Wednesday, September 10, 2008

class with kapten hafiz firdaus

“CEGAH sebelum PARAH”

(Hukum & Adab Bersumpah Dalam Islam)

Date: 7th September 2008
Venue: Bait Ustaz Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

Berikut adalah ringkasan daripada artikel yang telah ditulis oleh ustaz yang telah ana ‘summarize’kn. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam memahami erti sebenar sumpah itu sejajar dengan timbulnya isu-isu kontreversi yang melanda tanah air masa kini.

Authority sumpah

Rasulullah s.a.w pernah bersabda;
(Nabi) ‘Isa ibni Maryam (‘alaihi al-Salam) melihat seorang lelaki mencuri, lalu dia
berkata kepadanya: “Apakah engkau mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Tidak! Demi
Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia!” Maka ‘Isa berkata: “Aku beriman kepada
Allah dan aku mendustakan mataku”
(Sahih: Dikeluarkan Al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 3444)
Berdasarkan hadis ini, kita dapat melihat ‘authority’ sumpah itu sendiri sehinggakan Nabi ‘Isa sendiri mendustakan mata baginda disebabkan sumpah yang disandarkan pada nama Allah yang telah dibuat oleh lelaki itu.
Namun demikian, sebelum mengangkat sesuatu sumpah, kita hendaklah terlebih dahulu memahami hokum dan adab-adab bersumpah di dalam Islam. Ini adalah untuk memastikan sumpah itu tidak dijadikan alat mainan atau menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat kita.

Syarat-syarat sumpah

1.Bersumpah dengan nama Allah (“Wallahi”,” Billahi”, “Tallahi” = Demi Allah)

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang ingin bersumpah, maka bersumpahlah atas nama Allah atau (jika tidak)
maka diamlah”
(Sahih: Dikeluarkan Al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 2679)

2.Bersumpah dengan salah satu nama Allah (al-Rahman, al-Rahim etc)

3.Bersumpah dengan salah satu sifat Allah

Sumpah sebegini pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w :

“Aku berlindung dengan Kemuliaan Engkau, yang tidak ada Tuhan melainkan Engkau yang tidak mati manakala jin dan manusia akan mati”

(Sahih : Dikeluarkan Al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 7383)

Perlu ditekankan di sini jika seseorang bersumpah dengan sesuatu selain Allah, dengan kata lain, menyandarkan sumpahnya pada sesuatu selain Allah, nama-nama Allah atau sifat-sifatNya, sumpahnya bukan sahaja tidak sah, malah dia telah melakukan syirik yakni menyekutukan Allah. Dosa syirik tidak akan diampunkan Allah melainkan jika orang itu bertaubat.

Hadis Rasulullah s.a.w,
Ibn ‘Umar (Radhiallahu ‘anhuma) mendengar seorang lelaki bersumpah: “Tidak,demi Ka’abah!” Lalu Ibn ‘Umar berkata kepadanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah,maka dia telah berbuat syirik.”

(Sahih: Dikeluarkan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albbani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 3251)

Orang yang melakukan sumpah dengan selain Allah perlu segera mengucapkan syahadah, “Tiada Tuhan selain Allah.”

Kita juga diperingatkan agar jangan berdusta dalam sumpah sekalipun terhadap perkara yang kecil hatta sebatang pensil atau sebatang mancis dan lain-lain. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesiapa yang mengambil hak seorang Muslim dengan sumpahnya (yang dusta), maka sesungguhnya Allah mewajibkan baginya neraka dan mengharamkan ke atasnya syurga”
Lalu seorang(yang hadir bersama) bertanya kepada baginda: “Sekalipun terhadap
sesuatu yang remeh ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “(Ya), sekalipun sebatang
kayu arak (yang digunakan untuk bersiwak).
(Sahih: Dikeluaran Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 137)

~to be continued...

No comments: