Sunday, November 15, 2009

Cartoon pun bagi ilham :D

Saya sudah mahu pulang,sudah mahu menjenguk ibu ayah di rumah.Sudah bersedia melepaskan segala kerisauan exam.Sudah full perut dengan Nandos sepinggan semalam.Sudah bersedia untuk membanting tulang di musim kenduri.Sudah mula berangan-angan bercuti bersama mereka.Dan sudah mula terasa kita akan semakin jauh,jauh,jauh hingga suatu masa nanti.

Saya sudah mula sukakan Itachi di saat dia sudah mati.Kenapa selalu kebenaran terbongkar bila ia sudah tidak dapat dihargai lagi.Pernah seorang sahabat bertanya,apa yang patut dilakukannya bila mana si kawan seringkali mengguris hatinya dan dia seakan terpaksa mengucapkan terima kasih untuk itu.Hidup tak seindah suria,suria pun bukanlah si makhluk yang kekal.Suria pun perlu berehat,keindahan juga perlu berundur seketika agar si duka datang,mengajar erti hidup itu apa.Erti tabah dan sabar itu apa,ikhlas itu bagaimana.Kalau selamanya yang indah-indah datang,bila mahu merasa keperitan itu apa?Bila mahu merasa sakit dan pedih?Saya yakin,manusia yang kuat itu lahir dari sakit yang amat.Belajar untuk bangkit tampak mudah,tapi untuk merealisasikan kamu perlu gigih.Seperti Sasuke yang membina kekuatan hasil kebencian dan dendam yang teramat pada abang yang telah membunuh seangkatan keluarganya.Abang yang disayanginya,yang selalu menguis kepalanya waktu dia teruja belajar jutsu.Dan di pengakhiran hayat abangnya di tangannya sendiri,barulah kebenarannya datang.Segala keperitan,panggilan pengkhianat,dan paling memedihkan dibenci dan mati di tangan adik sendiri dilaluinya kerana mahu melindungi adiknya.Terlalu sayangkan si kecil Sasuke.Itachi,kita terlalu buta untuk melihat semua itu.Dan di waktu itu,walaupun saya hanya membaca manga online,gara-gara episod tak keluar lagi,mata sudah basah,hati sudah sebak.Emo!Hidup dalam kebencian sendiri memang sangat tidak bagus.



[Berbahagialah Itachi gugur di tangan insan paling dilindunginya,serious sedih!]

Kawan,
kadang-kadang,kita cepat menghukum.Benar,mungkin dia banyak tersilap langkah dan menyakitimu.Tapi,yakinlah,pasti ada secebis sayang di hatinya buat kamu,yang mungkin tak kita nampak.Mari kita menghargai secebis itu.Hargai walau sekecil zarah.Allah pun menghitung amal kita walau sebesar zarah kan?Mengapa tidak kita.Senang saya bercakap dan kamu yang mahu memikulnya.Bertahan ya,saya tahu kamu kuat,lebih lagi dari saya,kan.Berterima kasih pada dia,sekurang-kurangnya dia mengajar kamu bersabar.Mari kita berfikiran baik dahulu dalam segala hal.

=Masih berduka dengan kematian Uchiha Itachi (katon pun nak emo)

=Masih malas-malas untuk packing,tolong saya jom.

=Wow,saya antara yang terawal bakal jumpa Siti Fairuz selepas ketibaannya di Malaysia semalam,insyaAllah.

=Sudah mula merasa rindu untuk mengusik Kak Nurul lagi.Selamat Pengantin Baru Akak :)

=Berlagak kuat dan terus berlagak kuat.

Tuesday, November 10, 2009

Perasaan berbaur-baur.

Short,really.



Done with the killer paper,let's pray for the very best.

Wedding invitation,insyaAllah ke Kelantan kita,yosh!
Cookie,mahu tumpang motel mu :p




Hari-hari terakhir K.Nurul sebelum bertukar gelaran membuat saya berdebar sama.Sungguh saya banyak belajar dari beliau ilmu wanita lantaran diri yang tak ada geng di rumah.
Nasihat beliau yang akan didakap kemas insyaAllah,berjimat-cermat selalu.Don't buy unnecessary stuff.

Ulam-ulaman yang semakin berkembang,selamat membesar kebun sayur!



Ulam pucuk Ginseng kata K.Nurul

Saya mahu kawan seperti dia,Uzumaki Naruto.Nak satu,please.
Inilah dia perasaan berbaur-baur.


Monday, November 2, 2009

Adopt kids!

Kalau saya punya banyakk duit sekarang,maka ini adalah salah satu impian;

Adopt a kid!

Disebabkan tiada duit yang banyakk dan tanggungjawab yang belum selesai,maka belajar dulu ya :)



Lagunya comel sangat,endingnye mampu buat kita bersedih.I miss Mom :(

Text mak,"My mum is amazing.Saya sayang Mak! :) "

Mak mereply,"Muah,muah!"

Mak saya comel kan? :)

Suatu hari,di waktu kita bakal kehilangan mereka,bagaimana kita.




Saturday, October 24, 2009

Love that never leave.

Kawan gaduh saya,
Kawan basikal saya,
Kawan panjat pokok saya,
Kawan komik saya,
Kawan Naruto saya,
Kawan drama Jepun saya,
Kawan melabur saya,
Kawan membonceng motor Honda 70 Ayah,
Kawan dapur saya,
Kawan gelak saya,
Kawan rengek mengada saya,
Kawan Jom lawan rebut Mak saya,
Kawan kutuk resipi hand made saya,
Kawan "We Love Tompok" saya,
Kawan mengaji saya,
Kawan kami takut angsa lari cepat,
Kawan kaki lentuk saya.

Merangkap si setia hingga parut kakinya demi seputik jambu untuk saya,
Merangkap si gigih berkayuh basikal mengheret si gemuk ke tuisyen,
Merangkap si peleter lelaki antarabangsa terhebat,
Merangkap penasihat kewangan berjaya,
Merangkap kaunselor memahami bila benar-benar sakit,
Merangkap pendukung inspirasi,
Merangkap si penerima panggilan tak diundang tiba-tiba,
Merangkap pemiutang yang pemurah,
Merangkap pemberi hadiah yang sangat sweet,
Merangkap Abang yang tak mahu saya kehilangannya.

Saya meluahkan ini,tatkala saya melihat gambarmu ini,di Facebook mu.



Tiba-tiba emo macam nak banjir melihat kamu dan kostum mu itu.Mak pasti bahagia,Mak bahagiakah melihat saya? ;)

Thursday, October 22, 2009

Saya pun suka!

Saya suka post baru Kak Izzati(Cantik) sebab saya selalu terlupa :)

http://cahaya-kemuliaanku.blogspot.com/

Kamu lupa tak?Saya selalu.

Kita pinjam,Dia beri,kita menadah,Dia menghulur.

Kalau cantik kriteria utama dia,maka saya bukan orangnya.



Atuk & Cucu yang comel

Saturday, October 17, 2009

Kita pun laskar!

Kadang-kadang mood belajar fillah itu merudum(apakah mood yang mengawal akal?sungguh tidak relevan).
Kadang-kadang kemudahan di depan mata tak disyukuri,
Malah disalah guna lagi,
Dan kadang-kadang kita tak sedar bahawa nun jauh di sana,
Ada tangan-tangan kecil yang kalau kita di hadapan mereka,
Pasti kita akan jadi malu.
Sekolahnya buruk,bukunya satu,papan nya masih lagi si papan hitam,
Kakinya tak bersarung,bajunya compang,
Tapi semangat mereka,demi secebis ilmu,malulah kita yang punya segala ini.



[Sudah lama mahu beli novelnya,cuma menanti siapa-siapa yang punya movie nya :D ]

Friday, October 16, 2009

Di mana diri kita?

Mula bertanya-tanya,di mana letaknya diri ini.
Adakah disalurkan ke jiwa-jiwa yang tenang?
Atau terus-terusan gersang di bumi tandus?Sudah ke mana ya pimpinan jiwa?
Sudah cukup redha kah diri atau sekadar omongan bibir yang lesu?
Masih lagi berkira-kira tentang untungnya mereka,lebihnya mereka,kurangnya diri,compangnya di sana sini?
Masih lagi terus-terusan mengecam hati yang minta dikasihi oleh pembawa jasadnya sendiri?
Kasihan kau hati,kerana saya selalu saja menghentammu dengan kata-kata pelemah.
Mungkinkah nanti akan kau persoalkan saya,di hadapan Dia?

Di mana kita si kekasih hatiku,di mana kita salurkan nafsu kita?
Adakah Ammarah,lawwamah,atau mutmainnah?

Di sini kah kita?

"Dan aku tidak(menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan,kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku.Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun,Maha Penyayang."(12:53)

Atau di sini?

"Aku bersumpah dengan hari kiamat.Dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali."(75:1-2)

Atau lebih-lebih lagi di sini?

"Wahai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang rida dan diridai-Nya."(89:27-28)

Adakah kita selalu begini?

"Ah,tak payahlah nak susah-susah buat baik,bukan dapat apa-apa pun."
"Biarkanlah dia dengan hidup dia,apa aku kisah?"
"Sedapnya tidur,subuhlah baru bangun!"
"Aku moody la,jangan kacau boleh tak?"

Tidak sesalkah kita?Tidak rugikah?Mengapa tidak begini?

"Ya Allah,sedikitnya RM10 untuk pak cik yang tak berdaya itu,kenapa tidak aku berikan RM20,bukankah cinta saudara lebih mahal dari ini?"
"Kenapa aku biarkan dia sendirian?Kenapa tidak aku bersamanya walau sekejap?Kenapa aku tinggalkan sahabatku?Kenapa tiada walau secebis pembakar semangat untuknya."
"Menyesalnya tidur lambat,sudah terlepas qiyam!"

Atau yang lebih baik,

"Sesungguhnya,masih ada lagi yang kurang mampu dari aku,bersyukurlah."
"Kerana Allah itu Maha Tahu,dan jalan ini paling terbaik untuk tarbiyahku."
"Sakit ini adalah ujian ridhanya hati aku,jadi harus bersabar ya!"
"Allah itu kan sangkaan hambaNya,berfikirlah yang baik-baik tentang aturanNya."

Duhai jiwa,benar saya rindu padamu.Walau sepasang tanganmu belum mencecah.Sungguh deraian ini tak tertahan bila mengenangkan betapa tidak berdayanya saya.