Saturday, September 26, 2009

Kisah yang tiga.

Kisah 1:

Waktu itu,entah bagaimana,secara tiba-tiba,saya ke blog dia.Mungkin kerana dia (yang tiada kaitannya dengan saya) punya kaitan dengan insan penting saya,maka saya gigih meneruskan bacaan.Berhenti,ayatnya sayu.Jarang sekali rasanya bertemu orang sepertinya,lalu saya berkira-kira;"Bila sang manusia berjuang dengan kesetiaannya,pantas kah dia untuk bahagia tanpa diuji?".Andai saya diberi ruang,maka akan saya katakan padanya;

"Kerana dia istimewa,maka pilihannya istimewa,
kerana yang tinggi itu,puncaknya sukar digapai,
kerana yang cantik itu,mahal imbalannya,
kerana yang redup itu,panas ujiannya,
kerana kemahuanmu,sabar gantinya,
kerana pilihannya dia yakin,
bisa saja mereka berkata apa tentangnya,
bisa saja kita membuat resolusi,andaian minda berpaksi emosi,
dan aku yakin,dia kan tetap teguh,
walau calarnya dia tiada yang tahu."

Kisah 2:


Di waktu manusia di seberang sana sibuk memenuhkan perut dengan hidangan rendang,ketupat,lontong,roti jala dan seangkatan dengannya dan memenuhi undangan open house sana sini,di hari 7 Syawal,tidakkah sadis jika kita dihidangkan dengan hidangan ikan masin goreng rangup berkrim,pucuk ginseng hijau saujana mata dan sebotol budu sedap tak terkata?Sadis bagimu,bahagia untukku!Terima kasih Kak Nurul,tak jemu-jemu menghidangkan saya dengan budu originally made in Kelantan hingga Kak Nurul mendoakan saya dan orang Kelantan.apakah?

Kisah 3:

Tercabar tidak jika si kecil,umur mungkin 8-10 tahun lagi pantas menjawab soalan hukum tajwid daripada kita yang sudah dua dekad ini.Memang,andai ada waktu terluang atau kebetulan,Program Mari Mengaji TV9 jadi teman date petang.Sekali lagi tercabar petang ini dengan kelincahan kamu adik-adik.Hingga hati saya turut ikut kamu mengaji dan menyebut "Hingga bertemu lagi dalam rancangan Mari Mengaji".Mujur tiada aksi yang mengiringi saya.Lalu,usai saja berakhir rancangan itu,saya mendownload hukum tajwid mengaji dari e-book,kerana ada yang terlupa,ada yang tidak tahu lantaran saya tidak punya cikgu mengaji seperti Kakak Siti Fairuz yang gigih itu ;) Yang basic insyaAllah masih ingat lagi,syukran Mak dan Ayah hantar saya ke sekolah agama.Tetapi,yang lebih detail itu,saya kurang mahir dan itu menjadi cabaran masa kini,yosh!

Izinkan saya untuk lena malam ini bertemankan bauan ikan masin yang enggan pergi.Roti jala satu,please :D

Thursday, September 17, 2009

Happy Eid in advanced!

Di saat sibuk-sibuk nak pack barang juga akibat iri melihat Hafsah mula bersiap dan berangkat,iri juga kerana alih-alih saya juga orang terakhir meninggalkan rumah ini,telefon Wonderpet pun menjerit.Berlakulah perbualan jejak nur kasih antara saya dan Zilawati.(walaupun sudah hampir 2 tahun setengah tak mendengar suaranya dan saya yang tidak menyimpan no fon beliau,sedikit bangga kerana saya masih cam lagi gaya suaranya,syukur!)

Zila:Ni nak tanya cikit ni?Awatnya duk cakap Kedah pekat sangat ni?
Anis:Haa?Bunyi Siam eh?tu lah,lama dah tak praktis nih lama dah tak cakap ngan hangpa ;p

Seriously saya mahu belajar cakap Utara dengan baik dan menghilangkan sisa-sisa Siam tersebut.Sedari zaman matrix lagi slang nya tetaplah sama.Baiklah,harus bersiap ke class terakhir sebelum Raya.Bas saya 730 pm,anyone nak jadi teman berbuka di dalam bas?



ini semua buku Hafsah,dia sangat rajin,contra saya.

salam perantauan tak berapa nak merantau;



Happy Eid everyone!Maaf zahir batin dipohon.Moga Ramadhan yang dilalui memberi 1001 kepuasan dan menjadi Madrasah kesabaran paling hebat!Selamat pulang ke kampung masing-masing dan jangan lupa,final nak dekat.Haruslah membawa buku-buku pulang walau usikannya belum dijamin.(kalau ada apa-apa nak claim,sila jangan malu dan segan)

Tuesday, September 15, 2009

Kamisama.

kadang-kadang,sentimental juga perlu,
terutama di waktu lewat malam,
menemani detik-detik lalu.

"Jangan lagi
usikku meski aku tak tau
ke mana lagi aku berlari
kejar harapan
yang sempat mengelam
biarkanlah
ku hidup dengan nafas yang baru
nafas yang menyimpan kedamaian
di persimpangan
aku berdiri"

bila terkadang kita mencalit dosa,
bila sudah terantuk baru nak terngadah,
bila sudah hujan baru mencari payung,
bila lumpur telah sebati baru mencari punca air,
bila nafas mula sesak baru teraba-raba,
jangan nanti bila terputus nyawa baru tersedar.



0333.Malam 25 Ramadhan.Langit cerah & tenang.

bila sudah melakukan baru teringat,aduh,perit!
luahan hati semuanya emo,
ya saya emo,
di kala apa yang disangka teguh sudah,
berderai tanpa segan di depan mata.

Saturday, September 12, 2009

"Not a nice ending"

Saya punya date bersama mereka,soulmates jiwa raga sejak 8 tahun yang lalu (Hana,sila jealous :p ).Juga perlu menghantar Husna pulang ke pangkuan Ustazah Zainab setelah seminggu berkelana di teratak buruk kami.Raya!Raya!Raya!Kecik-kecik dulu,melompat nak beraya.Tapi,sejak 2 3 tahun ni,semangat tak cukup umur tu nampaknya makin tak terasa.Sebabnya,wallahua'lam.Walaubagaimanapun,hari ini jom ikut shopping raya ke Masjid Jamek.Wah,kenapa jauh sangat?Sebab,sebab,sebab,cinta hati saya sudah mengirim sesuatu.Walau tak diucap secara direct,tapi saya cukup mengerti isi hatinya.Mak,saya akan cari jubah Aida Radzwill sampai jumpa!insyaAllah.Alesha and Adam,kamu berdua jangan lupa kewajipan sebagai penyambut tetamu bila VVIP ini pulang 17 Sept nanti ya! :D (rasa nak pengsan excited nak jumpa Adam yang khabarnya semakin sehat,pipi chubby kah?)

"Not a nice ending"

Anda,saya minta maaf untuk semuanya.Banyak rupanya perkara yang masih belum saya perbetulkan.Opps Sikap saya nampaknya kurang 'saman'.Selalu saja kenderaan emosi saya terbabas hingga ICU menjadi medan perhitungan kita.Lalu mesin Cardioscan kita seakan menyerah bila degup jantung saya mengalah.Saya insan lemah,maafkan.Saya perlu menjemput Aizawa-sensei mungkin.Sensei!Antara dua pilihan,antara hidup dan mati.

Ok,post mengarut.Sekian.Off dulu ke group discussion dan replacement class.Ayuh semangat!

Wednesday, September 9, 2009

Apa erti kawan wahai semalam.

"Yesterday,
all my troubles seemed so far away.
Now it looks as though they're here to stay.
There's a shadow hanging over me,
Yesterday, love was such an easy game to play.
Now I need a place to hide away."

Cerita semalam kita,kisah semalam kita,seakan selamanya merentap hati untuk kembali.Dalam diam-diam,goyah menjemput iri,iri menjadi raja,lalu hilanglah segala kewarasan iman.Pohon keteguhan,ke marilah dikau bersama redup ranting sabarmu,bersama lembut hamparan cinta Tuhan di garis akarmu,agar aku bisa menari keriangan di bawah sinaran matahari yang sujud menyembah keagungan Yang Maha Esa,tanpa gundah,tanpa resah,tanpa kelam.Aku insan masih meraba dalam kesamaran walau terik mentari terpasak sudah.

Berangkatlah si lemah pergi bila tibanya team pembawa obor semangat sepanjang minggu ini.On time,right place,right heart to go.[Rindukan Mak di rumah yang juga rindukan anaknya di sini.Apa semangat ku sudah terbang pulang?]


[shah alam,060909]
.team pembawa obor semangat.

"Happiness is a perfume you cannot pour on others without getting a few drops on yourself."- Ralph Waldo Emerson.



Saturday, September 5, 2009

"Dosa Adam suka hati Adam la"

"Dalam temeduga nanti diorang suruh ngaji ke?"

"Nanti kalau temuduga denganAllah macam mana?"

"Dosa Adam suka hati Adam la,Adam boleh tanggung.
Kenapa orang nak susah-susah hati pasal Adam?"

"Orang susah hati sebab orang sayangkan kau Adam."

Muak mungkin sudah mendengarnya.Tapi tidak bagi saya.Ayat menusuk,antara logik akal dan kepercayaan.Benar,kepercayaanlah yang mendorong kita mengejar sesuatu.Bilamana Adam fokus pada cita-cita dewasanya,apa yang dilihat hanyalah temuduga yang dibarisi panel-panel manusia memandang segulung ijazah.Kabur matanya dengan huruf-huruf Allah.Lupakah kita matlamat sebenar-benarnya?Teguran buat diri sendiri bila hati hanya mengejar nama dunia tapi alpa bahawa ilmu duniawi hanyalah sebagai wasilah mendaki mardhatillah.Kerana itu mudah terduduk,tersentap jiwa bila sekali ditarik nikmat,kerana lupa.



.kita kawan.

Juga,jangan diabaikan mereka di sekeliling yang mungkin pada kamu memandangmu tanpa cinta walhal jiwa mereka bertarung merebut endahmu.Mereka yang mungkin bagimu mendampingimu waktu kau ketawa walhal mereka menangisimu waktu kau terlupa.Benar,kita insan hina penuh noda.Kerana itu berdirinya seorang teman dan segenggam nasihat kerana dia menyayangimu.Kata yang mahu kau dengar mana mungkin selamanya manis ditelan.Kerana pahit,kopi digemari warga tua,kerana mereka tahu kemanisan luar biasa tersembunyi di sebalik pahitnya kopi.Kerana hidup menduga,maka dihadirkan Maha Kuasa ujian demi ujian menguji manisnya iman kita.Tak mahukah kamu janji syurgaNya?Tak mahu matimu nanti disambut Izrail dengan rupanya yang indah,yang membuatmu memilih untuk mati dari hidup?Atau kamu dan saya lebih rela menerima jemputan maut dengan bengis wajah Izrail?Nauzubillah.

Kami sayangmu kawan.

Wednesday, September 2, 2009

Mak,saya pulang!

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah.

Syukur,tiket raya sudah dibeli.17 September,730 malam.Class Arab hari Jumaat moga diforward ke depan.Atas khidmat nasihat Encik Afifi yang berkaliber,beliau meminta saya beli tiket sebelum 18 Sept,"Takut sibuk" katanya.(panggilan telefon beliau harusla disertakan bersama carik gaduh tak tentu pasal yang kadangkala saya hanya mampu bertahan dengan sabar sahaja,apapun saya sayang beliau).Tak sabar mahu pulang,tak sabar mahu mengendong Adam,tak sabar mahu lihat respon Alesha,si kakak yang jealous.

Sharihana,trimas untuk skype 1 jam,trimas untuk souvenir yang anda belikan untuk kite(dah tak surprise :p).Kawan-kawan,doakan saya test esok,2 test yang bakal menikam otak saya.Hujung minggu ini bakal diraikan dengan kehadiran 2 tetamu jiwa(Apaw&Dila) insyaAllah sambil menggaru-garu kepala dengan assignment Equity.