Saya sudah mula rabun sejak dari Tingkatan 3.Mungkin kerana tabiat suka membaca dalam gelap,di saat orang sudah mula menutup lampu & mungkin juga kerana time menonton TV je,maka saya lah yang berada di hadapan sekali.Dek kerana itu,maka terpaksalah saya berteman dengan cik spectacles waktu membaca.Oh,saya sangat rimas memakai cik spectacles kerana saya merasakan pergerakan mata saya untuk melihat dunia luar agak terhalang.Apakah?
Dan dek kerana faktor saya tidak suka memakai cik spectacles itu,maka ramai lah yang membuat aduan;"Jumpa orang tak tegur pun."Hingga kan lecturer saya memberi ucap "Good luck" sebelum saya masuk dewan exam semalam pun hampir-hampir saya tak perasan.Sorry Maam,semalam bukan first time kan saya tak perasan Maam kat depan saya :p Kronik tak kronik.
Ok,itu intro tak berhala tuju,gara-gara mahu mohon ampun kepada insan-insan yang walaupun berselisih dengan saya tetapi tidak pula saya tegur.
Semalam,dua kali before exam Mak telah menelefon.Nampak gaya macam Mak yang lagi nervous dari anak kan?Lalu,saya mengkhabarkan lah bahawasanya paper first saya adalah Criminal Law.Lalu Mak pun mulalah membuat statement dia sangat gerun mendengar perkataan Criminal,walhal waktu Mak kerja dulu,selalu je kan deal dengan kes jenayah.Mak oh Mak :)
Oh,saya sudah selesai dengan 1st paper semalam.Bermacam aduan didengar di sana sini.Bukan kerana tidak boleh menjawab tapi dek kerana misi exam semalam adalah berperang dengan masa.Bertahan kawan-kawan.Walau apapun,siap atau tak siap jawapan 13 essay itu,usaha kita sekarang adalah untuk bertawakkal untuk paper semalam.Jangan putus asa,itu bukan sifat Muslim ok! :D
Let's pray for the very best for the next papers!Mari bercinta dengan Faraidh!
Saturday, April 24, 2010
Wednesday, April 7, 2010
Sinyu.
Kata-kataku,
bukan sebilah pedang mahu ku junam ke hati sucimu,
bukan seekor lebah yang bisa saja menyengat tulus jiwamu,
bukan kimpalan besi untuk mengukir luka,
bukan acuan emas menghenyak tenang dirimu,
bukan niatku.

Kata orang,"terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya".Dan kerana itu,lidah terkadang tergeliat untuk sesetengah perkara yang tak patut diungkap.Maafkanlah saya kawan.Sungguh,dia seorang kawan yang seakan perlu melalui getir-getir kesabaran demi sebuah persahabatan.Saya kira dia terkadang matang daripada usianya.Saya tidak tahu dari sumber mana dia mendapat kekuatan untuk sentiasa bersabar dalam setiap keadaan.Saya juga tidak tahu mengapa dia masih bertahan.
Mahukah kamu saya kalungkan anugerah kawan terindah dalam hidup saya untuk semua yang telah kamu lakukan?Saya tak mampu mengira kembali cakaran-cakaran hati yang telah saya lakar 'indah' untuk kamu.Dan kamu masih tegak di situ,menahan dengan kebal dan gagahnya hentaman bom atom tak bermata saya.Baik,mungkin kerana kamu yang selalu mendengar keluh-kesah saya,maka kamu lah yang perlu banyak bersabar menangani krisis ekonomi emosi saya.Ada turun naiknya,ada gawat dan ada untungnya.Maafkan saya kerana mencoretnya di sini.Tapi,saya benar-benar emosi memikirkan kamu.
Perlukah saya minta dimarahi untuk kali ini walau saya tahu kamu akan pantas saja mengelaknya.Oh,saya benar-benar merasa seperti pesalah menunggu hukuman dari Yang Arif.Much obliged.
[entry tak berhaluan,bukan sayap kiri atau kanan]
Thursday, April 1, 2010
Jangan tinggalkan saya.
Suatu pagi,si A bertanya pada si B;
"Macam mana kita nak didik hati supaya redha?"
Si B menjawab,
"Dalam dunia ni,ada 2 jenis manusia,satu nya yang melepaskan kesakitannya,expressly,satu lagi suka memendam,tapi saya rasa awak jenis yang memendam."
Terdiam,sunyi namun tidak menafikan.

Ah,terkadang,dek kerana perkara kecil,hati-hati ini seakan melagukan lagu-lagu provokasi,"Mengapa aku tidak seperti dia,kenapa kau buat begini pada ku?Kenapa aku tidak mendapat apa yang telah aku berikan padamu?" Bentakan emosi,terasa seperti ketulan batu yang jatuh setelah bukit ditarah,pecah tanpa henti.Kalaulah kita tidak ditakdirkan untuk bernafas dalam fitrah Iman dan Islam ini,mungkin saja kewarasan minda ini meninggalkan tempatnya.Sampai di suatu tahap,terasa seperti mahu membiarkan semuanya berlalu begitu saja.Senang cerita,apa mahu jadi,jadilah.Tapi,itu bukan sifat Muslim.Harus kita untuk memperbaikkan keadaan,memperbaiki diri,menampal apa yang bocor,menatang sebelum terjatuh.
Menyelami pengisian Sinergi hingga ke dasarnya membuat saya rindu pada teman-teman.Jika penulis mula terkenang kisah persekolahannya di MATRI,kisah pentarbiyahan dirinya di sana melalui watak Irfan Hakimi,si pembaca karyanya ini mula terkenang saat-saat semanis hirupan madu sang lebah,suci manisnya,semulajadi.
Menghayati watak Irfan Hakimi juga terkadang membuat saya tersedar dari angan-angan suram yang panjang,bahawasanya saya masih punya banyak tanggungjawab terhadap Dia yang belum tertunaikan.Adakah saya telah menjaga ikhtilat bersama sahabiah dengan baik,adakah saya telah melukakan hati mereka tanpa sedar,adakah saya telah mengasihi mereka melebihi diri saya sendiri.Oh Tuhan,betapa hinanya diri,sedangkan bertatih pun tak mampu saya lakukan sendiri.Perkara yang cuba saya didik kemas dalam jiwa tika ini adalah untuk sentiasa ikhlas dan bersabar menghadapi dunia yang pelbagai.Yang di kanan begini,yang di kiri pula begitu.Saya bukanlah seorang yang selalu dirujuk teman untuk berkongsi cerita,namun kadangkala peluang yang tiba itu terkadang menguji kematangan saya untuk berkata.Adakah apa yang saya katakan ini adalah perkara yang saya amalkan juga?Atau sekadar manis di bibirmu saja?Mengucapkannya lazat,mempraktikkannya terasa kelat.
Saya hanya punya kekuatan tika ini,berdoa moga ikhlas,redha dan sabar itu datang beriringan.Jangan tinggalkan hati ini dan membiarkan saya berjalan seperti pagi tadi.Memandang ke hadapan tapi fikiran dan jiwanya kosong-sepi.
ps:Mak,saya rindu.
pss:Mak,saya mahu balik.
Labels:study
bukan karya ciplak,
campus life,
dunia oh dunia,
ngomel,
school time
Monday, March 29, 2010
Hasil Pesta Buku 2010
I am currently reading this book;
Sebenarnya berniat mahu mencari buku ini,tapi tidak ketemuan pula;
ps:Mari membaca.Akan mengupdate cerita saya later :)
Friday, March 19, 2010
Hati saya berjiwa perempuan,kerana itu.
Ada seorang manusia yang mula mengubat luka hatinya.Kelihatan positif dari hari ke hari.Perubahan dan penerimaan yang sangat baik saya kira.Syukur.Bukanlah dia insan yang dekat dengan saya,bukan jua mengenalinya secara terus,hanya mengikuti perkembangannya di alam maya.Saya juga percaya :)
Dan ada seorang manusia yang mula merasa resah hati.Dari sehari ke sehari,minggu ke minggu,saya hanya mengharapkan kesihatannya.Mungkin bagi kamu itu sakit biasa,normal la katakan,tetapi maafkan saya kerana tak bisa menguis kegusaran ini jauh ke tepian hati risau.Bukan salah hati perempuan,bukan juga salah jiwa yang emosi.Kamu harus menjaga kesihatan kamu tak kira apa.Sedikit tenang bila kamu katakan "Semuanya di tangan Allah" dan saya hanya mampu menjawab "Easy to say,hopefully easy to accept."Benarkan,redha hati bukan sesuatu yang mudah untuk dididik,perlu ujian,perlu kematangan,perlu lapang dada.Dan kerana itu,kamu dilahirkan sebagai sebaik-baik ciptaan Allah,Alhamdulillah.
Lewat ini,rasa ini.Bonda di negeri jiran sana,tak sanggup lagi melihat tubuh kecilmu semakin kurus.Kamu wanita cekal,saya yakin itu.Saat melihat dirimu terbaring lemah,alangkah saya berharap saya punya banyak masa bersamamu Bonda.Alangkah saya berharap saya mampu di sisi mu 24-7.Oh,kini saya hanya mampu berdoa dari sini.Cepat sihat Bonda,semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita,ameen.

Angin seakan berhenti menderu,
Awan semakin mampir menaungi,
Kitab masih di kaku di meja,
Tangan masih tetap posisi,
Tinta masih belum melakar,
Dan pipi mula dibasahi,
Awan semakin mampir menaungi,
Kitab masih di kaku di meja,
Tangan masih tetap posisi,
Tinta masih belum melakar,
Dan pipi mula dibasahi,
Seperti kanak-kanak kecil,
menangislah sepuasnya.
menangislah sepuasnya.
Labels:study
campus life,
dunia oh dunia,
famili,
friends
Sunday, March 14, 2010
Tempat saya di sini.
Hari ini hari Ahad.Anis Shafikah masih bersantai-santai di rumah sambil diapit Alesha Zahin yang tak henti-henti mengomel itu dan ini.Bangun pagi saja sudah mendengar gelak tawa Si Adam Mata Besar.Oh,inilah perasaan yang membuat saya lupa pada Shah Alam.Rasa macam tak pernah dengar je nama Shah Alam? (over :p ).
Kali ini pulang ke rumah setelah berkali-kali mendapat implied instruction daripada si Ibu supaya pulang.Walau hakikatnya assignment & discussion masih banyak yang belum tertunai,redha Ibu kan salah satu sumber ketenangan?Lalu hati jadi tekad.Biaq pi la dulu kerja,sleep time selepas ini haruslah dipendekkan.
Decision yang dibuat tampaknya tepat.Allah sudah menetapkan tempat saya di sini ketika ini,di sisi si Ibu.Si anak perempuan tunggal memang tempatnya di sisi si Ibu.Mak demam & gastrik.Sungguh tidak berdaya dia.Booking pelanggan tetap kunjung tiba.Kalau tak ditunaikan,mungkir janji dan penganiayaan namanya.Dan berkali-kali jugalah Mak mengungkap;Mujurlah kamu balik.Oh Tuhan,terima kasih kerana memberi kesempatan untuk Anis Shafikah pulang juga minggu ini.
Kadang-kadang,jalan yang telah diturap JKR itu harus diubah haluannya bila mana ada ambulan yang memerlukan jalan pintas.
Dan kerana itu,saya bersyukur kerana tempat saya di sini,di sisi ibu bila dia memerlukan.InsyaAllah,sila konsisten!
Hari sudah tengahari,dan saya masih lepak-lepak tak membeli tiket lagi.Perlukah balik?Tempat saya di sini,tak mahu balik! :D
Take note:
"Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah." [Sahih Bukhari]
Labels:study
campus life,
famili,
friends,
ngomel
Tuesday, March 9, 2010
Kita kan sama?
Ini isu yang sama,ini isu yang semalam!Saya tak kira,tak kira!
Pada suatu petang yang permai,di saat ketika kami menunggu bas Rapid KL yang tak kunjung tiba,kami memandang parit bersebelahan jalan besar itu.Sampah,plastik,botol air,etc. Sejak kami memilih untuk mendaftar subjek Environment semester ini,kami mula jadi sensitif pada sampah.Mulalah topik perbincangan di petang itu mengenai betapa kurangnya kesedaran masyarakat Malaysia dengan isu sampah.
Dan mungkin kerana kejadian petang itu,Yang Maha Agung telah membuka minda dan idea kami menganjurkan forum berkisar isu sampah yang tak sudah-sudah ini.Waktu saya menjejakkan kaki ke SMKASR,satu pelajaran yang telah Ustazah saya ajarkan,hingga kini melekat erat di kepala kecil ini.
"Kita yang akan dipertanggungjawabkan dengan setiap sampah yang kita buang bukan di tempatnya.Itu zalim namanya."
Waktu itu,dia hanyalah si budak berumur 13 tahun.Namun,Alhamdulillah,pelajaran itu masih diingat lagi.Dan semenjak itu,si budak itu,mengendong sampahnya ke sana ke mari hingga berjumpa si tong hijau,biru atau hitam.[Dan kalau si budak rajin,sampah yang di sekelilingnya pun turut dikendong,insyaAllah].Oleh itu,janganlah kamu keluar bersama si budak lalu membuang sampah di hadapan matanya.Boleh jadi,kamu bakal berdepan "future Director of Department of Environment,Perak."-Tak lah,ini unsur hyperbola saja :p
Saya tak berniat untuk menulis panjang.Cukuplah dengan mengatakan,semai-semaikan rasa cintakan bumi.Bak kata Puan Pengarah,
"Once kita dah buang sampah,kita tak fikir lagi dah apa akan jadi pada sampah tersebut."
Ke mana sampah itu dibawa?Recycle?Mendap dalam air sungai?Lalu kita minum?Atau mengancam habitat hidupan lain?Terkumpul lalu menjadi faktor pembiakan haiwan/serangga perosak?Kuantiti sampah yang terlalu banyak hingga menyebabkan negara menanggung belanja berbillion ringgit untuk menyediakan tempat pelupusan sampah?Apa impaknya terhadap kawasan tanah lapang kita?Adakah animasi Wall-E bakal menjadi realiti?Yang mana sampah menggantikan posisi manusia sebagai dominan bumi?
Ah,selfish nya manusia!
Kenapa rakyat di seberang laut punya kesedaran itu sedangkan kita tidak di sini.Masih berfikiran kolot lagi?
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah diperbaikannya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau tak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang melakukan kebaikan.” (Surah al-A’raf: 56)
Ayuh,kita punya tanggungjawab untuk jadi at least 10% environmentalist!
Menyumbanglah walaupun sedikit.Kita kan sama? :)

Subscribe to:
Posts (Atom)