Tuesday, October 18, 2011

pending

rumah encik kassim masih hang.
kasihan encik kassim nak beli rumah.

assignment baru submit satu.
itu pun hantar seminit sebelum due & setelah berlari-lari zirafah dari library ke bilik Sir.

datang lagi dua,tiga,empat dan lima kerja baru.
kes tak baca lagi.
puan dah pandang semacam.

minggu depan 3 test terus.
and bagus.
tak cover sepatah pun lagi.
kecuali tajuk.
HAHA.

adakah kami bakal mengulang sejarah?
eh macam ISK pulak.

otak pending.

p/s: macam nak cerita banyak tapi tak sempat.lain kali mungkin?


kadang-kadang sibuk nak mengajak orang ke sana sini,dengar itu & ini.
kadang-kadang lupa,
diri yang berkata itu tak di 'follow up' pulak.
sobsob.

"rahmatMu lebih ku harapkan daripada amalan-amalanku"

Sunday, October 9, 2011

positif

isk masjid bulat

hakikatnya ramai yang tercari-cari.

hakikatnya ramai yang baru tersedar setelah diketuk.

hakikatnya ramai yang berharap untuk berada di posisi itu.

hakikatnya saya juga suatu ketika dulu seperti itu.


setiap kali sitting,muna akan panjatkan syukur atas nikmat iman dan islam.dan nikmat untuk terus berada di jalan ini.atas nikmat yang dia masih kekalkan hingga ke saat ini.kerana hakikatnya Dia boleh saja untuk menariknya bila-bila masa.kerana hakikatnya Dia boleh saja melenyapkan kita terus dari galaksi ini.

tapi Dia memilih kita agar terus & tetap berada di jalan ini.

untuk disuburkan hati dengan cinta & maghfirahNya.untuk diperdengarkan alunan ayat-ayat cintaNya dan ingatan untuk segera & selalu ingat padaNya.untuk duduk berdepan-depan dengan mereka yang sama-sama mengejar tangga redhaNya.

N.I.K.M.A.T.

dan telah saya katakan pada seorang teman,seminggu tak berjumpa mereka bagaikan 'mati'.kerana apalah gunanya hidup jika hati telah 'mati'.kalau jarak mereka itu sejengkal cuma,pasti saya akan cuba menggigihkan diri untuk ke sisi mereka,lena dalam menatap wajah suci mereka.

R.I.N.D.U.
setiap saat inshaAllah.


hidup pasti ada upside down.hidup pasti ada senyum dan menangis.tapi hidup juga pasti akan dicukupkan Dia.sesuai dengan keperluan dan proses tarbiyah kita.

That it is He Who gives wealth and satisfaction (An-Najm:48)

kerja semakin menuntut pengorbanan.semoga cinta saya tidak terkorban.hanya beberapa langkah saja lagi.

SEMANGAT!

Sunday, September 25, 2011

laments of despair,never.


saya besi di luar,kaca di dalam.

saya manusia di luar,alien di dalam.

saya tak mampu menatap jalan lalu walaupun sekalis cuma.

kadang-kadang saya nak bercerita.tapi tak mampu nak meluahkan.

kadang-kadang saya nak meluahkan tapi tak mampu nak menafsir dengan kata-kata.

" there is only one handhold that never breaks. There is only one place where we can lay our dependencies. There is only one relationship that should define our self-worth and only one source from which to seek our ultimate happiness, fulfillment, and security. That place is God."

kita akan ditakdirkan Dia bertemu dengan bermacam ragam.

bermacam ragam dalam berbagai makhluk.

yang ini seperti ini,yang itu seperti itu.

kadang-kadang kita gembira dengan mereka.

tetapi berduka dengan sebahagian yang lain.

entah di mana silapnya.

selalu ku pujuk hati.

renungkanlah dirimu.letakkan kesalahan di tempatmu.

mungkin saja ada yang lacking dalam hubunganmu dengan Dia.

sebab itu Dia mengujimu.mencarik hatimu.

hingga ke suatu titik,

tak akan kau jumpa tempat untuk berpaut duka,

melainkan kepada Dia.

ujian datang dari Dia.

dan kepadaNya jualah tempat kita mengembalikan segala.

untuk hubungan yang rapuh,

perbetulkanlah cintamu padaNya.

mungkin sebab itu orang kata,
kalau dah merasa dalam hati Dia ada bersama kita,

kita sudah punya apa yang kita perlu.

Sunday, September 18, 2011

dunia looks like buzy I

saya berharap saya punya lebih kemahiran lembut (baca: soft skill) dalam mendekati manusia.bukan kucing semata-mata.

saya berharap bibir saya lebih murah dengan senyum dan lidah saya lebih ringan dengan tutur kata yang baik-baik.

kerana saya suka melihat hadek-hadek yang sedang membangun.

dakwah mereka secara stylo.spontan.efektif.

tak perlu nak duduk secara proper dalam bulatan gembira.
(oh tapi bukan maksud saya tak perlu bulatan gembira)

cumanya kadangkala untuk meng'approach' mereka yang alergi dengan term bulatan gembira,kita perlu kemahiran lembut itu.

untuk menyulam hati manusia dengan ayat-ayat tarbiyah secara spontan.

melalui perbualan.gurau-gurau ringan.akhlak mereka.
tapi isinya ada.kesannya ada.yang kembali cepat-cepat ingat pada Dia ada.

dan saya harap saya lebih jadi ramah bertempat selepas ini.

"kita kena support orang yang belajar.sebab dia belajar untuk Allah" (adik I)
(sambil menghulur kuih raya)

tanggungjawab utama kita kan khalifah :)

khalifah (2:30)--> berpesan pada kebenaran & kebaikan (103:3) --> dakwah

Wednesday, September 14, 2011

RIP, my love.



semalam ada sitting.setelah lama tak berjumpa secara full attendance.semalam terasa puas.semalam terasa mampu lena dengan senyum.semalam terlena dengan mereka di sisi.

walaupun ada sedikit resah memikirkan kesihatan Popot,si comel gebu satu-satunya di rumah.siapa tak rindukan dia yang selalu digomoi setiap pagi.siapa tak rindu dia yang suka merengek di kaki waktu lapar.siapa tak rindu dia yang suka buat muka comel.siapa tak rindu dia yang selalu jadi kawan mengadu waktu sedih.siapa tak rindu melihat dia dengan aksi lincah bermain dengan adiknya,Pupu.siapa tak rindu.

walaupun dia hanya seekor anak kucing.berusia satu bulan setengah.

semalam mak telefon.katanya Popot tak lalu makan.2 hari sudah.risau.waktu itu dalam kelas.pagi ini telefon mak lagi.mak kata Popot dah mati di klinik.doktor kata dia tak demam atau sakit apa-apa.cuma dia lemah.mungkin sebelum ini ada berebut makan dengan kawan-kawan kucing yang lebih besar & dia dipinggirkan.or do you miss me Popot?

siapa tak sedih.membayangkan waktu dia di sisi,kita akan tunggu dia makan sampai dia kenyang.sampai dia berhenti makan & mula bergolek-golek semula dengan Pupu.siapa tak sedih bila dia mati tanpa sempat kita dakapinya.

siapa tak sedih.

& sekarang mak kata Pupu pula mula murung.diam.pasif.tak aktif.kawan gomoinya dah tak ada.

tapi Muna (bukan nama sebenar) quote,

"jika kamu tidak disibukkan dengan hal-hal besar maka kamu akan disibukkan dengan hal-hal kecil" (Abdul Wahab Azzam)

dan Muna kata,

kita perlu buka skop lebih besar.perlu lebih sedih melihat saudara-saudara di Palestin.perlu lebih usaha dalam memperjuangkan mereka dan bumi Palestin.

maka tak boleh terlalu bersedih mengenang Popot.

sebab kita ada banyak lagi kerja yang perlu dikerah.

dan paling penting,

REDHA.

walau sayang sedalam manapun,kita tetap hamba Dia.

RIP, Popot.
thank you for letting me to love you.IMY.
(dengan air mata)

Monday, August 15, 2011

kadang-kadang kita lupa.

saya katakan pada seorang teman,

"macam-macam cara Dia nak tunjuk kasih sayang Dia pada kita kan.macam-macam cara Dia nak gembirakan kita kan."
(setelah menonton video yang Hana post *bahagia*)

sebab waktu itu,sebelumnya,tiba-tiba rasa sedih itu menerpa.tiba-tiba rasa kelam.tiba-tiba rasa semalam datang semula.tiba-tiba rasa sedang benar-benar di ambang murka Dia.

pastinya yang terakhir sekali membuat diri terasa sangat loser.tercarik-carik.takut AMAT.

perasaan.

yang kadang-kadang buat kita terasa kita tak mampu nak mengejar syurga Dia.terasa jauh sangat nak mengejar mereka yang jauh lebih hebat,lebih mantap,lebih thiqah.

mungkin bila sudah diserbu perasaan yang macam-macam,kita lupa tentang kehebatan rahmat Dia.kita lupa kisah si pembunuh 100 orang.kita lupa segala macam fadhilat & amalan yang mampu menebus dosa-dosa kita,inshaAllah.kita lupa Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

kita jadi dirundung sedih berlebihan.putus asa.

dan kerana itu kadang-kadang,

saya merasakan saya amat perlu mereka ada di sisi saya.

keluarga utamanya.

dan teman tak kurang utamanya.

teman yang akan menyebut seperti ini;

"kenapa kita sedih tiba-tiba?"

"sebab Dia nak kita mengadu pada Dia"

dan teman yang akan memeluk tubuh.cukup dengan sekadar pelukan.sudah terasa macam luruh semuanya.walaupun kadang-kadang,saya mengkelaskan diri sebagai seorang otai (katenye) siapa mampu lari dari fitrah perempuan kan.

dan kerana itu saya rela berjumpa mereka,walaupun terpisah 2 negeri.semata-mata mengharapkan satu pelukan itu.walaupun mungkin mereka berasa ada sesuatu yang saya harapkan (pengisian or what not),satu pelukan itu pun sudah syukur amat.

kerana mereka antara cebisan hati saya.saya perlu mereka selalu di sini (hati)

saya perlu mereka.untuk jadi teman.teman yang akan meyakinkan diri.jalan menuju Dia tak akan sunyi.tak akan pernah ada istilah putus asa dari rahmat Dia.bahawa cahaya saya belum sampai masanya lagi untuk malap.saya masih punya nyawa untuk diperjuangkan.saya masih punya kesempatan untuk dimanfaatkan.saya masih punya kudrat untuk digunakan.

bukan hanya untuk diri sendiri.

mungkin sebab saya anak perempuan tunggal,maka mereka umpama darah daging sendiri.Dia lebih tahu :)

maka tak heran kalau ada si dia yang akan berdating dengan si dia,saya akan cemburu tahap 8.terasa seperti berebut kasih sayang putera raja dengan Cinderella (over).

dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(8:63)

walaupun kita berlainan madrasah di awalnya.namun kita telah menyatu di madrasah ini (DnT) inshaAllah.Tuhan saja yang Maha Tahu segala isi hati.dan kepada Dia juga lah kita menyerahkan segala.permohonan.harapan.hari esok.

Allah jua yang memasukkan malam kepada siang dan memasukkan siang kepada malam (silih berganti), dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagi-Nyalah kuasa pemerintahan; sedangkan mereka yang kamu sembah selain Allah itu tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memperkenankan pemohonan kamu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tiada yang dapat memberi tahu kepadamu (Wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha mendalam pengetahuan-Nya (35:13-14).

pasti ada hikmahnya Dia mentakdirkan saya bertemu mereka hanya pada waktu belakangan ini.lalu jangan dipersoalkan kenapa tidak lebih awal lagi :)

dan saya terasa Dia mentakdirkan saya untuk melihat video ini malam ini;


Dia sangat sweet kan? :)
sebab kadang-kadang kita lupa.
kita sentiasa ada Dia.


1146 malam.
sudah tidak berduka lagi.

p/s: puasa & AQ,keduanya perlu bergerak seiring.kerana kedua-duanya inshaAllah akan membantu kita di sana nanti.juzuk berapa sudah? ;)

Sunday, August 7, 2011

angin sepoi


dulu orang cakap,

"orang yang putus asa dengan hidup dia akan rasa better mati je"

sebab tu banyak tragedi suicide sebab frust chenta ke,sebab fail exam ke.

mungkin sebab tak kuat keYAKINan dia dengan ketetapan Tuhan.

mungkin sebab tak terfikir hikmah di sebaliknya.

atau mungkin sebab dah terasa tak mampu nak fikir apa-apa.

tapi macam mana orang yang pernah putus asa,bangkit semula,dah semangat hidup,masih terfikir pasal mati?

terfikir tentang mati tapi perspektifnya beda.

Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik.” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)


untuk yang pernah berada di dalam kapal yang sama,
rasanya tak mungkin sama dengan mereka yang hanya melihat di pelabuhan.
yang pernah terjelepuk dalam lumpur,
walau yang datang hanya menghulur secebuk air,
itu adalah rahmat baginya.

random thought.