.hee~) dan spnjang ana n apaw b'malam kt hostel alia,mcm2 yg kami borakkn.alia sempat cite pasal kwn 1 wad ngan die da meninggal.tp ana x melihat sedikit pun tanda2 kegusaran di riak wajah alia.how strong she is..

dan esoknya,kami meronda ke times square,melihat pemandangan alam di cosmo world.hee~ dan b'jmp ngan angah,achik serta naim ;)
lama sudeh tidak ketemuan sama mereka.

Photobucket
..[kelab p'cinta alam]..
Photobucket
..[kami anak2 matured ;) ]..

Photobucket
..[syg alia ;)]..

Photobucket
..[makhluk apakah di sebalik kami??]..

Photobucket
..[kami sepadan rite?? ;)]..

Photobucket
..[fokus pada handbag apaw,apaw b'gaya nowadays ;p ]..

Wednesday, August 6, 2008

kisah adik dan kuihnya~

"abang nak beli kuih??"
(dipetik dari iluvislam.com)

Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. 'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya."Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja."Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya."Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik." Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya." Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya."Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar. Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata."RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!


~pencarian tiada hujungnya (^-^)

Monday, August 4, 2008

Sambungan dari penulisan sebelumnya~



Kita dilahirkan di bumi Allah ini adalah semata-mata utk b’ibadah kpdNya. Justeru, salah satu bentuk ibadah yg digariskan adalah dgn menuntut ilmu. Sebagai seorg muslim, menuntut ilmu itu tidak terhad sehinngga ke peringkt university atau master atau phd sahaja. Ia adalah suatu proses yg b’terusan spnjg hayat.

Carilah masa walaupun singkat utk m’hadiri majlis2 ilmu sebagaimana disebut dlm firman Allah dlm surah Al-Mujadilah (58;11)

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, “Berilah kelapangan di dalam majelis-majelis,” maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.”

Dan apabila kita telah mempunyai ilmu,wajib pula utk kita menyampaikan ilmu tersebut kpd yg lain. Ini kadangkala m’jadi suatu mslh kpd ana, terkadang terasa takut utk b’pesan2 kpd kebenaran kpd shbt2 ana yg lain. Takut sekiranya ada yg t’guris hati, dan takut juga sekiranya ia tidak dpt diterima dgn baik. Pernah ana t’baca blog seorg ukht, di mana temannya telah m’kritik dakwah yg disampaiknnnya. Semoga Allah menguatkn semangat ukht tersebut. Ameen~ walau bagaimanapun, usaha dakwah ini tetap perlu ana pupuk dlm diri ana, tetap perlu ana semai+ baja agar ia m’buahkn benih kemanisan kebenaran suatu hari nnt. Ingin ana kongsikan satu lagi dalil Allah yg menyeru kita utk b’pesan2 pd amar makruf dan nahi mungkar. Surah Ali ‘Imran (3;110)

“kamu(umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik”.

Begitulah sedikit sebanyak ilmu yg ana perolehi dalam sesi usrah ana yg pertama. insyaAllah aka nana kongsikan lg dlm sesi yg berikutnya J ana juga ingin berkongsi kisah yg ana perolehi dr web iluvislam.com, kisah tentang bagaimana seorang lelaki muslim melamar bakal isterinya melalui sepucuk surat. Surat yg sgguh ringkas tp m’dalam maksud yg tersirat di sebalik setiap ayatnya. Surat yg didatangkan dgn penuh adab dan sopan. Surat lamaran yg terindah pernah an abaca setakat ini J

Hayatilah bait-bait ayat surat lamaran seorang insan biasa ini;

************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb


************ ********* *********

Begitulah kisahnya, kandungan dlm surat lamaran yg indah pernah ana baca. Pasangan tersebut hanya berkenalan dlm tempoh 2 bulan dan mengambil kata sepakat utk bernikah. Persiapan pernikahan pula hny m’ambil masa dlm tempoh sebulan. Apa yg dapat dipelajari dr sifat lelaki ini adalah dia menyerahkan segala ketentuan takdirnya pd Yang Esa. Dia tidak b’janji akan selamanya memberi kesenangan dan kebahagiaan pd bakal isterinya kerna dia tidak tahu apa yg Allah aturkan utknya di hari esok. Dia tidak b’janji utk m’berikan kesenangan tetapi akan b’usaha sedaya upayanya. Dia juga sedar akan hakikat kita sbgai seorang manusia biasa yg tidak punya apa-apa. Hakikat yg perlu kita sedar bahwa segala apa yg kita miliki hari ini adlah pinjaman semata dr Yg Memiliki diri kita.

Hujung minggu yg baru ini,ana telah diberi kesempatan utk m'jalani tugas sebagai fasilitator untuk program ldk di universiti. Alhamdulillah program b'jalan dgn lancar dan adik2 ldk ana begitu sporting dlm memberi kerjasama. thanks a lot guys! :) anda semua telah m'ceriakan hujung mggu kakak anda yg matured ini.hee~ sempat ana m'ambil foto kenangan bersama adik2 yg best ini.


..[ldk10 modul 1 diploma semester 1]..

Semoga di lain masa, ana diberi kesempatan lagi utk b’kongsi sesuatu dgn anda semua.perbetulkanlah ana sekiranya ada penulisan ana ini yg salah. Salam ukhwah fillah J

~pencarian tiada hujungnya..