Monday, June 8, 2009

Kasihnya Qasidah.

Qasidah masih di situ,di tikar sejadahnya yang kian usang.Berteleku mengenang dosa semalam.Saban hari,itulah rutinnya.Dingin malam terus menemani hati yang berantakan.Jiwa kalau tak dibasuh dengan solat malam,dirasakan seakan kosong.Matlamat akan kabur,pencarian semakin samar.Qasidah terus bermunajat,memanjatkan puji hanya pada Yang Berhak.Dilahirkan tanpa kasih sayang ibu dan ayah dan hanya menumpang kasih nenek yang telah kembali ke pangkuan Ilahi pernah membuat dirinya menyalahkan takdir.Qasidah rasa terabai,Qasidah membiarkan dirinya dihambat dunia yang tak pernah lari dari keseronokannya.Dunia sentiasa mengejar hati-hati yang kosong.Jiwanya buta dengan perkataan "Mardhatillah",walau ia acap kali didengari,hatinya tak tergamit langsung dengan kalimah itu.

Kakinya tersalah arah,ditujunya arah yang terus menggembirakan Sang Hitam dalam hati yang kosong.Waktu itu,akalnya seolah hilang panduan.Qasidah tidak melihat lagi sucinya kasih Yang Maha Agung.Qasidah terus menzalimi diri,tak terfikir olehnya pada hari kebangkitan kelak,dia lah yang akan bertanggungjawab atas segala perilaku dan tindak-tanduk anggotanya.Qasidah seolah lupa bahawa mereka akan menjadi saksi utama di hadapan Yang Maha Agung.Qasidah lupa,lupa segalanya.Qasidah dinodai dosa yang dirasakannya mencapai ke langit yang ketujuh.Malah,mungkin lebih dari itu.Hadiah dari seorang teman,sedikit demi sedikit membukakan hatinya.Jiwanya yang pernah memberontak suatu ketika dulu semakin hari semakin runtun. Itulah hadiah paling berharga,sebuah tafsir Al-Quran.Itulah kekuatan ayat-ayatNya,yang mampu mencairkan jiwa-jiwa hingga kita takut pada azabNya.(Rujuk AQ,59:21).

Malam ini,Qasidah melakukan rutinnya.Dibuka lagi selembar demi selembar helaian tafsir Al-Quran pemberian temannya.Teman itulah yang membuatkan Qasidah berasa dia masih diperlukan di dunia ini.Teman itulah yang membuka matanya bahawa dia punya tanggungjawab itu,menyampaikan risalah dakwah.Walau diri masih bertatih,namun temannya meyakini Qasidah,bukankah walau sepotong ayat pun wajib disampaikan?Qasidah mahu jadi Qasidah yang baru,yang menutup hatinya dari jalan kesesatan.Jalan kebatilan itu takkan pernah jemu mengundangnya kembali seperti dulu,namun itu bukan pelemah.Kekuatan dicari,pelemah dijauhi.Malam ini,Qasidah membuka surah Ar-Rum yang dirasakannya seolah memujuk jiwanya yang pernah tandus itu.Air matanya gugur lagi.Walau dosa seakan tak tertampung lagi,tidak pernah sekalipun dia merasakan Yang Maha Agung murka padanya.Tapi,manusia-manusia yang pernah dikenalinya dulu,sedikit kesilapan dibalas dengan cercaan yang merobek hati.Cinta Yang Maha Agung itu terlalu luas,tak terjangkau pada akal normalnya.

Sujudnya lagi Qasidah di malam itu.Melepaskan segala kerinduannya yang tak tertanggung lagi.Kesucian cintanya jangan lagi dicemari.Di saat dia meratap hiba,Kekasihnya Maha Mendengar.Di waktu batin Qasidah meronta sakit,Kekasihnya Maha Mengetahui.Tiada siapa yang tahu derita jiwanya,tiada yang mahu memahami,tiada.Kerana dia sebatang kara.Namun,Qasidah mencuba,nama Kekasihnya tak pernah lekang dari basah bibirnya.Dipuji siang dan malam,walau sesaat kehilangan terasa hilang setianya.Qasidah oh Qasidah. Doanya pada ibu dan ayah tak pernah dilupakan walau kasih mereka tak sempat dijamah.Qasidah mahu matinya nanti dijemput Izrail dengan lambaian syurga.Qasidah mahu Kekasihnya nanti menghadiahkannya taman syurga.Qasidah mahu kasihnya akan terus setia pada Yang Maha Agung,kasihnya Qasidah,tiada lagi gusar di hati.Qasidah terus di situ,meluahkan cintanya yang satu.

"Mati itu pasti,hidup...insyaAllah"-Cinta Sang Ratu,RAM :)

p/s:Cik Nor,temanku sayang,jangan bersedih selalu.kamu tidak berseorangan menanggung lara.

Sunday, June 7, 2009

Bila hati berbisik.

Termenung,
Di malam kenduri pak cik-pak cik sibuk berbicara tentang perempuan,
Rimas,
Anak muda yang menegur tak bertempat,
Betah menghukum,
"Tak ada benda lain ke yang bermanfaat nak dikongsi?"
Malu sendiri,
"Mengapa menghukum andai mereka terkhilaf?",
Fitrahnya,
Pentingnya kita saling mengingati,
Kerana itu Dia berfirman dalam Surah Al-'Asr:2-3,
"Sungguh,manusia berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan
serta saling menasihati untuk kebenaran
dan saling menasihati untuk kesabaran"

bila hati berbisik,pujuklah ia dengan puji Ilahi,
jangan biarkan Sang Hitam menjadi raja tak bertakhta.

Monday, June 1, 2009

Hikayat Doraemon

aku dah terbiasa,kalau tak Doraemon,makanya jadilah Emon atau yang seangkatan dengannya.sampaikan kawan sekolah rendah aku pun sudah tahu nick name SMKA aku tu.mana tak nya,si kawan SMKA bertanyakan:"Doraemon apa cite?" nama saya Anis ok!tapi,tak mengapa,nick namenya sedap didengar :D

sepanjang hari ini,menghabiskan masa senggang yang tak berapa senggang bersama my-love-lepak-friends:Siti,Farehah dan Aridza dan cerita sekolah rendah takkan kami lupa.seronok kan kawan-kawan zaman muda-muda dulu,dengan tudung bulat yang tersangatlah bulat.seingat aku,aku lah budak perempuan dalam class 6I dulu yang paling bulat dan gelap.gambar menyusul.class kami lah yang selalu dapat award class terbersih dan terceria,sampai tak perlu announce,dah tahu siapa empunya gelaran.segala buku dan majalah ilmiah bergantungan di sudut bacaan class dan pagi-pagi,siapa yang bertugas,perlu menyapu selicin yang mungkin.kami juga pernah memelihara anak burung yang disorokkan dalam locker buruk belakang class.bila saja nak burung itu ber-chip-chip,masing-masing buat muka tak tahu apa-apa,takut cikgu marah.



aku yang depan,dari kanan,no dua:bulat :D

guru class kami,Cikgu Noorsiah,merangkap mak Atirah(classmate yang otai) merupakan guru BM kami.siapa dapat B penulisan,siaplah perut masing-masing.akan ditarik sehabis mungkin dan dipulas.ouchh!Alhamdulillah,aku tak pernah kena :D tapi,sebab Cikgu Noorsiah lah class kami menjadi sangat fun.penuh dengan geng gaduh dan debat,budak lelaki yang tak habis mencari pasal sambil mencurahkan idea-idea tak kering gusi.aku jadi teringat waktu aku main kejar-kejar sampai jatuh lalu terkoyak kain sekolah aku.malu sungguh.nasiblah tak besar,tapi makan leter jugalah dengan mak bila sampai rumah,aku tahu aku sungguh kurang baik dulu :D muka pun dah jadi hitam metallic gara-gara setiap petang mengayuh basikal ke sekolah yang agak jauh.kononnya latihan rumah sukan tapi menyembang yang lebih-bak kata Aridza.biasalah,budak kan.koir class kami,lagu "We will rock you" kami hentam,menang pula itu,sungguh memelikkan.

ada juga yang mencipta adegan pos surat melalui kaedah baling-baling kertas,sungguh bijak bistari kalian.kalau cikgu bermesyuarat,geng-geng pengawas yang paling ringan mulutnya,bukannya menjaga class,malah menjadikan class ibarat pasar malam lengkap dengan si penjual sayur,ikan dan ayam.aku bertugas jaga kantin,lalu akulah paling awal keluar rehat.alasan big boss,bijak.banyak lagi cerita mereka yang aku rasa tak mampu untuk dicoretkan.tahu sajalah,zaman budak-budak pasti mampu membuat kita tersenyum sendiri.

Sunday, May 31, 2009

put the blame on me,only.

'D highest failure subjects dis sem are
CONSTI 2, land 1 n equity'
dipetik dan ditampal semula dari blog Cookie.
soalan pertama:apa perasaan anda ketika ini?
jawapan:mestilah 'gembira!'(dalam nada sedih) sebab aku tahu,aku tahu,aku tahu.don't blame the quest,blame yourself.meletakkan paper Consti di tengah kekalutan paper-paper lain dan menangisi diri yang tak kuat mengharungi class Sir Nazim.
soalan kedua:apa harapan anda?
jawapan:semua berharap yang kita semua akan lulus hendaknya.paling kurang,lulus pun Alhamdulillah.tapi,memikirkan jawapan kita semua,adakah menepati piawaian SIRIM Sir Nazim,membuatkan aku termangu sendiri.sedangkan di dalam lecture hall pun,1,2 soalan Sir,adalah yang menjawab,masuk soalan seterusnya,lecture hall bagaikan sudah berpindah ke kutub selatan,beku.tangan menggigil,hati merintih,kenapa sukar menyenangkan hati Sir?
soalan ketiga:apa yang akan anda lakukan sekarang?
jawapan:berdoa,berdoa,berdoa!kawan-kawan,tolong doakan kami ya terutamanya yang berada di dalam class Sir Nazim ini.kamu tahu kan betapa unexpectednya beliau.
soalan keempat:apa akan jadi kalau kamu perlu repeat?
jawapan:siapa yang tidak akan bersedih.tapi ingat,REDHA.Allah Maha Mengetahui,itu penyejuknya :)

bila mahu jadi Ummi?

jalan yang akan aku lalui ini,tampak mudah,
namun likunya berduri,tepiannya gaung,lembahnya berlumpur,
aku acap kali terjatuh,terangkak-rangkak aku bangun,
mengalah?mungkin tidak.
selagi nyawa belum di ghalgharah,takkan bisa berpaling,
langkah yang sumbang cuba aku perbetulkan,
walau aku tahu,keringatnya memakan hati,
tapi,untuk apa takut pada hati yang sakit,
kalau balasannya redha Allah?
janjiNya ingin aku reguk,peneman diri di kala hati berbisik.

aku punya 1 cerita,tentang Si Kenit itulah ;D
minggu lepas,kakak aku masuk wad,kandungan gula dalam badannya tinggi,risiko untuk baby yang digelar Alesha "Adam Kodam".ini semua adalah kesan pengambilan ubat batuk dan 100 plus akibat kakak aku yang demam.Alhamdulillah,satu hari saja beliau di wad.(pesanan untuk bakal-bakal ibu,jaga pemakanan ok! :D )

sepanjang ibunya di wad,Si Kenit bertandang dan bermalam di rumah kami.segala eksperimen dan research yang dibuatnya di bilik aku,tak perlu dikira lagi.Mak,yang excited mahu mengajar Si Kenit tidak memakai pampers lagi,menjadikan aku bak "The Scary Mother Step".mengapa?

2 kali Si Kenit buang air dan sekali 'melabur'(yang last itu dalam bilik aku.oh!) menariknya,selesai 'buat projek',barulah dia beritahu "Opah,chacha kencing".aku cuma mengambil giliran menjadi cleaner untuk peristiwa kedua dan ketiga.hebat la tu,2/3.haha..aku rasa aku tak kuat membebel,tapi ternyata aku silap agaknya.sebabnya,Si Kenit itu telah menghantar report khas pada ibunya.dia mengadukan pada ibunya perihal 'projeknya' yang merata itu.lalu,kakak aku bertanya;

"Opah marah tak?"
"Opah tak marah,Cik Yang marah"

nak tergelak dengar cerita kakak aku.yang aku ingat,waktu itu aku cuma pesan pada dia supaya beritahu aku kalau nak membuang apa-apa.mungkin sebab dia anak manja,diingatnya aku marah.sorry Sha,Cik Yang tak marahlah.suka mulut becokmu itu :D buat Hana dan Husna,jadikan kisah ini sebagai pengajaran.kalian kan,bakal...(rahsia YM :D )

"tido-aku ingin berbual dengan dia,tapi x mampu :( "-understand,sila minum MILO :)

Monday, May 25, 2009

"Aku mahu Dewasa"



Ku halakan pandangan ke luar tingkap,
mendung,semendung diri yang mencari,
tika nelayan bertaruh nyawa,antara hidup dan mati,
menanti mungkinkah Izrail bakal menjemput,
gelombang ombak makin mengganas,
aku yang jauh di daratan bertarung dengan suara itu,
bagaikan pendekar si penglipurlara lagaknya,
tapi,segagah itukah aku?



angin berhembus tidak sesepoi semalam,
namun nyamannya masih terasa,
dada langit ku renung,
awan yang semakin suram dan kelabu,
ku imbau,seakan jejak-jejakku semalam yang berdebu,
ku renung lagi ke dada langit,
berharap birunya akan kembali,
berharap dan terus berharap.



"Maka ada pun orang yang bertobat dan beriman,serta mengerjakan kebajikan,maka mudah-mudahan dia termasuk orang yang beruntung" (28:67)



semoga pemimpin-pemimpinku jua akan lebih dewasa :)

Sunday, May 17, 2009

hati bicara lelaki

kata orang,"Sejarah menunjukkan pengajaran,Manusia belajar dari pengalaman".ya,aku setuju dengan kedua-duanya.pengamatan kita membantu untuk lebih memahami.

"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi,sehingga hati (akal) mereka dapat memahami,telinga mereka dapat mendengar?Sebenarnya bukan mata itu yang buta,tetapi yang buta ialah hati mereka yang di dalam dada".(22:46).

shot out YM Fairuz menarik hati; "Act like a woman,think like a man".kita memang sedia tahu,lelaki itu akalnya rasional,tindakannya relevan,fikirannya kreatif.jika tidak,masakan Nabi dipilih di kalangan mereka,Imam juga adalah lelaki,ketua keluarga juga mereka.tetapi,aku lihat,ada ketikanya si Lelaki terlalu fokus hingga keciciran perkara yang kecil,yang mungkin bagi mereka "Ah,small matter aje tu".mungkin mereka tidak melihat,ranting-ranting yang rosak boleh meracuni pokok yang tegak berdiri.perkara yang remeh kadangkala membawa kemudharatan.

aku mendengar 1 kisah tadi,bukan niat di hati untuk mengaibkan kamu wahai Lelaki,tetapi hati bersedih mengenangkan kamu.bagaimana sanggup kamu membiarkan si Isteri terlantar sakit tanpa kamu membelainya sedangkan di waktu muda,wanita itulah yang telah bergadai nyawa melahirkan,mendidik dan membesarkan zuriat kamu?sampai hatimu duhai Lelaki.ke mana hilangnya rasa cinta kamu pada dia.adakah cinta itu hanya lahir di waktu Isterimu muda sahaja?di waktu Isterimu masih cantik,di waktu Isterimu yang pada ketika itu merupakan satu-satunya ratu di hati kamu.di waktu Isterimu masih kaya dengan lentuk manjanya.hilangkah harga si Isteri apabila dia menjengah ke usia tua?pudarkah cantiknya?turunkah takhtanya di hati kamu?aku hanya inginkan jawapan

"Mengapa Lelaki begitu akhirnya?"


ini bukan kisah yang pertama aku dengar.sudah banyak,sangat banyak.aku tidak tahu mengapa hati menjadi terlalu halus kala ini.pengajaran ini mungkin sangat bermakna untuk aku.aku merenung jauh bagaimana waktu tua aku nanti.layakkah aku lagi menjadi permaisuri di hati si Suami?layakkah aku disayangi?layakkah insan seperti ini dicintai?