Monday, August 17, 2009

Dia kata.

Dia kata,nama adiknya;

"Adam Soking"

Kamu memang comel kan Alesha.


[Raya08]

Sunday, August 16, 2009

11:00

Berbahagialah hati,
Kerana sesungguhnya Allah sedang mengujimu,
Berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas,
Kerana sabar dan ikhlas bukti luhur cintamu.
Kerana dalamnya cintaMu Tuhan,
Walau berapa pun harganya,
Walau seperit manapun,
Ke jurang manapun aku dicampakkan,
Tak mahu aku kalah dengan mereka.

Berbahagialah hati,
Kerana sesungguhnya Allah sayang aku,
Allah cinta aku.
Dapatkah kau rasa sejuknya jiwa,
Pabila segalanya kita serahkan pada Dia,
Pernah kau rasa tiap saat rindu untuk bicara denganNya,
Maka tiap saatmu terisi dengan monolog-monolog,
Menyebut kecintaanmu pada Dia.
Nah!
Terpujilah nama-Mu duhai Allah-ku.


"Dan sungguh,Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta" (29:3)

Saturday, August 15, 2009

Mock trial.

Mock trial,
Excited mulanya,pengakhiran termenung.
Apa faedah aku dapat sepanjang perjalanan ke UM kelmarin?
Niat yang mulanya untuk melihat adaptasi suasana mahkamah,
berakhir dengan muhasabah malam sebentar yang termenung.
Apapun,mungkin ada secebis ilmu yang dapat mereka kongsikan.
Terima kasih untuk itu teman-teman UM :)

LDK,mengapa pengisian yang cuba dikongsi,
Dipandang sepi.
Seolah mesej yang cuba disampaikan,
Terbuai-buai di udara kelas.
Menerima hujah berdalil,susahkah?
Sirah nabawiyah tak relevankah?

"Terima kasih dan minta maaf",
Aku memandang pelik kenyataanmu,
Yang pertama itu aku mengerti,
Tapi yang kedua aku buntu.
Segalanya telah aku halalkan,
Cuma aku yang masih berhutang dengan kamu.

Emak,
Rasanya hari-hari mahu menelefonmu,
Panggilanmu tempoh hari,
Benar-benar menduga rindu,
Aku mahu di sisimu,
Menemani waktu dukamu,
Mengusap lembut pipimu yang lembut,
Aku terkedu,hanya hadis Nabi buat penguat hatimu,
Aku sayangmu Mak.

Updated ketika di tangga Cempaka 1,menunggu lunch meal,ketika mencari sources ADR.

Tuesday, August 11, 2009

Kuntuman sakura harum menanti.



Tiap kali aku meniti jalan itu,
Pasti akan aku bayangkan di tapak tangan ini,
Ada kuntuman sakura yang mencecah,
Harumannya,warnanya,indahnya,cantiknya,lembutnya ia,
Siapa yang tidak terpana di situ.

Walau pudar warnamu sakura,
Aku yakin di sebalik lunturnya dirimu,
Ada kekuatan ghaib di sebalikmu,
Ada hijab yang belum lagi mereka terokai,
Ada merah berani yang belum dijajah.

Kerana sakura,
Dia percaya sakura itu tenang,
Dia menyimpulkan sakura itu mudah,
Tahukah dia,
Sakura berjuang untuk menandingi kuntuman mekar yang lain,
Di hadapan PenciptaNya sakura gugur,
Helaian demi helaian,
Gugurnya tak mahu digelar sebagai bunga layu,
Mahunya sakura disambut redha Yang Berhak,
Walau sakura bunganya pudar.



Sebab sakura cantik,maka aku cinta Jepun.Nak,nak,nak ke sana!

Sunday, August 9, 2009

MasyaAllah,indah sungguh!

Aku rangka bait-bait ini,waktu aku di dalam dewan Madrasah itu.Nikmatnya hujung minggu ini,walau hanya kira-kira 24 jam saja aku di sana,masyaAllah,ini benar-benar hadiah!

Hidup mereka adalah dakwah,
Tanpa dakwah mereka longlai,
Daripada celiknya mata hingga terpejam kembali,
Setiap nafas menggapai redha Ilahi,
Karbon dioksida pun terasa harumnya,
Hinggakan tumbuhan di sekitar tak henti menutur tasbih,
Indahnya perilaku mereka,
Bunga mekar terasa malu berkembang.

Dan di suatu saat,dalam pengisian seorang Akh,hati aku benar-benar bergetar.Getarannya bukan biasa.Nikmatnya Allah,segala puji hanya bagiMu yang Berhak(rujuk Al-Baqarah:279).Alunan ayat suci bacaan Akh itu benar terkesan jauh di dalam.

Ini nikmat dan ini juga ujian.Nikmat,ilmu ini sangat manfaat dan aku semakin mengenali sunnah,walaupun pada dasarnya baru.Ujian juga kerana nafas dakwah ini perlu penerusan.Terima kasih sisters,terima kasih sahabat,atas kesempatan ini,dengan izinNya kita bertemu.Terima kasih wa jazakallahu khairan Ustaz untuk buku free :)

Saturday, August 8, 2009

Barakah.

Satu ungkapan,cukup membuat diri tersentak;

"Kalau kita tak mampu nak jaga maruah diri,maruah mak ayah,jangan harapla mampu nak jaga maruah suami."

Maruah,skopnya terlalu luas.Hatta segala pergerakan kita juga melambangkan maruah.Mungkin mudah bagi kamu,bagi mereka,bagi dia,tapi sukar bagi aku.Kerana aku merasakan terlalu banyak lumpur yang tercalit pada diri.Walau disiram air tujuh lautan,aku rasakan belum cukup lagi.Walau digali perigi hingga hujung dunia,belum mampu menjadi peluntur noda ini.Setiap kali aku minta izin dari Mak untuk ke mana-mana,Mak juga akan berpesan,"Jaga maruah diri,maruah Mak Ayah,maruah agama".Setiap kali itulah aku rasakan deru air mata sudah tak tertahan lagi.

Bersamanya,aku merasa tenang,kerana acapkali ada ilmu baru yang datang.Tetapi,bersamanya juga membuat diri berasa terlalu banyak noda dalam hati dan waktu itu juga aku kan meronta,layakkah aku untuk mandapat yang soleh?Diriku milikmu,Ya Rabb.Tapi,sejauh mana saja cinta yang ku curahkan padaMu berbanding cintaMu padaku?

Langkah menujuMu selama ini aku lalui dengan longlai.Sedangkan ada Ustaz yang baru berusia 22 tahun sudah mampu berkongsi ilmu hadith dan segala yang berkaitan sunnah,mampu menjawab persoalan dengan ringkas dan mantap.Aku?Di takuk lama lagi?Kerdilnya aku Ya Rabb.Banyak lagi buku yang perlu aku cari,banyak lagi kuliah dan daurah yang harus dan mesti aku pergi.Demi sebuah barakah,carilah ilmu sementara nikmat masamu masih terluang.Hidup kita bukan untuk dunia semata,kerana dunia tak menjamin bahagia yang abadi.Bersedia atau tidak,bukan persoalan.Persoalan yang harus aku ketuk di pintu hati aku adalah,Mahu atau Tidak?Kerana barakah aku mencari.



Banyak kisah yang telah aku dengar.Isteri dan muslimah acuan Quran dan sunnah sudah mampu mencairkan jiwa.Acapkali aku dengar,acapkali jua aku berazam.Namun usahanya aku belum pasti,sejauh manakah.Yang pasti,"Aku mahu barakah itu!" So,let's work for it!

Wednesday, August 5, 2009

1 jam 59 minit.

Aku pulang akibat class yang tertunda lagi.Risau,kerana class lain hampir khatam terutama untuk subjek Criminal Law.Sedangkan kami berlegar-legar lagi di topik Actus reus mens rea."Apa nak jadi,apa nak jadi"(ini lagu Dato' SM Salim).

Usai solat zohor,sofa rumah menjadi alas diri yang tandus.Di saat mata mula bertumpu pada helaian novel Kasidah Cinta,handphone menjerit.Dan untuk dua jam berikutnya,telinga mencatat suhu hangat dari biasa gara-gara panggilan telefon tersebut.Terima kasih Husna,setelah sekian lama,akhirnya aku bukan lagi seperti pungguk menunggu bulan,tak lagi buntu ke mana harus ku tabur rindu pada kamu,tak perlu risau menghambur rasa pada bulan bila siang menjelang,kerana gurun yang gersang ini kembali segar seperti lahirnya oasis yang menjadi tempat bermastautin pedagang Arab.

Tapi aku sayu,bila malam menjelang,ada rindu lain yang tiba.Ke mana harus ditepis tiada tempatnya.Seperti melontar suara di pergaungan yang tidak bersambut.Diri harus kuat.Resolusi dicari,Kak Nurul dan Hafsah ku lampiaskan rasa.Ukhwah kami tak perlu disangkal lagi.Kepada mereka karakter aku tak berhijab.Kerana kadangkala,sifat childish boleh jadi pengubat :)

Oh,apakah motif entry ini,tidak aku tahu.Selamat ke tutorial Equity esok!