sangat bersyukur sebab aku diberi peluang untuk berada dalam landasan ini dan aku sangat suka belajar dari isu-isu yang timbul ini.disebabkan segala assignment dan tugasan-tugasan aku untuk semester ini telah dibereskan dan hanya menunggu semester ini untuk berakhir 3 Mei ini insyaAllah,maka aku pun mengisytiharkan "adjournment sine die" untuk diri sendiri :D
terima kasih TV9 sebab buat diskusi dekat dengan kolej aku.Alhamdulillah.semalam jugalah baru aku faham kenapa keputusan Speaker DUN Perak itu menjadi isu.kamu semua pun pasti tahu,kan?aku cuma nak share,adjournment sine die itu maksudnya penangguhan persidangan DUN atau Parlimen,cuma bezanya dengan adjournment biasa adalah kerana ia diisytihar sewaktu sidang Dewan telah menyelesaikan tugasan mereka dan tiada lagi isu berbangkit.mungkin ada sesetengah pendapat yang akan membangkitkan hujah,apa bezanya adjournment sine die dan prorogation.kedua-duanya diisytihar apabila Dewan telah menamatkan tugasan.perlu diingat,kedua-dua perkataan ini memberi impak yang besar di mana prorogation dilakukan bila Dewan menamatkan sesi dan untuk memanggil Dewan kembali bersidang memerlukan consent dari Sultan vice versa pula dengan adjournment.Speaker punya kuasa memanggil Dewan bersidang bila melibatkan adjournment tanpa perlu consent dari Sultan.nah!aku mula membebel.baik,baik,sila berhenti.harap-harap ada sedikit input yang berjaya aku sampaikan :D untuk details,bolehlah mencari artikel tulisan Tommy Thomas.di situ,kamu akan lebih faham tentang segala istilah-istilah persidangan Dewan ini.
esok,plannya nak ke Rumah Soleha di Bandar Tun Razak,menziarah adik-adik di sana.Alhamdulillah Komie dan Hawa bersetuju akhirnya untuk turut serta setelah dipujuk rayu aku.haha~ jadi,semua sekali 6 oranglah yang akan berhimpit dalam kereta Kak Farah esok hari.semoga Allah menyempurnakan niat kami,insyaAllah.
p/s:Fai,jom ikut lagi! :D
3 comments:
haha.nak ikuttt.
oit..mne post psl skolah kte nih? =P
waduh..post yg penuh istilah2 law yg membuatkan saya terkebil-kebil.haha..bagus2.bakal lawyer ;)
Post a Comment