Itu tajuk lagu Outlandish,ya saya tahu.
Semalam seperti hari-hari yang lain adalah hari bahagia saya.Hari-hari adalah nikmat buat saya.Mari menjadikan cerita short & simple.Kami meronda-ronda di sekitar Bandaraya semalam,mengambil angin selepas exam orang kata.Tak perlu jauh-jauh,dekat pun berbaloi asalkan motifnya tercapai,Alhamdulillah,itu yang saya belajar kali ini.
Sempat kami menziarahi Mak Tok & Tok Ayah Hafsah di Keramat,first time saya sampai Keramat.Dan first time saya dihidangkan dengan laksam yang superb-yummy-delicious.Perut saya sangat penuh hinggakan saya tidur lena semalaman :D
Mak Tok sangat ramah melayani tetamu yang membawa rahmat & keberkatan insyaAllah.Tok Ayah juga.Tok Ayah sangat kuat semangatnya berjamaah di masjid,no wonder family Hafsah berjaya akhlak & akademiknya,tunjang mereka kuat :)
Terharu juga diberi perhatian semasa berada di KTM.KTM dah punya koc wanita tahu?Wanita tak perlu lagi berhimpit,bersesak atau menahan ketakutan berlaku perkara tak diingini semasa di dalam KTM.Oh KTM,saya suka KTM 1-2-3-4-5 dan banyak-banyak kali lagi.
Saya dapat message di FB kelmarin.Kak Efie sudah mahu jemput saya makan nasi minyak beliau.Oh,rindu Kak Efie dan bantal peluk beliau.Kawan-kawan,jom join! :D
Oh,parents saya bakal mengambil saya pulang hari ini.Excited sebab mereka dah lama tak datang SA.Doakan saya cemerlang intern 24/5-21/6 ini.See you in court :D
Thursday, May 6, 2010
Friday, April 30, 2010
zikir ini & emak sana.
Saya baru selesai menduduki paper Land Law II petang tadi.Sungguh sesi ulang kaji kami bersama di Mawar agak memenatkan hingga ada sahabat yang tidak turun makan sebab study,uh!Gempak kan mereka?Alhamdulillah,muka masing-masing agak puas hati sebaik saja keluar dewan exam.Mungkin,segala usaha keras sebelum ni terasa terbayar.Land adalah antara subjek killer bagi kebanyakan kami.Lihat saja National Land Code yang tebal itu ditambah dengan deretan case study membuat mata terkadang mahu tutup-tutup saja.Tapi lumrah la,setiap cabang ilmu itu kan ada dugaannya sendiri.Apapun,mari mendoakan moga semester ini lebih baik dari yang lepas,ameen!
Oh-oh,jom patah balik ke topik asal.Semalam saya menyaksikan hebatnya ukhwah mereka.Seorang sahabat diuji Kekasihnya,ditiup dengan berita musibah menimpa keluarganya.Kemalangan ringan tapi impaknya merisaukan.Kereta berpusing di highway,siapa tak gerun mendengar.Berita itu lalu saya kongsikan dengan mereka di bilik sebelah.Dalam sibuk menghafal kes dan provisions,mereka mengenepikan buku dan segala Code,terus menuju ke bilik sahabat yang seorang ini.Al-Quran dicapai,surah Yasin dibaca.Masing-masing memberi kata semangat,memeluk sahabat yang seorang.Oh,sweet kan mereka?Walaupun mereka terkadang membuat saya tergelak sendiri "Budak-budak ni,memang betul budak-budak la".Lalu saya teringat peristiwa di dalam kisah Sinergi.Memang wujud rupanya golongan sebegitu;yang mana mereka mengasihi saudara seakidah melebihi diri mereka sendiri.Itukan peringkat ukhwah paling tinggi.Nah,ingat senang menolak dan membuang sifat pentingkan diri?Tambah-tambah di saat sibuk menghadapi final exam.Panjat pokok kelapa mungkin lebih mudah dari ini.
Sempat saya mencapai handphone serbaguna dan menelefon Mak di sana.Orang lama kan banyak petua hidup.Oh,sungguh tenang hati saya mendengar kata-kata Mak.Kalau orang lain yang bercakap sedemikian,impaknya mungkin tak terasa sebagaimana kata-kata ibu yang menyirami hati anaknya,sejuk,damai,tenang.Cukup pakej!Sudah lama sebenarnya Mak mengajar saya zikir ini "Rabbi yassir wala tuassir".Kamu pun pasti tahu kan?Mak kalian pun pasti telah memberi zikir seangkatan ini.Maka,saya kongsikan bersama mereka.Tambahn di saat menghadapi exam esoknya.Mudah-mudahan segala hafalan kami dapat kami luahkan ke answer script dengan jayanya.Alhamdulillah,Dia kan sebaik-baik sandaran.
Hari ini berlangsung dengan bahagia.Semoga esok pun bahagia menyusul.Semalam Dia telah menolong kita.Hari ini dan esok,pasti Dia tak akan tinggalkan kita juga :)
Saya suka ayat ini (3:139).Mari beramal!

Labels:study
books,
campus life,
famili,
friends
Saturday, April 24, 2010
Rabun.
Saya sudah mula rabun sejak dari Tingkatan 3.Mungkin kerana tabiat suka membaca dalam gelap,di saat orang sudah mula menutup lampu & mungkin juga kerana time menonton TV je,maka saya lah yang berada di hadapan sekali.Dek kerana itu,maka terpaksalah saya berteman dengan cik spectacles waktu membaca.Oh,saya sangat rimas memakai cik spectacles kerana saya merasakan pergerakan mata saya untuk melihat dunia luar agak terhalang.Apakah?
Dan dek kerana faktor saya tidak suka memakai cik spectacles itu,maka ramai lah yang membuat aduan;"Jumpa orang tak tegur pun."Hingga kan lecturer saya memberi ucap "Good luck" sebelum saya masuk dewan exam semalam pun hampir-hampir saya tak perasan.Sorry Maam,semalam bukan first time kan saya tak perasan Maam kat depan saya :p Kronik tak kronik.
Ok,itu intro tak berhala tuju,gara-gara mahu mohon ampun kepada insan-insan yang walaupun berselisih dengan saya tetapi tidak pula saya tegur.
Semalam,dua kali before exam Mak telah menelefon.Nampak gaya macam Mak yang lagi nervous dari anak kan?Lalu,saya mengkhabarkan lah bahawasanya paper first saya adalah Criminal Law.Lalu Mak pun mulalah membuat statement dia sangat gerun mendengar perkataan Criminal,walhal waktu Mak kerja dulu,selalu je kan deal dengan kes jenayah.Mak oh Mak :)
Oh,saya sudah selesai dengan 1st paper semalam.Bermacam aduan didengar di sana sini.Bukan kerana tidak boleh menjawab tapi dek kerana misi exam semalam adalah berperang dengan masa.Bertahan kawan-kawan.Walau apapun,siap atau tak siap jawapan 13 essay itu,usaha kita sekarang adalah untuk bertawakkal untuk paper semalam.Jangan putus asa,itu bukan sifat Muslim ok! :D
Let's pray for the very best for the next papers!Mari bercinta dengan Faraidh!

friends,
mission
Wednesday, April 7, 2010
Sinyu.
Kata-kataku,
bukan sebilah pedang mahu ku junam ke hati sucimu,
bukan seekor lebah yang bisa saja menyengat tulus jiwamu,
bukan kimpalan besi untuk mengukir luka,
bukan acuan emas menghenyak tenang dirimu,
bukan niatku.

Kata orang,"terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya".Dan kerana itu,lidah terkadang tergeliat untuk sesetengah perkara yang tak patut diungkap.Maafkanlah saya kawan.Sungguh,dia seorang kawan yang seakan perlu melalui getir-getir kesabaran demi sebuah persahabatan.Saya kira dia terkadang matang daripada usianya.Saya tidak tahu dari sumber mana dia mendapat kekuatan untuk sentiasa bersabar dalam setiap keadaan.Saya juga tidak tahu mengapa dia masih bertahan.
Mahukah kamu saya kalungkan anugerah kawan terindah dalam hidup saya untuk semua yang telah kamu lakukan?Saya tak mampu mengira kembali cakaran-cakaran hati yang telah saya lakar 'indah' untuk kamu.Dan kamu masih tegak di situ,menahan dengan kebal dan gagahnya hentaman bom atom tak bermata saya.Baik,mungkin kerana kamu yang selalu mendengar keluh-kesah saya,maka kamu lah yang perlu banyak bersabar menangani krisis ekonomi emosi saya.Ada turun naiknya,ada gawat dan ada untungnya.Maafkan saya kerana mencoretnya di sini.Tapi,saya benar-benar emosi memikirkan kamu.
Perlukah saya minta dimarahi untuk kali ini walau saya tahu kamu akan pantas saja mengelaknya.Oh,saya benar-benar merasa seperti pesalah menunggu hukuman dari Yang Arif.Much obliged.
[entry tak berhaluan,bukan sayap kiri atau kanan]
Thursday, April 1, 2010
Jangan tinggalkan saya.
Suatu pagi,si A bertanya pada si B;
"Macam mana kita nak didik hati supaya redha?"
Si B menjawab,
"Dalam dunia ni,ada 2 jenis manusia,satu nya yang melepaskan kesakitannya,expressly,satu lagi suka memendam,tapi saya rasa awak jenis yang memendam."
Terdiam,sunyi namun tidak menafikan.

Ah,terkadang,dek kerana perkara kecil,hati-hati ini seakan melagukan lagu-lagu provokasi,"Mengapa aku tidak seperti dia,kenapa kau buat begini pada ku?Kenapa aku tidak mendapat apa yang telah aku berikan padamu?" Bentakan emosi,terasa seperti ketulan batu yang jatuh setelah bukit ditarah,pecah tanpa henti.Kalaulah kita tidak ditakdirkan untuk bernafas dalam fitrah Iman dan Islam ini,mungkin saja kewarasan minda ini meninggalkan tempatnya.Sampai di suatu tahap,terasa seperti mahu membiarkan semuanya berlalu begitu saja.Senang cerita,apa mahu jadi,jadilah.Tapi,itu bukan sifat Muslim.Harus kita untuk memperbaikkan keadaan,memperbaiki diri,menampal apa yang bocor,menatang sebelum terjatuh.
Menyelami pengisian Sinergi hingga ke dasarnya membuat saya rindu pada teman-teman.Jika penulis mula terkenang kisah persekolahannya di MATRI,kisah pentarbiyahan dirinya di sana melalui watak Irfan Hakimi,si pembaca karyanya ini mula terkenang saat-saat semanis hirupan madu sang lebah,suci manisnya,semulajadi.
Menghayati watak Irfan Hakimi juga terkadang membuat saya tersedar dari angan-angan suram yang panjang,bahawasanya saya masih punya banyak tanggungjawab terhadap Dia yang belum tertunaikan.Adakah saya telah menjaga ikhtilat bersama sahabiah dengan baik,adakah saya telah melukakan hati mereka tanpa sedar,adakah saya telah mengasihi mereka melebihi diri saya sendiri.Oh Tuhan,betapa hinanya diri,sedangkan bertatih pun tak mampu saya lakukan sendiri.Perkara yang cuba saya didik kemas dalam jiwa tika ini adalah untuk sentiasa ikhlas dan bersabar menghadapi dunia yang pelbagai.Yang di kanan begini,yang di kiri pula begitu.Saya bukanlah seorang yang selalu dirujuk teman untuk berkongsi cerita,namun kadangkala peluang yang tiba itu terkadang menguji kematangan saya untuk berkata.Adakah apa yang saya katakan ini adalah perkara yang saya amalkan juga?Atau sekadar manis di bibirmu saja?Mengucapkannya lazat,mempraktikkannya terasa kelat.
Saya hanya punya kekuatan tika ini,berdoa moga ikhlas,redha dan sabar itu datang beriringan.Jangan tinggalkan hati ini dan membiarkan saya berjalan seperti pagi tadi.Memandang ke hadapan tapi fikiran dan jiwanya kosong-sepi.
ps:Mak,saya rindu.
pss:Mak,saya mahu balik.
Labels:study
bukan karya ciplak,
campus life,
dunia oh dunia,
ngomel,
school time
Monday, March 29, 2010
Hasil Pesta Buku 2010
I am currently reading this book;
Sebenarnya berniat mahu mencari buku ini,tapi tidak ketemuan pula;
ps:Mari membaca.Akan mengupdate cerita saya later :)
Friday, March 19, 2010
Hati saya berjiwa perempuan,kerana itu.
Ada seorang manusia yang mula mengubat luka hatinya.Kelihatan positif dari hari ke hari.Perubahan dan penerimaan yang sangat baik saya kira.Syukur.Bukanlah dia insan yang dekat dengan saya,bukan jua mengenalinya secara terus,hanya mengikuti perkembangannya di alam maya.Saya juga percaya :)
Dan ada seorang manusia yang mula merasa resah hati.Dari sehari ke sehari,minggu ke minggu,saya hanya mengharapkan kesihatannya.Mungkin bagi kamu itu sakit biasa,normal la katakan,tetapi maafkan saya kerana tak bisa menguis kegusaran ini jauh ke tepian hati risau.Bukan salah hati perempuan,bukan juga salah jiwa yang emosi.Kamu harus menjaga kesihatan kamu tak kira apa.Sedikit tenang bila kamu katakan "Semuanya di tangan Allah" dan saya hanya mampu menjawab "Easy to say,hopefully easy to accept."Benarkan,redha hati bukan sesuatu yang mudah untuk dididik,perlu ujian,perlu kematangan,perlu lapang dada.Dan kerana itu,kamu dilahirkan sebagai sebaik-baik ciptaan Allah,Alhamdulillah.
Lewat ini,rasa ini.Bonda di negeri jiran sana,tak sanggup lagi melihat tubuh kecilmu semakin kurus.Kamu wanita cekal,saya yakin itu.Saat melihat dirimu terbaring lemah,alangkah saya berharap saya punya banyak masa bersamamu Bonda.Alangkah saya berharap saya mampu di sisi mu 24-7.Oh,kini saya hanya mampu berdoa dari sini.Cepat sihat Bonda,semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita,ameen.

Angin seakan berhenti menderu,
Awan semakin mampir menaungi,
Kitab masih di kaku di meja,
Tangan masih tetap posisi,
Tinta masih belum melakar,
Dan pipi mula dibasahi,
Awan semakin mampir menaungi,
Kitab masih di kaku di meja,
Tangan masih tetap posisi,
Tinta masih belum melakar,
Dan pipi mula dibasahi,
Seperti kanak-kanak kecil,
menangislah sepuasnya.
menangislah sepuasnya.
Labels:study
campus life,
dunia oh dunia,
famili,
friends
Subscribe to:
Posts (Atom)