Thursday, May 26, 2011

separuh gelas niscafah sudah ku tuang jauh ke dalam tanah.

cak cak cak (bunyi cicak)

wah apa kau ingat belog ni ala-ala Gua Hira' dah bersawang segala baru seminggu je pun tak hapdate.huahua tak lawak.

sila percaya saya kini sedang bergembira men'sia-sia' masa muda di Kampung Permatang Tok Bidan.kerja part time jadi bidan katanya.penat sungguh bergelut mmberi dorongan psikologi kepada ibu-ibu yang melahirkan oh.

(okay tidak benar).

lokasi seperti disebutkan di atas adalah benar.cuma aktivitinya terlebih imaginasi dek kerana nama kampung yang gah teruja didengar.keberadaan saya di sini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menghabiskan elektrik rumah tok Syairah dengan menghapdate belog ini-ya sungguh kurang sivik di situ.Tok,halal kan noh?hihi.

bukan bukan.ini kerja waktu lapang cuma.wah banyaknya kau membebel sila serious.ya patik di sini adalah untuk menjunjung titah tuanku puteri syairah tengku hassim untuk meraikan keberangkatannya menziarahi Tanah Suci Mekah waaaa (jatuh rahang).err bukan titah syairah sebenarnya.memang kaki kau yang gatal nak melangkah kan wawa!

"rajin sungguh ni berjalan",kata Mak Cik Ros merangkap mak Syairah.

dan saya hanya mampu tersenyum simpul ala-ala kambing baru lepas dimandikan.apakah?

mungkin perlu menelan hakikat itu walaupun pahit acewah tibe-tibe.sebenarnya saya memang suka berjalan kalau destinasinya membawa saya ke tempat mereka yang saya cintai.sama ada dia itu sisters kesayangan atau si kawan baik suka duka sepanjang jalan.makanya walau terpaksa meredah salji dan ribut pasir,akan ku gagahkan kaki menempuhnya wawawa tak wujud dua-dua situasi itu di sini ya PANG.

kali ini,berlagak gaya turun ke belah utara pula.KTM tu dah jadi kawan baik no 5 nak ke mana ke mari.sampai-sampai Butterworth tidaklah terlalu jakun kerana kebetulan pernah mengotaikan diri sebelum ini naik KTM di sini di waktu muda dulu.kata kaki jalan kan wawa.boleh ajak diskas geografi dengan cheq mai mai.sementelah menunggu si kakak cantik meng'pick up',berlagak macho dengan membelek buku yang baru dibeli semalam wah.tiba-tiba datang seorang pak cik berbaju biru menyapa;

"molek sungguh adik molek,jadi menantu pok cik mau ka?"

GEE-LA.parah parah.











wahaha itu cuma khayalan imaginasi orang bujang berumur 23.

pak cik itu sebenarnya berniat baik.firasat saya.menegur & bertanya

"sedang menunggu orang kah?"

"ya pak cik",kata saya datar.

"masuklah dalam dulu (stesen KTM),minum dulu"

"eh takpelah pak cik.kejap je ni" (walaupun tekak memang dah menggila kata haus,haus)

selang 5 minit.

"nah ambik air".

pak cik itu kembali menghulur segelas nescafe ais yang sungguh menggoda aromanya.waaaaa cair tekak.

jujur saya katakan,saya memang teragak-agak untuk mengambilnya.memegang fakta 'kau seorang perempuan & kau sekarang seorang beb',saya jadi tambah lebih kaget (wah!).tetapi melihat air muka pak cik tersebut membuat saya jadi tak sampai hati menghampakan niat murninya itu (insyaAllah).saya ambil,saya minum sampai setengah gelas sambil membaca bismillah banyak kali-moga-moga kalau ada sihir atau racun,boleh segera dineutralkan dengan kuasa yang Maha Kuasa yang tak akan pernah membiarkan kita dizalimi kan?

habis setengah gelas saya teguk,saya pun chow dari stesen tu,mundar-mandir pula di luar stesen.takut kalau terjumpa lagi pok cik tadi,terkantoi pula tak minum air dibelanja sehingga menjilat gelas.kecil hati pok cik tu nanti.sampai di luar,saya tonggang air yang berbaki pada rumput.rezeki kau lah rumput air mahal ni wawa.dalam hati bercampur-baur antara nak menghargai jasa baik pak cik yang melegakan kegilaan tekak & takut dan gabra ada racun ka dalam ini air waaaaa sila ketaq lutut.tajuk post di atas macam best kan haha syok sendiri.

tapi hingga sekarang alhamdulillah nothing happen.adakah banyak gelora bersangka-sangka di dalam diri saya.kesian pok cik.saya melarikan diri setelah mengucap terima kasih.I'm sorry pok cik,saya bukan calon menantu yang baik untuk pok cik (tetibe).tak dapek saya nak beramah mesra dalam keadaan saya takut melihat air nescafe pok cik itu.tapi saya rasa pok cik boleh maafkan saya kan kerana saya perempuan,pok cik lelaki & air nescafe pok cik itu.saya doakan moga jasa pok cik hanya Allah saja yang mampu membalasnya.kudos to pok cik :)

sekarang sedang mengepack bagasi tengku syairah.patik pacal yang mulia ini harusla memberi sokongan moral tak berbelah bahagi kepadanya supaya dia tidak ketiduran sambil melipat baju.dalam hati terasa macam nak tolong pack bagasi encik suami pulak wah over sungguh pelempang NAH!sila kembali ke alam nyata-baiklah.

okaylah.doakan semoga kawan cinta hati saya ini bertemu cinta teragungnya di sana.juga sekudus doa cinta rindu untuk arissa myana yang bakal menyusul hujung minggu ini.sempatkah saya menatap wajahmu juga?wah bunga.

terima kasih Mak mengizinkan saya ke mari.
terima kasih Tok belanja letrik ni.
terima kasih Mak Ngah tolong ambil di stesen keretapi.
terima kasih Mak Cik Ros belanja char kuey teow.
terima kasih Pak Ngah jemput solat berjemaah ramai-ramai.
& terima kasih Mamat golek-golek dengan kami tadi (wah sila melopong sekarang)

Mamat tu kucing Pak Ngah la.cool kan nama.haha.semua insan di atas tak mungkin akan melihat belog bughok ini.moga Allah sayang kita semua & banyak-banyak arigato for treating me like I'm a part of this family wa-a-au!

senyum sampai telinga ^____________________________^

Tuesday, May 10, 2011

hai rumah nombor 164.

masa tinggal lagi 45 minit.kau baru nak mula jawab soalan part C?dengan part A pun masih compang-camping sana sini lagi.okay tekan gear 6 naik atas langit cepat vroooooommm.

boleh tak nak berhenti jawab sekarang =.=

todia.final kali ini memang merentap semuanya.bukan saja hati,usus pun terganggu proses kelancaran hidupnya.orang bercinta kata tidur tak lena mandi tak basah makan tak sempat buang balik.erk?

abaikan.

bila menghadap exam yang punya jangka hayat sampai tiga minggu memang boleh menarik suku kewarasan.sampai di satu tahap semalam,terasa sangat-sangat dah tak mampu nak mengakses berapa banyak yang dah diserap otak.waktu itu dalam perjalanan ke duratul miyah wah siapa belajar arab sila senyap.haha.sambil-sambil jalan sambil-sambil fikir.orang kata einstein yang bijak tahap petala lapan tu pun baru guna berapa percent je daripada otak dia.kita yang tak berapa nak bijak tahap petala negatif 10 ni agak-agak berapa gram otak je la yang dah guna (toreh kepala ceduk otak pergi timbang-maveles!).haisy,sangat tak berkeyakinan pada diri ya.rejam lemak sekarang!

tak apa tak apa.pulang dari duratul miyah,bersama mama tuntun,terjumpa puan nazurah yang memegang megi perisa kari.

"habis study dah hang,ketaq pala no weh tengah malam makan megi"

perbualan pun berlangsung hingga 5 saat.kemudian,ternampak sesuatu di bilik kawan.

"ko tengok ni,hamster ni tadi aku jumpa kat atas.kucing dah gigit dia.nasib baik dapat selamatkan"

whoah.superwoman betul puan nazurah ni.kemudian terus mengamati badan hamster tersebut.cuba teka apa jadi?

hamster tu senyum kata "hai,nama saya naruto.saya kalah dalam pertempuran"(haha tak lawak =.=)

ok serious.badan hamster tu dah corak-carik weh sampai nampak jantung (eh hamster ada jantung kan?fail fail fail =.= haha tak lawak sangat)

badan dia memang luka teruk.kulit dia memang nampak clean & clear la.merah duhhhh.tapi muka maintain cool.hamster boleh buat mimik muka ke?

oh tak mengapalah.yang penting hamster tu,walaupun kitorang tonggang botol minyak gamat atas luka dia,tak ada pun dia menggeletar tahan sakit ke.macam tu je.statik.bertahan & bertabah.haiwan tu.mantap.

kita ni,manusia ni,banyak akal & lemak sangat,sampai exam 3 minggu pun tak tahan.teruk teruk.parah parah.semalam tak la terfikir sangat pasal ni.cuma tadi waktu berfikir-fikir di dalam 'limosin panjang rapid KL',barulah terfikir hikmahnya Allah mentakdirkan kami untuk belajar daripada kejadian ICU hamster tersebut.

err.agak-agak relevan ke?huahua sedapnya kau syok sendiri.

makanya,tuan punya badan,silalah belajar semangat hamster yang dah cedera tersangat-sangat parah tu,muka maintain cool,tak goyah sikit pun even kena tonggang dengan ubat.

walaupun baru mendapat berita,hamster itu kini telah kembali menemui Penciptanya petang tadi.huwaaaaaaaaa.

tapi dia tetap berjuang kan?menyelamatkan diri daripada kawanan kucing taiko otai kat hostel ni bersama anak-anaknya.Maha Suci Tuhan yang mencipta ;)

okaylah,selamat bercuti 4 bulan semua.jaga diri,jaga amal,jaga semua.jom panjat tangga syurga.

Thursday, May 5, 2011

I should say thank you YOU (caps lock) ;)

saya tak frust menonggeng.sila kekalkan statement ini dalam kepala otak & memory ram laptop & komputer sekali sampai ke tanda seru penghujung post ini.peace :p

oh saya menconteng hanyalah untuk melepaskan segala emo-emo yang bersarang setelah seharian menghabiskan masa ber'emo'.

emo baca jurist tak habis-habis (dan tak faham).

emo pasal....hmmm.

mestilah emo yang kedua tu lebih emo sebenarnya sebab emo pasal belajar tak kan lah sampai nak menenggelamkan bilik.haha.tengok caption kat belah kanan belog ni.kan saya kata saya emo =.=

"adalah kurang cool kalau perempuan tak pernah emo."

???

whatever.

dalam 'seronok-seronok emo',there's something I found out about hmmm.dia telah melangkah ke pusingan kedua agaknya.kerana keadaannya kelihatan lebih cool dan "ah,kau dah besar,jagalah diri sendiri tak perlu aku nak cakap panjang dengan kau & teruslah thiqah dalam jalan yang kau dah pilih,hiduplah sebagai pejuang,jangan patah belakang".

dia dewasa sudah.lebih jelas dengan peranannya.lebih tegas dengan prinsip & matlamatnya.

bukan seperti dulu yang terlalu concern.yang terlalu banyak kasihan & simpati.

walaupun kadang-kadang kita terfikir oh dia memang sudah berubah.benar dan banyak berubah.

ah tak mengapa!

keadaannya seperti saya harus bersyukur sekarang sebab semua akan kembali tegap & kental dan kita semua kini boleh berdiri atas kaki sendiri."baris,bersyukur sekarang!"

rasanya Allah telah memudahkan jalan kita.ini satu berita baik.ya,berita baik.bebaskan jiwa dari perkara sia-sia.tak perlu nak mengharap apa-apa.kejar apa yang pasti & tenanglah hati pada sesuatu yang Dia redha.yeay!grab it!

sedar tak sedar,sudah berapa lama kita 'beku'kan lautan asmaradana ini (over-muntah sekejap)

sejak melangkahnya dia ke dunia cari redha Tuhan,sejak kita mula tekad "ini masa kita untuk jadi dewasa,ini masa kita untuk buang jahiliyah jauh-jauh,ini masa kita untuk patuh perintah Tuhan",kini kita boleh melangkah tenang.sebab saya tahu kamu telah melangkah ke fasa kedua.kamu bukan lagi berjiwa simpati pada bukan yang hak.itu sangat membuat saya bergenang saat ini.ya,kamu telah melangkah ke fasa kedua.syukur.

kalau sudah memilih jalan cari redha Tuhan,maka harus digalas bersama bekal-bekal imej seorang pengembara mencari Tuhan yang sebenar.kena packing perintah Dia,sunnah Kekasihnya,bi'ah yang solehah dan ilmu yang bermanfaat.supaya nanti,perjalanannya berkat,bekalannya cukup,ada first aid kalau 'terluka' dan yang pasti,sampai ke destinasinya,syurga insyaAllah.

adakah kamu mahu bersama dalam perjalanan panjang mencari redha Tuhan ini? ;)

oh gembira sebab sekarang tiada masa untuk ber'emo' lagi.

tegak jiwa dalam redha.tenggelamkan emo dalam dynamo.basuh & sental & buang jauh-jauh.yeay!

task: renew membership for kelab bujang bergaya (style inche gabbana).keh3.jangan tanya pasal marriage lagi,family law dah habis (tibe)

peace yo!<--tanda seru (refer perenggan atas.haha.eh tapi sila kekalkanlah statement itu sampai bila-bila-bai)

Monday, May 2, 2011

beautiful like you.

kita selalu bercakar.
lawan kokok macam ayam kampung & ayam daging.
kutuk sampai langit.
gebang macam nak bagi satu dunia dengar.
aku tinggi,kau rendah.
aku raja,kau kuli.
aku perfect,kau kuali.
aku natural beauty,kau fair & lovely.
aku memei,kau letchumy.
aku kfc,kau kari.
wadde~

padahal dua-dua sama je hitam,pendek,'sihat'.

dan kau memang suka mungkir contract.
contract memang semua benefit diri sendiri.
aku tukang pelaksana,kau draft terms & conditions.
kau letak cop 'seal'.tampal kat kepala si pelaksana;
bound to follow.todia.
aku pun tegak menjadi pengikut baiah janji setia.
sampai turn aku,
alih-alih kau tukar terms & conditions.
"kuli mana boleh lawan tokey beb."
sejak bila dunia kuli bangkit semula.
bukankah kita mengangkat prinsip equality to all.
"kau sorang je kuli yang dihidupkan kembali."
wadde~

dan malam waktu kau duduk berteleku di surau.
itu cerita paling klimaks.
yang entah sampai jam berapa entah.
semata-mata nak cakap;
"aku tak kisah pasal kau,macam diri kau sekarang.
kau kawan aku kan?"
aku janji aku ingat statement kau,insyaAllah.
statement yang buat aku tegak sampai hari ni.
dengan izin Dia juga yang memegang hati.
statement yang aku tak pernah imagine untuk dengar.
lagi-lagi dari mulut kau yang macam tak berhenti
isytihar perang dingin versi bujang lapok.
kau memang full-time kawan baik,part time musuh perang.

sebab aku kenal siapa aku.
aku tahu tinggi rendah aku.
aku tahu cacat cela aku.
aku tahu cerita defect aku akan jadi satu tanggungan untuk kau.
untuk kau pikul beratnya yang tak mungkin mampu aku imagine.
nak perbetulkan budak bermasalah,budak menangis lemah jiwa.
aku yang haru-biru & kau yang macam perfect wash dinamo blue.
walaupun berkali aku suruh kau move back,
angkatlah white flag tinggi-tinggi.
supaya aku tak tengok kau suffer later.
still kau tetap dengan karekter macam pak pacak,
yang pegang bendera repair jalan,
tegak tak berkalih-kalih dengan statement kau tu.
walaupun entah berapa juta kali aku repeat on the same thing.
"move back,live well & dont choose yell".
sampai ke sudah,tak larat aku nak tekan replay button kat mulut aku.


aku tak tahu kau kawan baik spesis apa.
tapi aku suka biarkan kita hidup dalam dunia beku macam ni.
supaya aku dapat tengok,
masihkah kau ingat pada letchumy.
biarkan kita dalam dunia beku.
supaya aku tahu,kau penguin atau platipus.
aku penguin insyaAllah,kau?


interpretation:
penguin: tahan sejuk,duduk dekat ais pun tegak je.gaya "aku rela mengharung badai"
platipus: bulu macam tebal,tapi gambar dalam buku sains suka tunjuk platipus menyorok dalam sarang.rupa je la macam tegak nak mengharung badai,tapi bila badai mai,dia pun bai.


kawan baik,muslihkan diri ayuh!aku tunggu di pintu sorga (over).




Sunday, May 1, 2011

remedy your action exam weeks.i sue you.

dari waktu baca novel pak habiburrahman dulu dah belajar.belajar apa?







macam syok orang pegang kepala kita kan.
sambil baca doa.
sambil rasa dapat restu.
nice.

inilah kesan torture 3 papers yang entah la komen kang banjir.
okay dah tak cukup umur tak payah berangan.
jom belajaq!

ps:kerja malam ni melompat belog orang.
dari europe sampai indon nun.
kegigihan.
manfaat sangat kan masa kau.
=.=

Thursday, April 28, 2011

aiman oh aiman.

aiman got a fever.as a good (so called) sister,I called mom asked about him.got a chance to talk with him who skipped his class for 2 days fewwww!

aiman:kak yang,tadi orang pergi TF dengan mak.
kakak baik:so?
aiman:orang jumpa cashier muka macam (nama kawan baik).
kakak baik:hah?
aiman:orang cakap dekat mak.mak pun cakap ye.pastu mak cakap nanti suruh kamu pergi TF.
kakak baik: =.= (parah betul mereka berdua yang se-kroni ni)

kita nak bertanya khabar dia,dia pulak pergi bertanya khabar orang lain.kenapa tak mau tanya:

"kak yang kamu dah makan?kamu jumpa ayam tak?kamu masih gemuk lagi tak,kalau dah kurus nanti orang belanja chicken chop restoran adik wa."

sejuk hati kalau ada adik macam tu.ok dah habis membebel.

Wednesday, April 27, 2011

everyone has a dark side.

title macam caption Dr Hyde and Mr Jeckyl.gabra nak tulis.

dont worry.i wont write about how good or how bad (intended) the exam was.nothing can change the fact now.even if time turns back and give me the same opportunity to seat for the papers,it wont change much.

something to ponder.

is it worth our hard (so called) effort for these exam weeks compared to if I'm able to be a pulun hardworking student from the earlyyyy semester?poke ownself.

we always repeat on the same thing.that Allah will always look at our effort and not the result of it because He definitely certain on how will it be.Maha Baik Allah.naah.but I choose to blame myself for wasting my time hanging around tak tentu hala bersuka-ria menghabiskan duit ke sana sini untuk MAKAN instead of being able to put much concentration to my study earlyyyyy .regardless the fact that you know this semester is going to be a tough one and you ignore it macam angin lalu.

believe too much on your capability konon?dont believe yourself anymore.

because,the night before I went to the exam hall this morning,I felt so nervous.suddenly the feeling came.like a desert storm.marvelous punya feeling.malam-malam exam la kau nak menjelma.kenapa bukan malam hari 1st day kau apply nak masuk degree L**.kenapa kenapa?

because I am a woman (fuuuuh),I always fail to handle the emotional part.the nervous feeling need to be neutralize with the calmness.so I choose to call my dear dear dear KBS (kawan baik selamanya),miss exaggerate calm to seek for some of her sweet calmness,to ask the emotional part not to intervene into my mind territory.

nah,the conversation goes goes and goes.until she said;

"yang ni dah final semester punya final kan.should be nothing to worry *insert smiley* " (modification)

silent.

2 seconds jeee.

yes,it made sense.why should I oh why should I being worried to that extent until not able to remember so many facts that I should memorize.

sila kembali ke alam nyata pulang ke pangkal jalan dan berhenti dari hidup di dunia Alice.

terus tukar topik and asked her whether she has take her meals,hows her job today,bla bla bla.

we are in the same age but I think I should learn soo many things about life from her.especially the maturity part.and the knowledge part.and the barakah part.and the planning of life part.and the tarbiyah part.and the maintenance of fund part.and the motivation in life part.and the ukhwah part.and seeking for Allah bless part.and many many many other part of the world.

Allah gives me a lesson that night.that life will not goes well if you're not prepared enough.mentally and physically.so sweet of Him.that we can learn something from the exam week.not just that we gain His knowledge.we're able to learn on how to face life too.

how compang-camping I am ;(

and I need to put a reminder to my habuk otak,

I need to change.
I need to change.
I need to change.

change for good.

minimize the lagha part.minimize the uncertain things in life.minimize fighting and pukul others (this specially dedicated to Lululala).so I seek for forgiveness to all of you my dear friends.maybe too many sins that I've done made my heart turn into dark colour.

I need to grow.
I need to live for Allah.
I need to be a big big big woman (bukan gemuk).

so many things to be restructured,modified and to take corrective measures.

ready to go?

in the line.
shoot!