pagi ini aku makan nasi lemak!(tiada kaitan) baiklah,mari bercerita.aku masih simpan lagi tombol pintu bilik yang aku patahkan bulan lepas.semalam,pintu yang lain pula menunjukkan keotaiannya terhadap aku.bukan salah pintu tu pun :)
aku bermalam di rumah Wani semalam,di Pusat Komersial sana.niat di hati mahu spend masa dengan kawan-kawan yang rapat dengan aku semasa di Merbok,kawan-kawan yang sentiasa bersama aku di kala susah&senang.sudah lama rasanya tak bersama mereka.ditambah pula dengan perasaan mahu mereleasekan kepala dari killer tests kelmarin dan hari Khamis yang tiada class.aku sampai di rumah mereka dalam 1030 malam.terus menghadap char-kuey-teow yang aku import dari pasar malam petang tadi,sambil mereka melayan aku dengan air Teh O Wani (macam tahu je aku suka Teh O :D ) beralih pula ke plan seterusnya,menonton Proposal Daisakusen Special Edition.oh..Yamapi menjadi hero!melompat kegirangan aku bila Syairah menawarkan aku dengan siri itu.series House pun tak sempat nak dihabiskan.mungkin,cuti semester nanti ya?ingat,final dah dekat :(
cerita tamat kira-kira pada jam 1 pagi(hey,kalo study pun dah banyak ilmu digest ni.adoi!) perasan dengan keadaan diri yang tidak disiram air lagi malam itu,aku lalu menuju ke bathroom.aku nampak,ada kertas yang diselaput dengan pita selefon di sesendal pintu.lalu,aku ignore je kertas itu.ia terkulai jatuh,dan aku melihatnya tanpa perasaan.buat apa kertas ni?menyendatkan pintu je.tak apalah kau nak jatuh pun.masalah bermula di saat itu.aku nak buka pintu,tapi,ia sudah terkunci rapat!aku tak boleh meloloskan diri dari bathroom itu.Wani,Fifah,Yana,masing-masing dah masuk ke kamar.dan aku,takkan mahu bermalam dalam bathroom ni?dengan muka pasrah,aku berfikir,mungkin aku patut tidur je kat sini.tambah pengalaman.haha~ aku cuba menolak pintu itu.sampai Wani cakap,dia dengar suara sedih aku time tu.malunya!tapi,berapalah jumlah tenaga yang ada dalam badan seorang perempuan yang bersembunyi dalam jasad budak sekolah rendah ni.hampir 2 minit,aku dengar Fifah memangggil nama aku.fuh,lega.Wani pun turut menyusul.mereka berusaha melepaskan aku,tapi mereka juga gagal.dan aku memang sudah sangat redha time tu kalau aku terpaksa bermalam bertemankan ubat gigi dan shower foam.terdengar juga suara jiran sebelah menjerit dari rumah mereka bertanyakan "ada apa?" saat aku menendang pintu itu.tapi,takkan nak minta bantuan lelaki-lelaki itu pada waktu tengah malam begini.
Wani lalu pantas mendail 999,mendapatkan khidmat Jabatan Pertahanan Awam untuk membantu.setengah jam juga aku terkurung dan aku sudah mula merasa lemas dan pening sebenarnya.mungkin disebabkan ruang yang sempit dan aliran udara yang kurang.dipendekkan cerita,aku akhirnya diselamatkan oleh 5 orang pak cik dan abang-abang dari JPA.oh pintu,anti sangatkah kamu dengan aku? mujur waktu itu,aku pakai baju tidur yang agak proper dan masih ada kain yang boleh menutup kepala.kalau tak,buat free show pula aku malam tu.huhu~
aku lalu berkira-kira,apa agaknya hikmah semua ini ya?
1.jangan memandang remeh tentang sesuatu yang mungkin nampak tak bernilai secara zahirnya(ditujukan kepada kertas sesendal pintu yang aku biarkan terkulai jatuh)
2.jangan mandi di tengah malam,di saat orang semua dah masuk tidur(kesian Fifah,Wani,Yana dan pak cik-pak cik rescuers.aku dah menyusahkan mereka.huhu~)
3.waktu aku terkurung,terfikir juga,kalau di dalam lahad,mungkin keadaannya lebih mengerikan,gelap dan sempit.aku jadi takut dan kaget.amalan aku masih terlalu sedikit dan dosa pula yang semakin mengalir laju.
4.bersyukur dengan wujudnya agensi seperti JPA,menjadi perantara Allah untuk menyelamatkan mangsa-mangsa seperti aku.kamu tahu,nama aku dah masuk list JPA,sebagai mangsa.bangga!haha~
wallahua'lam...
pagi ini,mata kami agak sembap.tidur pun lewat.kesian mereka,ada class pula pagi ni.huhu~ tapi kata Ira,"Anis jangan tak datang tidur sini lagi ye?" Ya,pengalaman aku semalam tidaklah sampai ke tahap menjadikan aku trauma untuk menziarah mereka lagi.walau apapun,aku bersyukur punya pengalaman itu.kita belajar daripada pengalaman,kan?kita sentiasa membuka minda dari sesuatu peristiwa yang kita lalui.terima kasih,Alhamdulillah :)
p/s:kalau mak aku tahu ni,habislah aku!wuu~
10 comments:
haha..sakit perut kite baca post ko nih..=P
lebih hati-hati lain kali ok?thanks a lot kat pakcik2 jpa n kwn2 lain tu cz selamatkan kwn saya ni..=)
weh,kuang asam ko hana.ko gelakkan kite eh?cis! :p
nantila ko.
heeh mcm2 la anis pn.. pape hal pn syukur la anis da slamat kn. hehe
i know it's quite rude but allow me to let out my laughing gas for a while, bonda
hahahahaha!
blh imagine muka cuak bonda! lagi best kalau syairah ada!
glad nothing bad happened, alas ;)
izan tmpang epie..anis ok..ehe
len x..atie2..ok?
anis..blog kte da bley komen..xtau npe..tp gne classic template bru boleh..huhu..sedey...
Cantik gle template! kita tak baca post.xsempat n pjg sgt.hehe.buatkanlah template utk kita jugakkkkkk :((
wakakaka..sori la anis.kite gelak dulu.kamu ni lawak la cik oiii..nasib la dpt gk pngajaran sket2 klu x sia2 la dok dlm tu..hihih.trimas sume yg bantu kwn sy ni..;p
terima kasih kepada semua yg sudi ketawakan saya.wei!cian kite! :(
adakah saya sudah terlewat utk ketawakan anda?haha.. :P
Post a Comment